Cheesekut by Nami

Cheesekut by Nami Hi everyone. We use this facebook to promote our dessert business which is Cheesekut.

Cara Menyimpan Susu Kotak 🧃🥛Susu merupakan minuman yang membekalkan sumber khasiat kepada semua individu. Susu boleh dip...
22/06/2023

Cara Menyimpan Susu Kotak 🧃🥛

Susu merupakan minuman yang membekalkan sumber khasiat kepada semua individu. Susu boleh diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim, gelato, keju, kasein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan makanan lain. Bagaimanapun, susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

Proses penyimpanan susu bukanlah semudah yang disangka. Jika tersalah simpan, ia akan menyebabkan susu menjadi basi. Kebiasaannya, mereka yang meminum susu akan menyimpan susu kotak dalam peti ais untuk satu tempoh tertentu.

Persoalannya, berapa lamakah susu kotak atau susu lain boleh disimpan sebelum ia diguna semula? 🤔

Mesti ramai yang menyangka, selagi air susu itu tidak basi atau berketul, selagi itulah air susu itu masih elok diminum. Namun tahukah anda, susu kotak atau botol yang dipastur dan sudah dibuka, hanya tahan sehingga 3 hari jika disimpan dalam peti sejuk, manakala 3 jam jika ia diletakkan diluar pada suhu bilik?

Memetik hantaran dari Public Health Malaysia, susu kotak atau susu botol yang belum dibuka dan disimpan dalam peti sejuk boleh tahan hingga tarikh luput atau 5 hari selepas dibeli, atau mana-mana yang lebih awal.

Berbeza dengan susu Ultra-heat Treatment (UHT) atau susu kotak sekolah, selagi ia belum dibuka, ia akan tahan sehingga tarikh luputnya sahaja.

Berikut adalah senarai penuh ketahanan susu dan produk tenusu, seperti yang disarankan oleh Public Health Malaysia: 👇🏻

• Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka
- Tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk & tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar ,habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

•Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka akan tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka, perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik, perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

•Susu tepung
- Belum dibuka, boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal). - Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama akan tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.

•Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

•Yogurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk & tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka perlu dihabiskan dalam masa sejam. - - Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

❌Perlu diingatkan, meminum susu yang sudah tamat tempoh atau susu yang rendah kualitinya, boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keracunan.

Dapat sesuatu??
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami 🥰

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597


LAST CALL ❗️❗️❗️🎉🎉Dah order cheesekut by nami belum ? Bila nak order ?Cheesekut by nami ada buat promosi sebanyak 15% ta...
22/06/2023

LAST CALL ❗️❗️❗️🎉🎉
Dah order cheesekut by nami belum ? Bila nak order ?
Cheesekut by nami ada buat promosi sebanyak 15% tauu untuk harini 😍😍

Kepada student-student UiTM Shah Alam dan semua yang berdekatan dengan seksyen 7 boleh lah grab cepat sebelum promosi tamat !
Selain daripada tu, setiap pembelian akan diberikan satu lagi topping secara percuma tauuu 😍😍
Cheesekut ni jugak tak muak kalau dimakan sebab dah banyak feedback yang kami terima daripada pelanggan 😋😋
• Cheese yang tak muak
• Sesuai dimakan pada bila-bila masa
• Harga yang berpatutan
Berminat tak ?? Kalau berminat meh pm dekat nombor whatsapp bawah ni 👇🏻 :
https://wa.me/60172735597


RESEPI SUSU PISANG 🥛+🍌Susu pisang ni memang sedap. Sekali minum confirm nak lagi 😋. Tapi kalau beli di pasaran mungkin a...
22/06/2023

RESEPI SUSU PISANG 🥛+🍌

Susu pisang ni memang sedap. Sekali minum confirm nak lagi 😋. Tapi kalau beli di pasaran mungkin ada yang letak perisa saja. Mahal pun boleh tahan🤔. So lebih baiklah kita buat sendiri sebab nak hasilkan susu pisang ini punyalah senang. Cuma ada beberapa langkah saja 🤣.

Resepi ni sangat sesuai untuk student dan yang bekerja dan juga diet. Sebab apa ❓❓ Susu pisang ni dapat memberi kita kenyang dari pagi hingga petang. 😊

Bahan-bahan:
• Sebiji pisang (nak sedap guna pisang berangan)
• 1 gelas susu penuh krim/ low fat/ susu segar
• 1 sudu kecil gula/madu

Cara membuat:
1. Kisarkan pisang hingga hancur kemudian kacau dalam gelas berisi susu. Nak kisar sekali dengan susu pun boleh.
2. Kemudian tambah gula atau madu untuk rasa manis. Dah siap!

TIP
• Kalau nak lagi sedap boleh juga kisar semua bahan tadi dengan ais.
• Minum waktu pagi boleh kenyang sampai tengah hari.
• Boleh buat untuk anak tak s**a minum susu biasa.

Menarikkan dan mudahkan resepi ni??
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami 🥰

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597


LAPAR BUAT ASSIGNMENT ❓❓Asyik lapar buat assignment ? Taktau nak makan apa ?Ramai pelajar hadapi masalah ni bila dah mas...
21/06/2023

LAPAR BUAT ASSIGNMENT ❓❓
Asyik lapar buat assignment ? Taktau nak makan apa ?
Ramai pelajar hadapi masalah ni bila dah masuk minggu-minggu akhir semester, tapi taktau nak makan apa.

Korang boleh lah cuba cheesekut by nami ni sebab mudah untuk dibawa kemana-mana dan harga pun berpatutan untuk seorang pelajar tauu 🥰🥰
Cheesekut ni juga ada pelbagai topping yang boleh korang rasa, kalau nak jimat pun boleh beli yang 3 benua 😋😋
Dengan cheesekut by nami ni, korang boleh makan masa bila-bila korang nak dan paling penting masa tengah buat assignment pun korang boleh mengunyah lagi 😂
• Mudah didapati
• Harga berpatutan
• Ada 3 topping
Berminat ?? Kalau nak bokeh ws kami di nombor bawah ni 👇🏻 :
https://wa.me/60172735597


CHEESEKUT BY NAMI BUAT PROMOSI LAGIIII ❗️❗️🎉🎉Dah tengok cheesekut mana yang jadi pilihan ? Taktau nak pilih yang mana ? ...
21/06/2023

CHEESEKUT BY NAMI BUAT PROMOSI LAGIIII ❗️❗️🎉🎉
Dah tengok cheesekut mana yang jadi pilihan ? Taktau nak pilih yang mana ?
Kami menjual cheesekut dengan potongan harga sebanyak 10% kepada semua pelajar UiTM Shah Alam 😍😍
Semua jenis cheesekut ada promosi sebanyak 10% ❗️
Selain daripada potongan harga, korang jugak boleh pilih satu lagi topping secara percuma tauuuu 🤩🤩
Berminat tak ?? Kalau berminat meh pm kami cepat di nombor bawah ni 👇🏻 :
https://wa.me/60172735597


4 KHASIAT SUSU 🥛🥛Kita sedia maklum bahawa susu ini sangat baik untuk kesihatan. Mari kita hayati khasiat susu kepada tub...
21/06/2023

4 KHASIAT SUSU 🥛🥛

Kita sedia maklum bahawa susu ini sangat baik untuk kesihatan. Mari kita hayati khasiat susu kepada tubuh badan. Kami juga telah menggunakan susu sebagai bahan utama dalam cheesekut by NAMI supaya semua orang dapat nutrien- nutrien dan manfaat yang ada dalam susu 😊.

1. Baik untuk kesihatan tulang 💪🏻
•Kalsium ialah mineral yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan tulang yang sihat.
•Vitamin D p**a membantu badan menyerap kalsium daripada makanan yang dimakan.
•Sumber utama bagi kedua-dua nutrien ini adalah daripada susu.
•Kesihatan tulang perlu dijaga baik, lebih-lebih lagi kepada wanita yang sudah hampir menopaus.
•Wanita pada umur 30 hingga 50 tahun belum mengalami masalah kehilangan kepadatan tulang.
•Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh membantu memperlahankan kehilangan kepadatan tulang. Ini untuk memastikan tulang kekal lebih sihat dan mencegah osteoporosis.

2. Membantu membaiki otot selepas bersenam ⛹🏻‍♀️🚵🏻‍♂️
•Sebagai sumber protein bukan daging yang bermutu tinggi, susu membantu membina otot tanpa lemak dan juga membantu pemulihan otot selepas bersenam.
•Kajian mendapati bahawa pengambilan susu selepas bersenam berupaya memberi manfaat kepada sintesis protein.

3. Membantu anak kecil atau remaja membesar 👨‍👩‍👧‍👦
•Menurut Garis Panduan Diet Malaysia bagi kanak-kanak dan remaja, kanak-kanak sewajarnya mendapatkan dua atau tiga sajian susu sehari.
•Pengambilan susu dan produk tenusu amat penting bagi menggalakkan kesihatan tulang semasa zaman kanak-kanak serta remaja.
•Ramai pakar kesihatan menasihati ibu bapa supaya tidak menggantikan susu lembu dengan produk bukan tenusu berasaskan tumbuhan.

4. Meningkatkan fungsi kognitif 🧠✅
•Penggunaan susu dalam masakan atau sebagai snek sampingan boleh membantu mengekalkan ketajaman daya ingatan.
•Satu kajian dikendalikan di University of Kansas Medical Center mendapati, dewasa lebih tua yang minum tiga cawan susu tenusu sehari boleh meningkatkan tahap 'glutation' (GS) dalam otak mereka.
•GSH adalah sejenis antioksidan kuat yang memberikan perlindungan terhadap kehilangan kognitif dan gangguan berkaitan umur.
•Satu lagi kajian dalam jurnal 'Nutrients' mendapati bahawa produk tenusu skim, tenusu wet dan susu mentega dikaitkan dengan peningkatan fungsi eksekutif.

Menarikkan maklumat ini?? 🤔
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami 🥰

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:😋
https://wa.me/60172735597


NAK MAKAN CHEESEKUT BY NAMI ❗️❗️Nak makan cheesekut by nami ? Nak rasa semua tapi macam banyak sangat ?Jangan risau, che...
21/06/2023

NAK MAKAN CHEESEKUT BY NAMI ❗️❗️
Nak makan cheesekut by nami ? Nak rasa semua tapi macam banyak sangat ?
Jangan risau, cheesekut by nami ada sediakan 3 topping sekaligus yang dipanggil 3 benua 😍😍
Cheesekut 3 benua ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ditambah lagi dengan topping yang dicampurkan dengan ketiga-tiga topping. Korang boleh rasa ketiga ii topping tu dalam satu bekas 😋
Selain dari tu, harga pun sama je tau dengan harga cheesekut yang lain. Jimat kan ?? 🥰
• Tak muak
• Harga yang berpatutan
• Mudah dibawa kemana-mana
Berminat ? Kalau berminat meh ws cepat dekat nombor bawah ni 👇🏻 :
https://wa.me/60172735597


RESEPI COKLAT NESTUM BAR 🍫Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, ✌🏻. Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar. Kali ini, kami ingi...
20/06/2023

RESEPI COKLAT NESTUM BAR 🍫

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, ✌🏻. Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar. Kali ini, kami ingin berkongsi resipi mudah untuk membuat biskut yang sedap dan pastinya dis**ai ramai iaitu coklat Nestum.

Biskut ini pasti digemari ramai kanak-kanak 👫👭

Resepi ini mudah dan cepat untuk disediakan, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba membuatnya di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
• 500g Nestum
• 1kg dark coklat compound (beryl’s atau apa-apa jenama)

Cara-cara penyediaan:
Langkah 1: Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler (anda juga boleh gunakan milk compound sesuai ikut citarasa masing-masing)

Langkah 2: Masukkan Nestum ke dalam coklat compound yang sudah cair dan gaul sehingga sebati. Gaul sampai sebati biar bersalut elok yaa.

Langkah 3: Masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik (senang nak keluarkan nanti) dan tekan untuk bagi ia rata, tetapi jangan mampatkan.

Langkah 4: Potong siap-siap, baru masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Dah sejuk nanti, korang boleh patah-patahkan dan simpan ke dalam bekas.

Jangan risau, ia masih rangup kalau korang tak letak dalam peti sejuk pun 🥰

Resepi mudah coklat Nestum ini adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang mudah, ringkas dan sedap. Hidangan ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada sahabat atau ahli keluarga. Semoga resepi ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Menarikkan resepi ni?? 😍
Inginkan lebih info dan tips??🙊
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami 🥰

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah 👇🏻:
https://wa.me/60172735597


PROMOSI DATANG LAGIII ❗️❗️🎉🎉🎉Taktau nak makan apa ?? Rasa nak makan sesuatu yang manis ??Kami menyediakan dessert dengan...
20/06/2023

PROMOSI DATANG LAGIII ❗️❗️🎉🎉🎉
Taktau nak makan apa ?? Rasa nak makan sesuatu yang manis ??
Kami menyediakan dessert dengan potongan harga sebanyak 10% !

Terdapat pelbagai topping yang boleh dipilih untuk dimakan 😍😍
Selain daripada kami berikan diskaun, kami juga berikan satu lagi topping percuma dan korang boleh pilih sendiri topping tu 😘😘
Cepat-cepat grab cheesekut kami sebab promosi tak lamaaa tauuu !
Berminat tak ?? Berminat meh pm kat nombor ni 👇🏻 :
https://wa.me/60172735597


RESEPI BISKUT CREAM CRACKER HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN SAHAJA ‼️‼️ Biasanya kat rumah mesti ada biskut cracker kan. Kadan...
20/06/2023

RESEPI BISKUT CREAM CRACKER

HANYA MENGGUNAKAN 4 BAHAN SAHAJA ‼️‼️

Biasanya kat rumah mesti ada biskut cracker kan. Kadang-kadang tak dimakan sampai biskut pun lemau. Daripada membazir dibuang, baik jadikan puding biskut kan 🤔. Serius rasa dia sedap dan rasa lemak-lemak manis gitu.

Hanya 4 bahan, puding biskut sedap dan cantik terbentuk macam ni boleh dibuat. Rasanya pasti sedap.

Bahan-bahannya:
• 20 keping biskut cream cracker
• Telur 4 biji
• 1/2 cawan susu pekat
• 1 sudu serbuk koko dan 2 sudu besar milo

Cara buat puding:
1. Mula-mula perlu rendamkan dulu biskut cream cracker hingga lembut dan kembang. Asingkan kepada 2 bahagian dan redam di dalam bekas berasingan.
2. Masukkan 2 biji telur setiap bekas.
3. Kemudian masukkan susu pekat.
4. Masukkan p**a serbuk koko dan di dalam bekas lagi satu.
5. Kisarkan kedua-dua adunan hingga hancur.
6. Seterusnya, sediakan loyang dan sapukan butter untuk elakkan puding melekat pada loyang.
7. Siap pengukus dan panaskan terlebih dahulu. Tuangkan sedikit adunan ke dalam loyang layer by layer.
8. Setiap layer dikukus dalam masa 5 minit.
9. Untuk adunan terakhir dikukus selama 10 minit.
10. Apabila sudah siap, tunggu sejuk sekejap dan kemudiannya masukkan ke dalam peti ais.
11. Siap dan boleh dihidang.

Menarikkan resepi ni??
Inginkan lebih info dan tips??
Jangan lupa FOLLOW dan LIKE page kami 🥰

Jika berminat ingin membuat tempahan Cheesekut by Nami boleh klik link di bawah:
https://wa.me/60172735597


PROMOSI CHEESEKUT BY NAMI SEBANYAK 10% 🎉🎉🎉Abang, kakak, adik, makcik, pkcik ayuhh grab cheesekut by nami sebab kiteorg t...
20/06/2023

PROMOSI CHEESEKUT BY NAMI SEBANYAK 10% 🎉🎉🎉
Abang, kakak, adik, makcik, pkcik ayuhh grab cheesekut by nami sebab kiteorg tengah buat promosi ! 😍
Jom rasa dessert cheesekut by nami ! 🤩🤩
Ada pelbagai topping yang disediakan dan semuanya ada potongan harga sebanyak 10% ! 🥰 jom grab cepatt !
Berminat ? Jom whatsapp kami di nombor bawah ni 👇🏻 :
https://wa.me/60172735597

BAHAYA MAKAN CHEESEKUT BY NAMI ❗️❗️Kenapa bahaya ?? Bukan ke cheesekut ni takde bahan terlarang ?? Baca la dulu sampai h...
20/06/2023

BAHAYA MAKAN CHEESEKUT BY NAMI ❗️❗️
Kenapa bahaya ?? Bukan ke cheesekut ni takde bahan terlarang ??
Baca la dulu sampai habis cik adik 😝 cheesekut by nami ni bahaya sebab sekali makan mesti nak lagi.

Kenapa nak lagi ? Sebab cheesekut by nami ni menggunakan cheese yang tidak terlalu muak, manis pun sedang-sedang. Sangat sesuai untuk semua golongan umur 😍
Ditambah lagi dengan topping yang ada macam-macam jenis macam oreo, nestum, milo dan juga 3 benua . Korang boleh cuba mana ii yang korang rasa nak 😋😋
Selain buat korang rasa ketagih dengan lelehen cheese tu, dia jugak boleh buat korang rasa kenyang sebab ada biskut yang bersifat karbohidrat ! 🤩🤩
• Memberi tenaga
• Mudah didapati
• Harga berpatutan
Berminat ? Berminat meh sini pm kami di nombor whatsapp bawah ni👇🏻 :
https://wa.me/60172735597


Address

Shah Alam
40000

Telephone

+60172735597

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheesekut by Nami posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cheesekut by Nami:

Share

Category