A&A catering and services

A&A catering and services Menyediakan perkhidmatan servis katering, dengan membekal makanan bermasak.

A&A Catering and Services mengendalikan dan menyediakan khidmat lengkap pelbagai majlis

08/11/2022
09/10/2022

Kawan2 dah cuba ke buat resepi ayam kenny rogers๐Ÿ‘‡

Saya buat 2 3 kali dah...sedap kan ๐Ÿ˜‰
Mgkin ada yang xtaw n belom cuba resepi yg mudah n sedap ni. Saya share resepi saya buat k..tapi saya guna apa yang ada kt dapur ja..tu pun sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Bahan-bahan
๐Ÿ‘‰2 sudu besar minyak masak
๐Ÿ‘‰2 sudu gula merah
๐Ÿ‘‰ 2 sudu lada hitam(ditumbuk)
๐Ÿ‘‰ 2 sudu gula putih
๐Ÿ‘‰ 1 botoi sos lada hitam
๐Ÿ‘‰4 ulas bawang putih
๐Ÿ‘‰3biji bawang besar
๐Ÿ‘‰sedikit halia
๐Ÿ‘‰ kiub pati ayam
๐Ÿ‘‰sedikit garam (pandai2 agak)
๐Ÿ‘‰sedikit air(untuk blend)

Blend semua bahan2 di atas๐Ÿ‘†dan perap ayam selama 2jam @ lebih....(lagi lama lagi sedap)

Bakar suhu 180โ„ƒ selama selama 60minit
Sebelom bakar...saya letak serbuk lada hitam sikit.....tgk pada gambar๐Ÿ˜‰kalaw s**a ubi boleh potong letak sekali.
(Suhu ikut oven masing2 k...setiap oven xsama)

Kuah lebihan perap ayam tadi jgn dibuang.....boleh masak semula dan tuang atas ayam bila ayam sudah masak๐Ÿ˜‚
Mcm biasa saya bagi sekali gambar untuk mudah kawan2 tgk dan buatโ˜บ

Siapppp

Kredit: zihan remy

08/10/2022

Resepi Mashed Potato

Anak anak s**a ni.. ๐Ÿฅฐ

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)
- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang s**a.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Kredit :Ciklynskitchen

11/09/2022

Resepi Nasi Ayam Hainan.

Bahan-Bahan :
1 ekor ayam
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil garam
1 pokok daun bawang (ambik daun saja)
2 inci halia ketuk
- Rebus semua ni 25 minit. Pastikan ayam tenggelam.
- Angkat ayam bubuhh dalam air ais 30 minit. Toskan. Lumur dengan minyak bijan.

Nasi
3 cawan beras
ยฝ beras pulut ( tak nak letak pun boleh.,tp klau ada lagi sedap)
- Basuh beras dan toskan.
1 helai daun pandan
Lemak ayam
- (Sebelum rebus ayam tadi, ambik bahagian lemak kat tengkuk dengan bahgian bawah ayam.
1 senduk kecik minyak
Halia tumbuk
Stok ayam (air rebus ayam tadi)

Cara-Cara :
- Panaskan minyak dan lemak ayam sampai lemak tu cair.
- Masukkan daun pandan dengan halia tumbuk. Kacau.
- Bubuh beras gaul dalam 3 minit. Masukkan stok ayam td 3 cawan @ s**at mcm masak nasik biasa.
- Tambahkan sedikit garam dengn cukup rasa. Masak nasik.

Air Cili merah
5 biji cili besar (merah)
5 biji cili padi (merah)
ยฝ labu Bwg Holland
3 ulas bawng putih
2 sudu cuka
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Aji
Stok ayam(air rebus)
- Blend semua

Pes halia : https://shope.ee/3V8VdljXnt
Halia tumbuk
Masukkan batang daun bawang yang baki tadi tumbuk sampai hancur.
Masukkan sedikit minyak masak tuang panas-panas dalam pes tadi. Gaul.

Taugeh
Taugeh - siram air panas dan toskan.
Daun limau purut dan cili padi - Racik halus.

Kuah ayam dengan kuah taugeh
(Untuk siram )

1 cawan stok ayam (air rebus)
Kicap masin cair
Kicap kipas udang manis
Sedkit cukup rasa
Minyak bijan
- Campurkan semua bahan di atas. Curah atas taugeh dengan ayam.

Kredit : zaza

13/08/2022

6 TIPs MEREBUS JAGUNG:

1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.

2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.

5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.

6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

30/07/2022

Resepi Aiskrim viral ala magnum ๐Ÿ˜‹

Aiskrim vanila tu guna resepi aiskrim oreo mcflurry yang nina pernah share sebelum ni..

Aiskrim ala Magnum

2cawan whipping krim(dairy)
*nina guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je
1/2cawan susu pekat
1sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila

*campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu(nina pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda

350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je(nina guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)
*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan
*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat
*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman

***salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim
***nak lagi senang buat pendek2 je.. Nina potong sikit plastik aiskrim tu
***adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je
***coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik,coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah

Kredit : raja amanina dan siti zubaidah mohd ruslan

25/07/2022

RESEPI MASH POTATO ๐Ÿ˜‹

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)
- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )

2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang s**a.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa

Credit : Nuraqiyla

20/07/2022

Resepi Mee Goreng Basah:-

1 bungkus mee kuning (Celur air panas dan tos kan)
1 paket fish ball
2 ekor sotong sederhana
Ayam (ambik isi & tulang2 sikit)
Sos cili 3 sudu besar
Kicap manis 4-5 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Cili boh 3-4 sudu besar
Sawi 1 ikat
Tomato 1 biji potong 6/8
Cili besar 2 biji
Minyak masak 3 sudu besar
Air (ikut masing2 nak basah sikit atau banyak)

Bahan2 ditumbuk:-

Cili padi 7 biji
Bawang putih 5 biji
Bawang besar 1 biji

Cara-caranya :-
1) Panaskan kuali, masukkan minyak.
2) Masukkan bahan yg ditumbuk. Tggu sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tggu mendidih atau pecah minyak.
3) Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong, fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.
4) Masukkan mee. Gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato, cili besar.
5) Siap untuk dihidangkan.
***Resepi sy ambil dari group nie dan olah cara saya ๐Ÿ™‚

Sumber ini daripada ziehan azizan

07/07/2022

AYAM KICAP VIRAL

1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng
2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan kentang ke dalam lebihan minyak goreng ayam tadi
3) Kemudian masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan jintan manis) - mak ajar klu nak masak kicap sedap dan beraroma kena masukkan jintan manis)
4) Tumis sampai naik bau dan baru masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak
5) Masukkan ayam, kicap lemak manis dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan kering sedikit. Perasakan secukupnya.
6) Klu xda kicap abc, boleh tambah gula sebab ayam masak kicap yg sedap kenalah masak sehingga melekit dan likat.

Kredit : nurul hawa

Alhamdulillah Done โœ…250paxNasi putih ayam masak merahkobis lemak putihikan masin bulu ayamulam2 dan sambal belacankuih 2...
12/06/2022

Alhamdulillah Done โœ…

250pax
Nasi putih
ayam masak merah
kobis lemak putih
ikan masin bulu ayam
ulam2 dan sambal belacan
kuih 2 jenis
air kordial

Majlis doa selamat sempena keberangkatan ibubapa mertua saya ke tanah suci untuk mengerjakan haji. Semoga mereka dan jemaah yg mengerjakan haji pada tahun ini dipermudahkan segala urusan dan beroleh haji yg mabrur.. in Shaa Allah Aamiin..
Alhamdulillah juga tetamu yang datang semuanya berpuas hati dan bg feedback yg baik tentang makanan..siap ada yg tanya nk booking dengan kita boleh??๐Ÿคญ

Gambar makanannnya lupa ambik, kalut duk uruskan makanan..al-maklumlah kita katering BBNU..semuanya masih dibuat sendiri..๐Ÿ˜…

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A&A catering and services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share