13/06/2021
Ish liat lagi la daging ni, kejap lagi tetamu dah nak sampai, macam mana ni ???πββοΈπββοΈ
Tercari - cari cara nak lembutkan daging??
Maklumlah, daging yang liat ni akan melambatkan proses memasak. Kalau pulak kita nak masak dalam kuantiti yang banyak memang makan masa kan. π€π€π€
Harini hakak maneh nak kongsikan 4 tips untuk melembutkan daging ππ
Tips 1 : Potong Daging dengan Betul.
- Cara potong juga adalah penting ,pastikan anda potong daging dengan cara berlawanan urat. Kalau tidak daging akan s**ar empuk walaupun masak dalam masa yang lama
Tips 2 : Cuka
Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 - 20 minit. Selepas itu toskannya hingga kering, lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap. ππ
Tips 3 : Gunakan limau/lemon
- Selain cuka , lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas.
Caranya sama seperti cuka πππ
Tips 4 : Gunakan sudu besi
- Salah satu teknik tradisional yang sering digunakan oleh generasi dahulu dalam memastikan daging tidak liat ialah dengan menggunakan sudu
π₯π₯ππ
Selamat mencuba sis sis semua π