16/07/2022
Selamat hari minggu semua!!!! ada sesiapa yang ingin mencari resepi masakan Korea untuk dicuba?
Jadi dah alang-alang berada di rumah, apa kata anda cuba masak hidangan Korea? Untuk itu, hari ini kami ingin berkongsi satu resepi makanan korea yang mudah untuk anda iaitu tteokbokki. Teruskan membaca!!
Hidangan ini pasti anda biasa terdengar namanya kan?, tambahan p**a jika anda merupakan peminat drama Korea 🤭🤭
ini adalah bahan-bahan yang kita perlukan :
Bahan tteokbokki:
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Sedikit minyak bijan + air suam
Bahan kuah tteokbokki:
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar pes cili giling
Sedikit air
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu kecil air rebusan ayam
Sos pedas Korea (jika mahu pedas)
Sosej (dihiris)
Telur ayam (direbus)
Bijan sebagai hiasan
Cara memasak :
1. Untuk tteokbokki campurkan tepung pulut, tepung gandum, garam dan sedikit minyak bijan dan air suam.
2. Uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
3. Kemudian, uli doh secara memanjang dan potong kecil.
4. Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan tteokbokki. Seterusnya, kukus selama 5 minit.
5. Setelah dikukus, rendamkan tteokbokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tteokbokki.
6. Untuk kuah tteokbokki. panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yg dicincang sehingga bau wangi.
7. Masukkan pes cili giling, air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan air rebusan ayam. Boleh juga masukkan sos pedas Korea.
8. Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
9. Masukkan tteokbokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
10. Letakkan telur ayam rebus dan taburan bijan di atas topokki.
11. Sedia untuk dihidang.
Macam mana anda semua? mudahkan resepi ni ? nak lagi resepi yang mudah? Teruskan like, follow dan share FB: .ly untuk mendapatkan lebih banyak resepi baharu.