20/06/2021
SELAMAT HARI BAPA 👨🏻‼️
“Kasihnya ibu membawa ke Syurga, kasihnya bapa sepanjang masa.”
Bapa, ayah, papa, abah, walid atau apa sahaja ungkapan buat seorang bapa, kita raikan sesuatu yang istimewa dalam setiap doa kita.
Mereka adalah insan yang tidak banyak bicara tentang kesusahan dan kepenatan membesarkan kita, namun percayalah seorang bapa akan sentiasa bekerja keras membanting tulang untuk keluarga tercinta.
Berkesempatan ini, kami warga Mr Pepper mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar bapa yang telah banyak berjasa dan berkorban untuk isteri dan anak-anak.
Semoga setiap titis keringat para bapa sekalian dalam membesarkan anak-anak diberikan pahala yang berterusan di samping diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dalam mencari rezeki untuk keluarga. Terima kasih ayah ❤️