16/11/2022
FAKTA MENARIK POPCORN YANG ANDA PATUT TAHU!
(Bertih jagung) atau lebih dikenali sebagai popcorn merupakan antara snek popular yang lazat dan mudah untuk dimakan di mana sahaja
Di Malaysia, popcorn cukup sinonim dengan di pawagam
Ini kerana, kebiasaannya, pengunjung akan membeli sebagai snek makanan ringan untuk dimakan ketika menonton wayang
Penyediaan popcorn juga amat mudah jika dikendalikan menggunakan mesin yang direka khas untuk menghasilkan popcorn
Antara fakta menarik mengenai popcorn yang mungkin anda tidak ketahui ialah kita tak sangka bahawa popcorn merupakan sejenis bijirin yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan
Bagaimana? Jika anda nak tahu, popcorn memiliki kandungan serat yang agak tinggi dan kurang kandungan kalori di dalamnya
Tetapi, perlu diingatkan, untuk ini, anda tidak digalakkan untuk menambah pelbagai perisa pada popcorn seperti garam, gula dan karamel yang berlebihan kerana akan memberikan kesan negatif kepada tahap kesihatan anda.
Credit : Usahawan.Com