25/02/2024
HARGA BARANG NAIK, TAPI LETS KUDAP2 TURUNKAN HARGA
Ketika kebanyakan peniaga menaikkan harga kuih raya susulan kenaikan harga barang, Lets Kudap2 dengan berbesar hati mengumumkan penurunan harga beberapa produk raya kami tahun ini.
Namun, jangan dirisaukan mengenai kualitinya kerana kami masih mengekalkan penggunaan butter dan bahan premium seperti tahun-tahun sebelum ini.
Usaha ini Lets Kudap2 dapat dilaksanakan dengan sokongan pembekal yang terdiri daripada sahabat dan keluarga serta semua ejen kesayangan kami.
Pelaksanaan ini dilakukan dengan pengurangan untung kepada pengasas dan penyelarasan keuntungan kepada semua ejen.
Kami bersepakat untuk bersama-sama membawa kegembiraan kepada semua keluarga tanpa ada risau kekangan kewangan menjelang pembukaan persekolahan dan hari raya.
Ini juga antara sumbangan kecil kami kepada mereka yang tetap mahukan produk premium setiap kali hari raya dengan harga berpatutan.
Walaupun pengasasnya tidak perlu memikirkan kos persekolahan anak yang akan masuk menjelang Ramadan, tetapi itu tidak bermakna kami tidak memahami keresahan setiap keluarga.
Ini kerana hari raya adalah sambutan penting untuk mengeratkan silaturahim sambil menjamu tetamu dengan hidangan terbaik.
Jadi, marilah menyokong usaha kecil kami dengan membeli produk Lets Kudap2 sama ada terus daripada saya atau melalui ejen kami.
Semoga usaha kami yang tidak seberapa ini dipermudahkan Allah dan dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kerana terus menyokong kami.