23/07/2026
BERITA BOLASEPAK ANTARABANGSA
• Warren Zaire -Emery kini menjadi sasaran terbaru Manchester United pada musim panas ini selepas bersedia menawarkan €60 juta kepada Paris Saint-Germain buat pemain tengah Perancis itu
• Paris Saint-Germain bersedia menghantar bidaan pertama bernilai €110 juta kepada RB Leipzig untuk mendapatkan Yan Diomande musim panas ini. Kelab Bundesliga itu mahukan €120 juta.
• Manchester United telah menetapkan harga sekitar €40 juta buat Juventus FC jika mahu mendapatkan khidmat penyerang Belanda, Joshua Zirkzee pada musim panas ini.
• Liverpool FC telah menyertai Inter Milan dalam perlumbaan untuk mendapatkan khidmat pertahanan kanan Tottenham Hotspur, Djed Spence musim panas ini sebagai pengganti Jeremie Frimpong.
• Sunderland AFC telah memulakan perbincangan dengan AS Monaco untuk mendapatkan khidmat penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun yang dinilai pada harga €40 juta musim panas ini.