Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam Bazar Ramadan Stadium Shah Alam

19/03/2026

And that’s a wrap for Bazar Ramadan Stadium Shah Alam 2026!🥳




18/03/2026

Para pemenang Kempen Ramadan Lebih Mudah Jualan Tanpa Tunai✨




Pihak Agrobank bersama-sama YBrs. Encik Rusman Md Lizah, Ketua Pegawai Eksekutif DEFM telah berbesar hati menyampaikan h...
17/03/2026

Pihak Agrobank bersama-sama YBrs. Encik Rusman Md Lizah, Ketua Pegawai Eksekutif DEFM telah berbesar hati menyampaikan hadiah bernilai RM200 bagi Kempen Ramadan Lebih Mudah Jualan Tanpa Tunai kepada setiap peniaga yang telah memenangi transaksi terbanyak di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam

Tahniah diucapkan kepada para pemenang✨




Bazar Ramadan Stadium Shah Alam telah menerima kunjungan daripada YB Datuk Hj. Rizam Hj. Ismail, Exco Kemajuan Desa, Per...
11/03/2026

Bazar Ramadan Stadium Shah Alam telah menerima kunjungan daripada YB Datuk Hj. Rizam Hj. Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan Dan Pengguna Negeri Selangor, diiringi oleh YBrs. Encik Rusman Md Lizah, Ketua Pegawai Eksekutif DEFM bagi Perasmian Program Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor Daerah Petaling.

YB Datuk Hj. Rizam Hj. Ismail yang diiringi oleh YBrs. Encik Rusman Md Lizah turut mengagihkan bubur lambuk kepada para peniaga serta pengunjung yang hadir.




09/03/2026

Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam 2026🌙✨




Program Santuni Bazar Ramadan 2026 Bersama Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Nora...
08/03/2026

Program Santuni Bazar Ramadan 2026 Bersama Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Merafak Sembah dan Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam 2026.

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan menyempurnakan penyampaian mock cheque, plaque, serta sijil penghargaan kepada para penaja dan rakan strategik yang telah menyokong penganjuran Bazar Ramadan Stadium Shah Alam 2026. Antara yang menerima penghargaan ialah Penaja Utama, Rasaku; Rakan Strategik, Agrobank serta para penaja lain iaitu Mr Yogurt, Chef Ammar dan Restoran Pagi Malam✨

Penyampaian penghargaan ini merupakan tanda penghargaan di atas komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penganjuran Bazar Ramadan Stadium Shah Alam pada tahun ini.




02/03/2026

Bazar Ramadan Stadium Shah Alam terus meriah dengan kolaborasi mantap Suria FM x Kimball🔥

Terima kasih kepada semua yang hadir!




28/02/2026

SHAH ALAM – Bazar Ramadan Stadium Shah Alam tahun ini tampil dengan penambahbaikan serta susun atur lebih sistematik bagi menjamin keselesaan peniaga dan...

27/02/2026

Disebalik tabir sesi temu bual bersama Berita Harian yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif DEFM, YBrs. Encik Rusman Md Lizah dan Pengarah Eksekutif Kumpulan LINACO, Joe Ling.

Joe Ling mewakili pihak RASAKU, selaku Penaja Utama Bazar Ramadan Stadium Shah Alam 2026, bersama YBrs. Encik Rusman Md Lizah turut meninjau sendiri suasana bazar ramadan dan beramah mesra bersama para peniaga.

Terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong dan menjayakan Bazar Ramadan Stadium Shah Alam sebagai destinasi pilihan komuniti setempat✨




27/02/2026

Bazar Ramadan Stadium Shah Alam telah menerima lawatan daripada Tuan Muhamad Hanif bin Asa’ari, Pengarah KPDN Selangor, bersama pasukan penguatkuasa KPDN dan MBSA bagi memastikan tahap pematuhan peniaga terhadap garis panduan yang ditetapkan.

Pemeriksaan ini meliputi aspek kebersihan, pelabelan harga serta kualiti makanan dan minuman demi menjaga kebajikan para pengunjung sepanjang bulan ramadan.

Terima kasih kepada para peniaga kerana telah menunjukkan komitmen yang baik sepanjang tempoh berniaga.




Address

Dataran Karnival Stadium Shah Alam
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 16:00 - 19:30
Tuesday 16:00 - 19:30
Wednesday 16:00 - 19:30
Thursday 16:00 - 19:30
Friday 16:00 - 19:30
Saturday 16:00 - 19:30
Sunday 16:00 - 19:30

Telephone

+60355198133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam:

Share

Category