By MAKSU Pastries

By MAKSU Pastries By MAKSU Pastries make ur life easy

“Bungkus satu-satu dengan tangan, lipatan kena kemas, daun pisang p**a kena cantik tersusun 🌿🤍Nampak simple, tapi nak ha...
12/05/2026

“Bungkus satu-satu dengan tangan, lipatan kena kemas, daun pisang p**a kena cantik tersusun 🌿🤍

Nampak simple, tapi nak hasilkan nasi lemak bungkus tradisional yang cantik dan kemas perlukan kesabaran dan seni tersendiri.

Setiap bungkusan dibuat dengan teliti supaya bukan sahaja sedap dimakan, tapi sedap dipandang ✨

Bau daun pisang, lipatan klasik kampung, dan rasa yang buat rindu suasana pagi dulu-dulu 💚

Yang penting “mesti sedap”! 😅
KuihTradisional SupportLocal”

Dulang Kuih Tradisional Eksklusif 🌿✨Menghimpunkan pelbagai pilihan kuih warisan dengan sentuhan moden, setiap satu disus...
20/04/2026

Dulang Kuih Tradisional Eksklusif 🌿✨

Menghimpunkan pelbagai pilihan kuih warisan dengan sentuhan moden, setiap satu disusun rapi untuk menyerlahkan keindahan dan rasa asli Melayu:

• Apam Beras Kampung
• Apam Gula Hangus
• Cara Berlauk
• Cara Manis
• Kole Kacang

Disempurnakan dengan hiasan bunga segar sebagai simbol kehalusan seni hidangan tradisional.

*sesuai untuk majlis eksklusif, atau santapan istimewa.

“Traditional Malay Delights” – diangkat dengan gaya yang lebih elegan.

19/04/2026

Menjunjung kasih setinggi-tingginya kepada

YAM Tengku Puteri Seri Teja,
Puan Sri Dato’ Sri Setia Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah,
atas perkenan mencemar duli menikmati sajian kuih tradisional kami.

Detik ini menjadi simbol penghargaan dan inspirasi untuk kami terus mengangkat keindahan warisan Melayu ke tahap yang lebih eksklusif.

Alhamdulillah, satu penghormatan yang tidak saya jangka apabila juadah kuih Maksu, berpeluang dinikmati oleh YAB Dato’ S...
17/04/2026

Alhamdulillah, satu penghormatan yang tidak saya jangka apabila juadah kuih Maksu, berpeluang dinikmati oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga YB Datuk Seri

Sebagai usahawan desa, saya percaya setiap usaha kecil yang dilakukan dengan penuh keikhlasan mampu membuka pintu rezeki yang lebih luas.

Sokongan seperti ini memberi semangat untuk Maksu terus berkembang dan memperkenalkan warisan kuih tradisional ke tahap yang lebih tinggi.

Saya amat berharap agar lebih banyak peluang dapat disalurkan kepada usahawan desa seperti kami untuk terus maju dan bersaing.

Terima kasih atas kepercayaan.

Ini baru permulaan, insyaAllah yang terbaik akan menyusul 🤍

15/04/2026

Alhamdulillahhh, syukur pada tuhan, Syawal pada tahun ini Maksu banyak berjumpa dengan insan-insan yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara dengan menghidangkan kuih-muih dari By Maksu Pastries.

Ternyata kali ini dapat bertemu kembali dengan Tokoh yang disegani, Tun M dan Tun Siti setelah sekian lama Tun M berehat atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan…

Alhamdulillahhh Tun M dikurniakan tuhan dengan kesihatan yang sangat baik dan ceria seperti dahulu😉, akhirnya dapat lah Maksu menghidangkan kembali kepada beliau dengan kuih muih kegemarannya…

Maksu dan Team By Maksu Pastries mendoakan semoga Tun M dan Tun Siti sentiasa berada dalam lindungan Allah swt… amin

Alhamdulillahhh, satu penghormatan dapat menyantuni Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara. Minat ...
12/04/2026

Alhamdulillahhh, satu penghormatan dapat menyantuni Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.

Minat beliau terhadap kuih tradisional Melayu, khususnya kuih koci, mencerminkan keindahan warisan rasa yang kekal relevan merentas zaman.

Kami di By Maksu Pastries terus komited mempersembahkan cita rasa asli dengan sentuhan eksklusif untuk setiap hidangan.

Suatu penghormatan yang cukup bermakna apabila diberi peluang menyantuni Biduanita Negara Dato Sri Siti Nurhaliza, ikon ...
08/04/2026

Suatu penghormatan yang cukup bermakna apabila diberi peluang menyantuni Biduanita Negara Dato Sri Siti Nurhaliza, ikon seni tanah air yang melambangkan keanggunan, kelembutan dan kelas tersendiri.

Bertempat di majlis rumah terbuka bersempena pembukaan eksklusif cawangan baharu Q Bistro Presint 2, setiap detik terasa begitu istimewa dalam suasana yang penuh bermakna.

Sebagai pengusaha “traditional Malay delights”, momen ini bukan sekadar pertemuan tetapi satu inspirasi untuk terus mengangkat warisan rasa ke tahap yang lebih eksklusif dan bermakna.

Dari dapur kecil dengan penuh kasih, hingga ke meja-meja istimewa seperti ini—setiap hidangan membawa cerita, rasa dan sentuhan jiwa.

Semoga setiap langkah terus diberkati dan dipermudahkan dalam perjalanan ini. ✨

Terima Kasih 🙏Tok Ti

Patik menjunjung kasih Tuanku. 🙏Dengan limpah perkenan Tuanku yang berkenan akan kuih patik, maka pada keberkatan bulan ...
16/03/2026

Patik menjunjung kasih Tuanku. 🙏

Dengan limpah perkenan Tuanku yang berkenan akan kuih patik, maka pada keberkatan bulan Ramadhan ini patik berpeluang menjejakkan kaki ke Istana Tuanku yang tersergam indah.

Patik mendoakan semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Tuanku serta seluruh ahli keluarga Tuanku. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

04/02/2026

Alhamdulillahhh, segala pujian bagi Allah…

Pulut Serawa Durian Musang King ❤️- pulut yang putih bersih di sirami dengan santan asli dan sedikit garam sebagai penam...
28/01/2026

Pulut Serawa Durian Musang King ❤️

- pulut yang putih bersih di sirami dengan santan asli dan sedikit garam sebagai penambah rasa lemak tanpa ada sedikit pun kandungan gula pada santan…

Pendek kata kita buat pulut nih ikut cara mak-mak zaman dulu kala la naaa hahah 😅

Di By Maksu Pastries, penggunaan buah durian memang hanya meggunakan Musang King, tiada selain dari itu

Behind every smile,there’s hard work, courage, and perseverance.This is the journey of a business woman.
23/01/2026

Behind every smile,
there’s hard work, courage, and perseverance.
This is the journey of a business woman.

Address

No. 6-G Jalan Aman Damai H U17/H, Aman Putri Seksyen U17
Shah Alam
40160

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 19:00
Wednesday 11:00 - 19:00
Thursday 11:00 - 19:00
Friday 11:00 - 19:00
Saturday 11:00 - 19:00

Telephone

+60129258385

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when By MAKSU Pastries posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to By MAKSU Pastries:

Share

Category