Roti, Kek Dan Kuih Muih Bersama Che Ain

Roti, Kek Dan Kuih Muih Bersama Che Ain KELAS HAND OFF & KELAS HAND ON

Resepi apam coklat moist, simple tanpa perlu blender atau mixer.Telur 2biji A@BEsen vanilla sikit.Gula 1cwnMinyak masak ...
05/05/2025

Resepi apam coklat moist, simple tanpa perlu blender atau mixer.

Telur 2biji A@B
Esen vanilla sikit.
Gula 1cwn
Minyak masak 1cwn
Susu pekat 1cwn
Susu cair/fresh milk 1cwn
Air panas 1cwn

Tepung gandum 2cwn
Baking powder 1sudu teh
Soda bikarbonat 1sudu teh
Serbuk koko ½cwn
*bahan kering ayak dulu dan asingkan

*dlm bekas lain, pukul telur dgn gula serta esen vanilla..pukul manja2 guna whisk saja
*masukkan bahan cair (susu,minyak dan air)
*baru masukkan bahan kering yg di ayak td..kacau sebati..
*kukus selama 15minit
*acuan wajib oles minyak
*sy sellu keluarkan time suam2..xtggu sejuk sbb sy nk susun terus dlm box.
*klu guna acuan spiral ni dpt dalam 40pcs++

Kredit by kak sue
Picture by DapurD'CheAin

Nota dari Che Ain 📝
First time try resepi ni terus menjadi. Che buat guna acuan spiral ni dapat 57pcs.
Resepi Apam ni mmg gebu sangat². Kalau picit kasar boleh hancur.
Rasa dia nice ja. Tak manis tak tawar
📌oh ya. Klu guna acuan tajam tu oles minyak bagi betul² masuk dalam. Sbb ada yg buat katanya melekat. Che Ain try اَلْحَمْدُلِلّه tak melekat. Klu melekat juga mungkin acuan tu tak sesuai utk buat apam coklat/ acuan dh lama
📌 Kalau guna acuan yg tajam tu tak sesuai klu nk susun double ya. Bunga dia akan terpenyet. Klu yg tak tajam tu boleh susun double
Box size 9×9
1pcs 80sen (Harga Che Ain jual ya) korang boleh kira costing dulu ya. Sbb lain2 tempat harga barang tak sama.

TB Event Majlis Perkahwinan  Sabtu 11jan25 11am-12pmاَلْحَمْدُلِلّه ❤️Terima kasih Husna percaya dgn service kak Ain 🥰 S...
30/04/2025

TB Event Majlis Perkahwinan
Sabtu 11jan25 11am-12pm
اَلْحَمْدُلِلّه ❤️

Terima kasih Husna percaya dgn service kak Ain 🥰

Sesungguhnya الله Ganti rezeki yg lain selepas ada member cancel order makanan lunch 300pax. Sekali org yg kita xkenal boleh trust dgn service Che Ain. Terima kasih banyak Husna dan family.

300pax bungkus dalam bekas 1 per 1. Set mini bihun sup ayam.

Cover area desa subang perantau, subang perdana, kg melayu subang dan yg berdekatan. Yang jauh pun boleh. Delivery ikut kawasan ye 🤗

🚗Delivery by lalamove / 🛵 grab





http://www.wasap.my/60172346394/bihunsupayamsetmini

Ada yg buat report. Nak tny la. Kenapa perlu report? Che Ain ada buat salah dekat mn ya? Atau sebab ada iri hati dlm dir...
14/01/2024

Ada yg buat report. Nak tny la. Kenapa perlu report? Che Ain ada buat salah dekat mn ya? Atau sebab ada iri hati dlm diri?

Resepi² yg di share Che Ain akn kredit empunya tuan badan termasuklah gambar². Sekiranya gambar dr che ain akn "watermark" siap² yg tu dr hasil che ain buat, mencuba resepi yg di kongsi bersama. 🤗

So now 2024 dah. Jauh la perasan yg iri hati tu. Tak dpt apa pun. Iri hati memakan dan menghilangkan perbuatan baik, seperti api memakan dan membakar kayu.

Hye...maaf ye semua, lama che ain tak update resepi2 disini 😅Salah satu kuih muih jualan che ain ikut resepi ni ya.RESEP...
02/01/2024

Hye...maaf ye semua, lama che ain tak update resepi2 disini 😅

Salah satu kuih muih jualan che ain ikut resepi ni ya.

RESEPI KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan :
3cwn tepung gandum
1 biji telur
1 cwn santan
3 cwn air
1 sudu minyak masak
Secubit garam
Pewarna kuning
Kisar semua bhn guna blender

Persediaan inti cara berlauk :
2 cwn daging yg telah direbus n cincang halus
1 biji bawang besar(potong dadu)
3 ulas bawang putih(potong dadu)
3 sudu rempah kari daging
1 sudu cili kisar
Daun sup
Cili besar merah
Garam&perasa secukupnya
Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara : -
1.Panaskan minyak dlm 3 sudu besar
2.Tumis bwg putih dan bawang merah.
3.Bila kekuningan masukkan rempah dan cili kisar td.tambah sedikit air.masak hingga rempah pecah minyak
4.kacau dan masukan daging rebus yg dicincang.perasakan dgn garam,gula dan serbuk perasa...kacau hgga sebati.,biarkan kering sedikit.angkat dan sejukkan.
5.Tuang bancuhan tepung dlm acuan yg telah di sapu minyak.
6.Masukkan bancuhan tepung.jgn penuh sgt sbb nk letak inti.biar sekejap baru letak inti,
cili merah dan daun sup.tutup guna tudung periuk pd acuan trsbut..
7.Anggaran 5 minit kuih cara berlauk pun masak.
Kuih akan mengembang Dan maknanya sudah masak.

Selamat mencuba...❤️❤️❤️

Kredit Azieyda Juwieta

Donat Red Velvet!!!Benda tengah viral. Rugi tak try. 🤭 Resepi macam yang sebelum ni juga. Cuma tambah emulco Red Velvet....
02/11/2022

Donat Red Velvet!!!

Benda tengah viral. Rugi tak try. 🤭 Resepi macam yang sebelum ni juga. Cuma tambah emulco Red Velvet.

Bahan²:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis instant
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar emulco Red Velvet
3/4 cawan air suam
Secubit garam
1 sudu besar marjerin

Cara²:
Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati. Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap 30 minit - 1 jam. Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang. 😋

Doh lebih tu I buat ala² croissant. Dalamnya letak chocolate rice. Bakar suhu 180° hingga masak. Dalam 15-20 minit.

Kredit by khairunnisa mohammad

Resepi lapis pelangiBahan-Bahan2 cawan tepung beras1/2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung jagung1 cawan gula pasir4 caw...
03/08/2022

Resepi lapis pelangi

Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros( atau warna warna pelangi)

Cara Menyediakan Kuih Lapis

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 200 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna warna pelangi berserta perisa tersebut. Contoh merah untuk rasa rose. Putih untuk Rasa asli santan.Purple untuk rasa keladi.

4. Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan warna berikutnya. Kukus lagi.

5. Ulang proses hingga habis 6 lapisan warna berlainan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

6. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

Selamat mencuba kawan kawan❤️

Kredit by Bunga Zunika

SEMPERIT NUTELLA rangup & Sedap..... Kalau teringin boleh la cuba buat sy sertakan resepi Nye....BAHAN APure Butter 250g...
02/04/2022

SEMPERIT NUTELLA rangup & Sedap..... Kalau teringin boleh la cuba buat sy sertakan resepi Nye....

BAHAN A
Pure Butter 250g (anchor)
Gula icing 110g
Nutella 15g
✅Gaul sebati dulu bahan A

BAHAN B
Susu tepung 15g
Serbuk Koko 30g
Tepung jagung 150g
Tepung Gandum 150g
✅Masukkan bahan B & gaul sebati
✅Bakar suhu 160 api atas bawah @ sehingga masak.

TOPING ATAS SEMPERIT
Nutella (paipkan atas semperit)
almond nibs (taburkan atas Nutella)
✅Selepas dibakar

Kredit by Farrah Emylia

BUAH TANGAN UTK DIBAWA KERUMAH SAUDARA HARI INI🥰KEK BUAH VERSI BAKAR..LOYANG SAIZ 9"👉1 CWN BUAH2AN KERING( gaul dgn 1 ca...
29/03/2022

BUAH TANGAN UTK DIBAWA KERUMAH SAUDARA HARI INI🥰

KEK BUAH VERSI BAKAR..
LOYANG SAIZ 9"

👉1 CWN BUAH2AN KERING
( gaul dgn 1 camca tepung gandum)

👉1 CWN GULA KASTOR
👉250 GRM MENTEGA
(Sy pakai marjerin Daisy)
👉1 TSP OVALETTE
👆PUTAR SEMUA SAMPAI SEBATI DAN GEBU

KEMUDIAN MASUKKAN
👉4 BIJI TELUR(gred A)
👉1 SK ESEN VANILLA
👉2 1/2 CWN TEPUNG NAIK SENDIRI
👉1 SK BAKING POWDER
👆 PUTAR SAMPAI SEBATI KEMUDIAN MASUKKAN BUAH2AN TADI DAN GAUL..HENTAKKAN KEMUDIAN TABUR LEBIHAN BUAH2AN YG ADA..

👉BAKAR 1 JAM SUHU 150cc
👉API ATAS BAWAH DIRAK PALING BWH

Kredit by AR Azlin

ROTI SARDIN CELUP TEPUNG1st time weh che ain buat ni. Xpernah try pun sblm ni. Kesian kan..ketinggalan😪Senang ja nk buat...
29/03/2022

ROTI SARDIN CELUP TEPUNG

1st time weh che ain buat ni. Xpernah try pun sblm ni. Kesian kan..ketinggalan😪

Senang ja nk buat. Bancuh tepung celup goreng. Inti boleh pelbagai na. Ni che ain letak inti karipap🤪. Kentang dgg dan kentang sardin hok lebih sblm ni buat karipap.

Sapa yg tak pernah buat boleh geng ngn che ain la. Hahaha..

Nak Cuba. Tgk cara2 kt gambaq na👇🏻



***Che Ain share semula ya. Sebelum ni pernah share dkt wall sendiri😁***

Aritu sy ade tnye soalan pasal tepung gomak ni boleh frozen atau tak.. saja la nak share ngn kwn2 , kuih ni boleh frozen...
28/03/2022

Aritu sy ade tnye soalan pasal tepung gomak ni boleh frozen atau tak.. saja la nak share ngn kwn2 , kuih ni boleh frozen kan tau😁

ni sy buat frozen. Cara nye mudah je.
Lps da siap rebus tu toskan dulu pastu sy letak je dlm bekas tapawe. Xyh bedak kan dulu. Susun elok2 dlm bekas, pastu lapik plastik atas nye tindan kan. Bile keras die xmelekat sgt. Boleh je ambik elok2.

Sy rebus buat bulat2 dulu, bile nk frozen senang nak ambil. Lps tu kukus je balik. Nak salut bedak die tu penyek2 kan la buat l***r sikit. Sy bawak klua kol 3pagi. Dlm kol 5pg sy kukus kejap. Sbb nak anta kuih kol 5.30pg.

Ni tepung gomak inti kacang hijau sy 😊 inti nye kurg manis. Jd sy tabur sikit gula castor kt tepung kcg hijau tu😁 klau mkn jgn berckp, kang tersembur bedak kt muka kawan tu😂

Hrp paham la penerangan yg panjang lebar ni.. xreti nak pendek kan ayat😅

Kredit by Aisha zuhailisha

Address

Shah Alam

Telephone

0172346394 Che Ain

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roti, Kek Dan Kuih Muih Bersama Che Ain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category