14/11/2022
Kenyataan dari pihak Impian Selangau Rest Stop berhubung isu viral berkenaan harga kayangan yang telah di post oleh FB acc bernama Tius Sigi.
Di sini kami dari pihak Impian Selangau ingin mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini.
Untuk pengetahuan umum menurut beliau “Tius Sigi” mengatakan bahawa beliau telah dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk nasi campur 2 daging dan 1sayur dan menyatakan harga itu level kayangan. Kami disini memohon maaf jika apa yang dinyatakan Encik Tius Sigi itu benar. Disini kami ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa amatlah tidak masuk akal harga sebegitu dikenakan kepada pelanggan kami jika hanya 2 daging dan 1 sayur melainkan kuantiti yang diambil banyak bersamaan dengan minuman untuk satu orang makan. Disini kami amat menghargai berkenaan posting beliau kerana telah mengetengahkan isu ini kerana isu ini bukan lah perkara baru buat kami. Disini kami ingin menyatakan bahawa daging dan kambing adalah menu kami yang paling laris dan harga juga agak keras. Disebabkan ini , kami menjaga kualiti untuk semua menu makanan yang telah disajikan kepada pelanggan kami. Sebagai contoh semua bahan mentah kami mempunyai logo halal dan hanya mengambil daripada supplier yang bertauliah sahaja. Bukan sahaja itu, gred daging yang kami perolehi juga bukan gred yang paling murah kerana kami ingin menjaga kualiti masakan kami. Selain itu, kambing dan daging memerlukan proses yang agak sulit hampir 10jam dimasak dengan api yang kecil agar daging dan isi nya lembut agar mudah dicernakan oleh pelanggan kami. Bukan sahaja itu faktor kenaikan bahan mentah ini juga telah memberi impak kepada harga jualan untuk separuh dari menu kami. 90% bahan mentah kami diperolehi dari bandar Sibu sama ada dihantar oleh supplier kami dan dibeli oleh kami sendiri yang mana kos pengangkutan haruslah diambil kira. Manakala, 10% bahan mentah kami diperolehi dari pekan selangau dan tanaman kami sendiri. Bukan sahaja itu, kos pekerja, kos utiliti dan kos penyelengaraan juga agak tinggi apatah lagi restoran seperti kami beroperasi 24 jam seminggu (24/7) yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan tidak termasuk kos lain2.
Setelah meneliti komen2 pelanggan kami yang lain kami mendapati ada yang mengetengahkan isu receipt dan tanda harga. Untuk menjawab isu ini kami ada menyediakan resit hanya jika ada permintaan dari pelanggan kerana pusat perhentian ini tidak seperti kedai di bandar atau pekan. Majoriti pelanggan kami inginkan kepantasan dan tidak mahu menunggu oleh kerana barisan yang panjang . Oleh sebab itu, kami hanya akan mencetak jika ada permintaan dari pelanggan melainkan selepas posting ini mungkin banyak inginkan resit dan kami akan mencetak resit asalkan pelanggan kami dapat bersabar jika ada barisan yang panjang untuk melakukan pembayaran di kaunter. Untuk tanda harga menu makanan kami memang telah sediakan di cermin cabinet makanan dan di dinding2 belakang kaunter kami sejak dulu lagi harap anda sebagai pelanggan yang bijak hanya meminta atau mengambil kuantiti makanan mengikut kemampuan atau bajet masing2.
Di samping itu, kami juga ingin menasihati para pelanggan agar senantiasa peka dengan harga makanan dan juga bertanya jika ada keraguan . Jika anda sebagai pelanggan merasai dikenakan bayaran oleh Cashier kami melebihi dari apa sepatutnya anda perlu bayar jangan segan untuk menghubungi majikan di talian 019-8488490 amatlah dialu-alukan dengan bukti gambar makanan yang anda order, receipt pembayaran dan cashier atau staff yang berurusan dengan anda.
Dalam masa yang sama, kami dari Impian Selangau sekali lagi memohon maaf diatas kesulitan yang pelanggan kami lalui dan juga berterima kasih kepada yang selalu support kami tanpa anda siapalah kami. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 019-8488490