Fatin Shahfri Ventures

Fatin Shahfri Ventures Pelbagai homemade menu, servis runner dan servis cetak dokumen

Tercari-cari idea hadiah untuk Hari Guru untuk 16 Mei nanti ke tu?Ni ha, ada memo pad comel berserta pen sekali! Mesti c...
14/05/2024

Tercari-cari idea hadiah untuk Hari Guru untuk 16 Mei nanti ke tu?
Ni ha, ada memo pad comel berserta pen sekali! Mesti cikgu tersenyum & terharu bila terima set memo pad & pen daripada anak murid kesayangan mereka.. ada pelbagai pilihan design ucapan untuk guru pada cover memo pad.. Memang cun, tak payah pening dah nak fikir hadiah apa nak beri pada hari guru nanti..

🥰🥰

Selamat Hari Guru👨‍🏫👩‍🏫🧑‍🏫
Jasamu sentiasa dikenang.

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

Boleh tengok kat sini, beli kat sini👇👇

Saiz memo pad: 3 x 7 inci Ball pen: Warna dan brand random tapi kami akan utamakan pen warna merah ETA: 2 hari bekerja lepas bayaran dibuat Memo Pad with Pen is a perfect gift to express your gratitude and appreciation towards your favourite teacher on their special day. Convenient and practical: Th...

03/10/2023

Andai ditakdirkan perniagaan kau perlu ditutup, baca ini:

1. Belajar menerima takdir. Dalam hidup ni, tak semua benda kita boleh kawal. Rileks. Usah kelam kabut marah sesiapa. Tak perlu tuding jari. Terima kenyataan dulu bahawa bisnes dah tak buat duit dan perlu di tutup.

2. Kalau owner kedai, TNB, bil air, staf atau supplier kejar minta hutang. Usah lari. Tak perlu stress. Tak perlu hantuk kepala dekat dinding. Masa ini lah guna skill berunding.

3. Kalau kau ada duit, bayar mana yang mampu. Kalau tak ada, tak apa. Tak perlu tertekan menangis bawah meja. Berunding dan terangkan kepada mereka, bahawa bisnes kau memang dah tutup. Bukan tak nak bayar, tak ada cash flow. Kemudian buat deal tempoh untuk bayar semula. Buat slow slow. Rileks, bukan tak nak bayar, benda dah tak ada.

4. Kalau ada kedai atau stok, senaraikan segala barang yang boleh dijual. Jual cepat-cepat. Jual untuk cairkan jadi tunai supaya boleh bayar hutang.

5. Kau jangan deactivate media sosial pulak. Malu kononnya, dulu sembang meniaga besar, sekali tiba-tiba bungkus. Rileks, biasalah tu. Berniaga ada masa buka, ada masa tutup. Ada masa untung, ada masa rugi. Lantaklah orang nak cakap apa. Yang penting, kau belajar benda baru dan kau dapat pengalaman baru. At least kau lagi bagus dari orang yang tak pernah cuba buat bisnes.

6. Tak perlu terperap dalam rumah. Terbaring terlentang tengok cicak sambil mengenang nasib. Kau tarik nafas. Kau masih boleh bernafas kan? Bina lah semula bisnes. Gunakan semua ilmu dan pengalaman kau tu. Buat yang lebih baik. Mulakan dengan untung kecil dulu. Dapatkan momentum semula.

7. Paling penting, ketika kau jatuh, pastikan sentiasa bergaul dengan orang positif. Kalau tak, konfem kau dapat nasihat begini “Udah ler tu. Pergi cari kerja. Lebih terjamin”

Seorang pendiri bisnes boleh bangunkan apa sahaja bisnes, produk dan jenama. Jika terpaksa tutup satu, bangunkan lagi 5. Tiada istilah givap.

Katakan kalau umur kau panjang, kau hidup sampai umur 70 tahun. 10 tahun buat bisnes gagal, buat lah lagi, katakan disebabkan kau tak give up, umur 55 tahun kau strike jadi multimillionaire ok tak? Ok lah tu.

Laju-laju nak pergi mana?

Tapi itulah, kan dah cakap. Dunia bisnes ni memang keras. Yang kau tengok berniaga tak pernah rugi tu dalam drama je. Megah holding lah katakan ha ha ha.

Alam ini Tuhan ciptakan bersama fitrahnya. Ada ketika mendung, ada ketika hujan dah ada ketika panas.

Hidup dan rezeki pun sama macam tu. Ada naik dan ada turun.

Dah cukup! jangan sugul lama sangat.
Work harder!

Hidup ini keras, Henyak sampai Lunyai.

Isbah!

Address

Sibu
96000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fatin Shahfri Ventures posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share