15/09/2026
🏆PAK ALI MEMBAWA PULANG 2 ANUGERAH DI MAHA 2026! 🏆
Alhamdullilah... Bersempena MAHA 2026, syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd telah berjaya membawa pulang dua anugerah berprestij iaitu:
🏆ANUGERAH PEMASAR AGROMAKANAN TERBAIK
Anugerah pertama disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu pada malam Sabtu, 5 September 2026 di The Everly Hotel, Putrajaya.
🏆ANUGERAH PERDANA AGROMAKANAN
Kemuncaknya pada hari Ahad 6 September 2026, pada majlis Perasmian Penutupan MAHA 2026, Pak Ali Food Industries sekali lagi menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Agromakanan, yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Anwar Ibrahim di MAEPS, Serdang.
Lebih membanggakan, bagi kategori Anugerah Perdana Agromakanan ini, syarikat telah bersaing bersama 13 syarikat lain untuk merebut pengiktirafan tertinggi ini.
Dua anugerah ini bukan sekadar trofi untuk dibawa pulang. la adalah satu pengiktirafan terhadap segala usaha, komitmen dan pencapaian Pak Ali Food Industries dalam industri agromakanan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), FAMA serta semua kementerian, jabatan dan agensi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, bimbingan, sokongan dan peluang kepada Pak Ali Food Industries sepanjang perjalanan membangunkan syarikat sehingga ke tahap ini.
Sesungguhnya, kejayaan ini bukan dibina oleh kami seorang. Banyak pihak yang telah membantu, membimbing dan membuka ruang untuk kami terus berkembang sebagai sebuah syarikat dalam industri agromakanan.
Terima kasih juga buat barisan panel hakim atas masa dan komitmen yang diberikan dalam mengiktiraf pencapaian kami.
Penghargaan khusus buat YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu dan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas penyampaian kedua-dua anugerah ini.
Anugerah ini adalah milik kita bersama. Terima kasih juga kepada keluarga, rakan niaga, pelanggan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada perjalanan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd.