Kek chocolate cheese layer penang

Kek chocolate cheese layer penang Kami menjual dan menerima tempahan kek, jambangan bunga, gubahan, belon helium dan suprise delivery. Setiap tempahan perlu dibuat awal untuk memudahkan urusan.

Terima kasih.

Sy panjangkan pahala sedekah resepi Puan Turiah Supahat Turiah , dari sedaranya dan dari Cikgunya Puan Azra Khan...Pn Az...
10/05/2026

Sy panjangkan pahala sedekah resepi Puan Turiah Supahat Turiah , dari sedaranya dan dari Cikgunya Puan Azra Khan...

Pn Azra Khan ni popular tahun 80-90an sebelum Chef Wan mendominasi ruang kaca tv.. tanya deme2 yg lahir tahun 60an mesti kenal Puan Azra Khan...

Sbb sy s**a brg2 lama dn antik jadi resepi2 lama is such a treasure for me...

Jom try kek coklat klasik super sedap

Sedikit tips:
1) Kaedah creaming method

2) Cara bakar guna api bawah sbb oven yg digunakan adalah stove top oven.. pemanasan lebih sekata dn oven ni lbh mantap berbanding oven biasa pada hari ni... Sy tahu sbb mak sy pun guna stove top oven brand Zanussi...buat kek apa pun x penah gagal...kalau guna oven biasa bakar 160°C api atas bawah...

3) Kalau nk kurangkan sy rasa 420g is the max sbb kek ni mmg moist, gebu, n rich..

4) ikut step by step...rajin x baca ni...ke u ols nk video 😆

---------------------------------------------

Resepi kek coklat moist versi bakar. Saya telah buat sejak tahun
1993. Tanpa topping. Sedap dimakan selepas disimpan dlm chiller satu malam. Dulu saya ambil tempahan, lately dah malas, layan order adik beradik saja.

Bahan A:
1 cawan sebuk koko Van Houten
1 camca nescafe
2 cawan air suhu bilik
***Bancuh, kacau rata, simpan dlm peti sejuk.

Bahan B:
375g butter
500g gula kaster
6 biji telur gred A
*** Putar butter dan gula hingga kembang. Masuk telur sedikit demi sedikit.

Bahan C:
4 cawan tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 camca teh bikarbonat soda
*** Ayak 3 kali

%%%Alatan:
2 tin/ loyang kek saiz 8x 8 inci.
Sapu minyak/lemak,
Alas.dengan baking paper.

Cara buat:
1. Panaskan oven api bawah sahaja...170°C.
2. Ikut langkah tertulis.dlm.senarai bahan.
3. Masukkan tepung dan bancuhan koko berselang seli sambil diputar rata.
4. Tuang dlm acuan 3/4 penuh.
5. Lekukkan bahagian tengahnya supaya hasil kek tidak membumbung.
6. Bakar selama 40-60 minit.
7. Uji dgn cake tester atau lidi satay utk tau tahap masaknya.
8. Bila dah masak...biar lebih kurang 10 minit dlm suhu bilik dan keluarkan kek dari acuan. ( Jangan biar terlalu sejuk baru keluarkan, elak kek kecut dan berpinggang).
9. Bila kek dah betul2 sejuk...bungkus dengan aluminium paper atau plastik wrap.
Balut dengan kertas bungkus nasi lemak. Simpan dlm chiller satu malam.
Bila nak makan , biarkan dulu pada.suhu bilik...baru nampak.moistnya. anda akan nampak kek ni macam ada topping. Potong, sedap dimakan.

Tips nak sedap:
1. Guna pure butter
2. Serbuk koko van hauten
3. Guna tepung superfine utk tekstur kek lebih halus.
3. Nescafe tu pilihan, tak wajib.
4. Tabur rata tepung setelah acuan disapu minyak ..memudahkan kek dikeluarkan.
5. Bakar kek ditingkat bawah dlm oven..elak tidak mudah hangus.

*Kek ini adalah kek coklat tradisional.
*Boleh saja kalau nak bagi topping tapi saya takde resepinya.
* Tahan 3 hari di suhu bilik.
* Kalau nak simpan wajib dibungkus untuk elak kering.

Saya izinkan anda buat dan jual.
Terima kasih.

SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA.

Kredit: Puan Turiah Supahat -

Biskut Brownies Rangup. Makan dengan susu sedap juga ni. Makan begitu saja pun sudah sedap hingga menjilat jari.Sebarang...
05/05/2026

Biskut Brownies Rangup.
Makan dengan susu sedap juga ni. Makan begitu saja pun sudah sedap hingga menjilat jari.

Sebarang tempahan boleh whatsapps 0174258692

05/04/2026

Tempahan Suprise Delivery Dibuka

Sebarang pertanyaan boleh whatsapps 0179007347

Address

Depan Caltex Bandar Tasek Mutiara
Simpang Ampat
14120

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00

Telephone

+60179007347

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kek chocolate cheese layer penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share