Seriwahiza Enterprise

Seriwahiza Enterprise Seriwahiza Enterprise Produk makanan merupakan produk yang menjadi fokus utama setiap pembeli ataupun pelanggan.

Setiap daripada mereka mempunyai keinginan untuk membeli makanan tidak kira dari peringkat umur mahupun berlainan bangsa. Oleh sebab yang demikian, produk makanan mampu meransang pertumbuhan ekonomi di Malaysia ini dan seterusnya memberi peluang kepada usahawan-usahawan bersaing untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan. Sos Cili adalah di antara salah satu produk makanan yang amat la

ris di pasaran. Pelbagai jenama dan rasa yang terdapat di kedai-kedai runcit, restoran, pasaraya, dan sebagainya. Oleh sebab yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk menceburkan diri menjadi usahawan sos cili seterusnya menyambung ataupun mewarisi perniagaan sos cili ibu saya. Saya amat yakin bahawa perusahaan ini mampu memberi pulangan yang lebih lumayan sekiranya dijalankan secara sistematik. Perusahaan sos cili ini bermula pada tahun 1996 secara berkumpulan di bawah pengawasan Jabatan Pertanian. Kumpulan ini dinamakan Kumpulan Pergerakan Wanita (KPW Kg Pasir). Kumpulan ini telah diketuai oleh ibu saya sendiri, Puan Jawiyah Binti Hj Jawawi. Pasaran pada masa itu hanya di sekitar Kampung Pasir dan Kampung Ulu Slim sahaja. Oleh sebab masalah dan kurangnya komitmen diantara ahli kumpulan, ibu saya telah menjalankan perusahaan ini dengan sendiri dan berbekalkan modal sendiri. Dan pada tahun 1999, ibu saya telah membuat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Seriwahiza Enterprise. Ibu saya telah meluaskan pasaran dengan menambah beberapa kedai dan seterusnya pasaran ini menembusi sekitar Felda Sungai Behrang. Setelah saya menamatkan pelajaran di peringkat Diploma pada tahun 2007, saya telah mengambil alih perusahaan ibu saya dan berhasrat memperluaskan lagi pasaran.

Address

No 32 B Kg Pasir Slim Village
Slim River

Telephone

+60197574689

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seriwahiza Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Seriwahiza Enterprise:

Share

Category