Korban & Aqiqah

Korban & Aqiqah perkhidmatan catering,sewa canopy dan barang2 peralatan kenduri serta menyediakan tepung goreng ayam

timr raya korban mcm ni jgn plk ada yg kantoi menyamar :)
14/10/2013

timr raya korban mcm ni jgn plk ada yg kantoi menyamar :)

Salam Eidul Adha 1434 Hijrah. Selamat menunaikan ibadah korban. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Yang menyembelih, yang m...
14/10/2013

Salam Eidul Adha 1434 Hijrah. Selamat menunaikan ibadah korban. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Yang menyembelih, yang melapah, yang mengetuk, yang memotong, yang menghiris dan yang menonton - sila pastikan jari tangan anda dalam keadaan yang selamat. - Selamat Hari Raya Korban, Maaf zahir dan batin.

03/10/2013

APAKAH BOLEH NIAT KORBAN DAN AKIKAH DI NIATKAN SEKALI?
(satu ekor atau satu bahagian diniatkan untuk dua tujuan taqarrub)

Pandangan Syafieyyah melalui jalur Imam Ibn Hajar tidak membolehkan dan tidak Sah.. Manakala pandangan Imam Syihabudin Ar Ar Ramli p**a mengatakan boleh dan sah..

Keduanya berpangkat Mujtahid mazhab Syafie dan layak keduanya dalam menggazetkan segala fatwa dalam mazhab syafie.. Oleh itu sah dan valid untuk beramal keduanya.. Baginya yg duit banyak, ikutlah pandangan ibnu hajar, yg duit xberapa banyak dan nak dapat jugak ganjaran pahala korban boleh sahaja mengikut pandangan Imam Ramli.. Yg duit banyak nak ikut pandangan Imam Ramli pon tidak menjadi satu kesalahan, cuma akan terdapat sedikit pertembungan kefahaman di Malaysia kerana perjalanan dan disiplin mazhab syafie di Malaysia cenderung mengguna pakai jalan Imam Ibnu hajar Al Haitami Rahimahullah Taala..sebahagian pendapat yg tidak mashur,sekiranya tak mampu nak korbankan daging lembu,unta atau kambing,mka diharuskan ayam sebagai korban kerana mengikut pendapat dari imam hasan albasri. Wallahua'lam..

(Boleh di Rujuk kenyataan dua imam ini di dalam Sabil al Muhtadin karangan Al Alim Al Allamah Al Muhaqqiq Al Mudaqqiq Muhammad Arshad Al Banjari Rahimahullah Taa'la)

03/10/2013

CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

Di Sunat kan proses agihan daging korban meliputi tiga bahagian:

1)satu bahagian untuk dirinya dan ahli keluarganya.

2)satu bahagian dijadikan sedekah untuk fuqarak dan masakin.

3)satu bahagian di jadikan hadiah untuk rakan taulan, jiran, sekalipun mereka kaya.

Boleh di rujuk dalam al majmuk, syarah al muhazzab el syirazi oleh An Nawawi jilid ke lapan halaman 306..

Apakah perbezaan sedekah dan hadiah?

Sedekah diberikan kepada faqir yg memerlukan kerana ingin memenuhi hajat mereka, dan tujuannya semata mata redha Allah taala, dan tidak ditentukan siapa yg akan mendapatkan nya, sesiapa sahaja yg faqir akan mendapatkan nya.

Hadiah tidak di syarat kan kepada faqir sahaja, bahkan boleh saja diberi kepada faqir dan kaya, maqsud dari hadiah ialah al ikram.. Yaitu memuliakan dan menambah kan mahabbah.. Ini adalah pandangan ibnu taymiah, boleh di rujuk dalam web islam sual wa jawab, fatwa nombor 34614..

Pembahagian sebagai hadiah adalah tidak wajib. Oleh itu, pengagihan daging korban harus jika dibahagikan kepada dua bahagian sahaja, yaitu untuk diri dan keluarga pemilik korban dan di sedekah selebihnya kepada yg betul betul berhajat..

PALING AFDHAL disedekahkan kesemua daging korban kepada yg berhajat, kecuali sunat kepada pemilik korban memakan sedikit sahaja dari korban nya itu yg boleh dianggap sebagai sedekah..(Mughni Muhtaj jilid empat halaman 365). Ada pandangan ulamak yg menyatakan sekadar "al luqmah" yaitu sesuap dari korbannya seperti perbuatan nabi صلى الله عليه وسلم :

كان النبي صلى الله عليه وسلم يأكل من كبد اضحيته...
Adalah Nabi saw memakan hati haiwan korban nya...

Manakah yg terbaik?

Sudah tentu yg terbaik adalah perbuatan al mustafa saw.. Berikan kesemuanya untuk penuhi hajat masyarakat dan golongan yg memerlukan.. Tidak salah untuk kita mengambil 1/3,tapi apakah kita tidak mampu membelinya di pasar? Kita yg berkemampuan sudah menikmati daging acap kali selain hari raya haji, sudah tentu tidak menjadi masalah sekiranya di sedekahkan kesemuanya untuk fuqarak sebagai peluang yg jarang jarang sekali mereka Wallahua'lam.

03/10/2013

HUKUM AGIHAN/MEMBERI MAKAN DAGING KORBAN KEPADA NON MUSLIM

Benarkah ia haram?

Benar pada sebahagian pandangan dan tidak benar pada sebahagian pandangan yg lain.. Pandangan As Syafieyyah memang mengharamkan atas alasan korban dan Aqidah adalah semata mata ibadah(TAQARRUB), maka wajib hanya muslim yg beriman sahaja layak menikmatinya dan manfaatnya hanya kembali kepada orang orang Islam sahaja..

Ini adalah ijtihad Imam As Syafie dan beberapa ashabnya.. Asasnya kepada ijtihad ini kukuh dan seperti yg kita pelajari dalam perbahasan usul fikh dan prinsip inilah yg wajib di pegang oleh setiap mereka yg jujur untuk memahami dasar ilmu iaitu :-

"كل مجتهد مصيب... "
Setiap Mujtahid itu semuanya benar belaka..

Pandangan As Syafieyyah ini tidaklah menjadi suatu kerumitan dan kepayahan untuk kita berpegang dengannya dalam soal perlaksanaan.. Namun jika diperincikan dalam persoalan maslahat, kemanusiaan,kemasyarakatan, dan memaknakan Islam kepada non Muslim, maka perbincangan yg. merentasi kerangka as As syafieyyah wajar di berikan ruang.. Sebelum dibahaskan lebih lanjut, elok lah kita tahu bahawa ulamak telah sepakat bahawa daging korban boleh di agihkan kepada faqir muslim, tetapi ulamak khilaf dalam persoalan memberi makan faqir di kalangan ahli zimmah.. Ini adalah kenyataan Ibnu Munzir di naqalkan oleh Imam Nawawi dalam Syarah muhazzab...

Pandangan As Syafie telah mengharamkan kita memberi makan daging korban kepada non Muslim sama ada korban sunat atau korban wajib(korban nazar).. Alasan seperti yg disebutkan diatas.. Maka jika ingin berpegang dengan pandangan ini, dalam masa yg sama ingin mengajak orang non Muslim turut sama menikmati daging korban, boleh sahaja dia menambah daging yg dibeli di pasar dan di campur dengan masakan daging korban, maka setiap daging yg dimakan non muslim di anggap daging yg dibeli di pasar td, bukan daging korban..

Menurut mazhab Imam Ahmad, korban sunat hukumnya harus untuk di berikan kepada non muslim, manakala korban wajib tidak harus.. Kenyataan ini boleh di rujuk dalam Kasyfu al Qina..

Mazhab Imam Malik memakruhkan memberi daging korban kepada Yahudi dan Nasrani..

Imam Ibnu Qudamah Al Maqdisi al Hambali dan As Syarbini juga berpandangan dengan pandangan yg sama seperti pandangan Malikiyyah..

Ibnu Hazmin Az zohiri al Andalusi dalam kitabnya Al Muhalla berpandangan boleh diberikan makan kepada orang kaya dan bukan islam atau menghadiahkan sedikit daripadanya..

Mazhab Hasan Al Basri As Sufi mengharuskan memberinya kepada ahli zimmah(kafir zimmi)

Pandangan Imam Abu Thur, dan al Hassan p**a berpandangan harus memberi hadiah dan memberi makan kepada non muslim zimmi daripada daging korban sunat sahaja, tetapi korban wajib tidak di izinkan.. Mereka menyamakan situasi ini seperti hal zakat dan kafaratu ayman(kafarah sumpah)

Alasan umum kelompok yg mengharamkan :-

Al Alim al Allamah al Faqih Al Muhaqqiq Syaikh Daud Al Fathoni menyatakan daging korban dan Aqiqah HARAM diberikan kepada non muslim kerana keduanya ini merupakan amal ibadah TAQARRUB kepada Allah.. Tetapi jika tujuh bahagi lembu itu hendak dibeli satu bahagian oleh orang kafir untuk kegunaan sendiri, maka di izinkan.. Kenyataan ini boleh di rujuk dalam kitabnya yg masyhur Furuk Al Masail..

Hujjah umum golongan yg membolehkan :-

Sesuatu ibadah atau taqarrub itu terhenti di atas niat, hidangan dan sembelihan nya.. Ada pun soal agihan, ia sudah tidak termasuk dalam syarat taqarrub..

Seseorang yg menyembelih dengan niat korban, dan memenuhi syarat syarat haiwan korban dan waktu waktu korban, dan syarat syarat sah sembelihan korban, maka ia telah pun di tulis pahala dan sah korbannya.. Manakala soal agihan, ia bukan lagi tergolong dalam syarat syarat sah korban atau aqiqah.. Ia hanya persoalan kemanusiaan, kemasyarakatan.. Ia adalah persoalan patut atau tidak, bukan mesti atau tidak boleh..

Seperti ibadah haji, satu bentuk taqarrub wajib di buat di Makkah dengan syarat syarat dan rukun rukunnya.. Maka apabila selesai syarat dan rukunnya, maka sah lah haji kita.. Soal nak naik kapal terbang orang kafir atau orang islam punya, atau kain ihram yg di beli di kedai orang kafir atau kedai orang islam, itu tidaknya termasuk dalam syarat dan rukun.. Cuma tidak disangkal, memberi manfaat kepada saudara semuslim itu adalah satu tuntutan dan terbaik..

Kesimp**an :-

Kedua pandangan dan alasan ini benar belaka kerana ijtihad berlegar di kalangan mereka yg berauthoriti dalam membuat keputusan.. Maka kita damaikan pandangan keduanya dengan kita meletakkan selagi tidak ada keperluan yg mendesak, maka kembalikan manfaat kepada sesama muslim itu lebih utama.. Namun Islam bergerak atas tujuan dan maqsud yg sgt pelbagai.. Maka bergerak di atas maqasid itu lebih tenang untuk kita bertindak dalam segala kerja buat kita..

Saya lebih s**a kita memaknakan islam, memasyarakatkan islam, memberikan makna islam dengan lebih efisien kepada golongan non Muslim.. Mungkin permasalahan ini berlaku jika korban di lakukan disebelah rumah orang kafir, atau non muslim itu seorang yg baik dengan kita.. Maka kita cuba buktikan ada sebahagian maksud dalam islam dapat kita kongsi bersama mereka untuk menjinakkan mereka dengan universal islam.. Zakat sendiri adalah satu bentuk taqarrub, namun di sebut dalam al Quran mereka yg wajar diberikan zakat ialah non muslim(muallafatu qulub).. Maka kita faham tidak semua ajaran islam hanya kembali manfaat kepada Muslim semata.. Islam itu rahmat sekalian alam.. Maka buktikan!! Namun harus di ingati, Muslim yg faqir itu berhak diutamakan dari kafir... Ulamak sepakat dalam persoalan ini...

Sesuaikan hukum fikh dan ijtihad fuqaha ini mengikut situasi dan keadaan.. Ketahuilah kita tidak hanya dituntut beramal dengan ibadah semata mata, sikap memaknakan dan memberikan pandangan positif kepada islam adalah dituntut sgt sgt dan inilah yg sering di abaikan.. Mungkin sahaja jika wujud komuniti bukan islam yg baik, dalam masa yg sama lebihan daging korban begitu banyak dan agihan kepada Muslim sudah di lunaskan, tidak menjadi suatu kesalahan untuk memberikan nya kepada non muslim apatah lagi yg faqir, dhaif dan memerlukan..Ketahuilah negara negara yg dibuka oleh islam melalui jalan akhlak dan sikap itu lebih banyak dari yg dibuka dengan pedang..Maka nilai nilai sebegini wajar dititikberatkan dalam memesrakan islam dengan realiti masyarakat.. Jangan sampai khilaf mazhab ini menyebabkan kera di hutan di sus**an, anak dirumah kebuluran.. Ulamak sepakat bahawa maslahat Muslim itu sentiasa berada di hadapan dan lebih utama..
WALLAHUA'LAM.. via-
ust Hadi Johari

http://www.youtube.com/watch?v=en84Rjrf3kU
01/09/2013

http://www.youtube.com/watch?v=en84Rjrf3kU

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang m...

http://www.youtube.com/watch?v=pV6Jaslmmk8
01/09/2013

http://www.youtube.com/watch?v=pV6Jaslmmk8

SEBARKAN KLIP VIDEO INI sama ada melalui FACEBOOK, TWITTER, BLOG atau medium seumpamanya sebagai DAKWAH kita menegakkan HUKUM ALLAH SWT di samping mencari SA...

Address

No 135 Kampung Pengkalan Lebai Man
Sungai Petani
08000

Telephone

+60195227844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Korban & Aqiqah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share