07/01/2026
JEMPUTAN GOTONG-ROYONG MASJID AT-TAQWA FELDA GUNUNG BESOUT 5
Dimaklumkan kepada semua warga peneroka FELDA Besout 5 bahawa satu Gotong-Royong Perdana akan diadakan Sempena Penilaian Keceriaan Kampung seperti ketetapan berikut:
🗓 Tarikh : 11 Januari 2026
⏰ Masa : 8.30 pagi
📍 Tempat : Masjid At-taqwa Besout 5
Sehubungan itu, semua warga peneroka adalah dijemput hadir bagi bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran demi kesejahteraan dan keceriaan rancangan.
Mohon semua membawa alatan gotong-royong yang bersesuaian.
Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.
📌Pengurusan Masjid At-taqwa Felda Gunung Besout 5