05/07/2026
EGRO Family mempersembahkan rangkaian produk berasaskan khazanah semula jadi Borneo yang menggabungkan warisan tradisi dengan inovasi makanan moden.
Rangkaian Sos Cili EGRO Family menampilkan tiga pilihan istimewa iaitu Sos Cili Tuhau, Sos Cili Kantan, dan Sos Cili Liposu. Setiap satunya dihasilkan daripada bahan-bahan tempatan terpilih bagi memberikan rasa yang unik, aroma yang memikat dan pengalaman menikmati makanan yang sukar dilupakan.
Melengkapkan koleksi ini ialah Sambal Trio-Umami, sambal premium yang menggabungkan cita rasa pedas, aroma menyelerakan dan kemasaman semula jadi dalam satu adunan yang kaya dengan rasa umami.
Yang paling membanggakan, EGRO Family merupakan pelopor pertama yang berjaya menginovasikan buah Liposu menjadi produk makanan moden, sekali gus memperkenalkan khazanah hutan Borneo kepada pasaran yang lebih luas. Inovasi ini bukan sahaja mencipta nilai baharu kepada hasil tempatan, malah membuka peluang ekonomi kepada komuniti serta mengangkat identiti makanan Sabah ke peringkat yang lebih tinggi.
EGRO Family – Dari rimba ke citarasa selera anda.
Roy Wong