21/07/2026
Spesies belut paya (synbranchidae) di Malaysia.
Belut adalah sejenis ikan yang unik,kerana badannya yang panjang. Kebiasaannya ia berwarna coklat kehitaman,namun ada variasi warna seperti kuning,putih,mahupun albino,yang dipengaruhi faktor habitat atau kecacatan genetik. Di Malaysia dan kebanyakan negara-negara asia tenggara,belut paya lebih terkenal sebagai sumber makanan berbanding sebagai ikan hiasan,ini kerana dikatakan isinya yang lazat dan berkhasiat.
Ada 3 spesies belut paya yang asli di Malaysia,namun ketiga-tiganya berada di bawah genus yang berbeza,cuma di dalam keluarga yang sama (synbranchidae). Salah satu spesies belut paya iaitu monopterus javanensis,atau lebih dikenali sebagai belut sawah,adalah spesies paling meluas habitatnya di Malaysia,ia boleh ditemui hampir di pelbagai jenis sumber air tawar,seperti paya,bendang,sungai,dan pelbagai lagi. Manakala habitat dua lagi spesies lebih terhad di sumber air payau seperti paya bakau dan muara sungai,namun turut ada ditemui di sumber air tawar yang tidak jauh dari lautan.
Kesemua spesies belut paya adalah nokturnal,ia lebih aktif di waktu malam untuk keluar dan memburu makanan. Ia adalah jenis haiwan karnivor,oleh itu ia memakan ikan,udang,serangga,cacing,dan katak.
Tapi untuk pengetahuan anda semua,sebenarnya belut paya bukanlah belut sebenar,kerana ia berevolusi dari susur galur yang berbeza dari belut sebenar dan tidak menepati ciri-ciri terperinci belut sebenar. Belut paya berevolusi dari susur galur synbranchiformes,manakala belut sebenar berevolusi dari susur galur anguilliformes. Kerana itu,ia digelar sebagai 'eel-like fish',yang bermaksud ikan yang menyerupai belut. Dan mungkin ramai yang tidak tahu,bahawa keluarga belut paya (synbranchidae) mempunyai pertalian dengan keluarga ikan tilan (mastacembelidae),kerana keluarga ikan tilan juga berevolusi dari susur galur synbranchiformes.
Jika anda tertanya-tanya jika belut paya bukan belut sebenar,adakah di Malaysia wujud belut sebenar di perairan air tawar? Ada,iaitu anguilla sp. yang kita gelar sebagai ikan linang,di Sabah ia di panggil sinsilog,dan di Indonesia ia digelar sebagai sidat. Ikan linang ialah belut sebenar yang wujud di perairan air tawar Malaysia,dan admin meletakannya sebagai salah satu spesies ikan purba di Malaysia kerana susur galurnya (anguilliformes) sudah wujud jauh lebih lama dari belut paya dan kebanyakan ikan air tawar tempatan lain. Cara mudah untuk membezakan antara belut paya dan linang ialah,belut paya tidak mempunyai sirip pektoral (sirip tepi),manakala linang p**a memiliki sirip pektoral,dan linang lebih dominan di sungai baik dari air payau hinggalah ke air tawar,malahan linang boleh ditemui jauh ke hulu sungai berbukit di pedalaman seperti air terjun.
Namun ada atau tiada sirip pektoral ini tidak boleh diguna pakai sepenuhnya untuk membezakan antara keluarga belut paya dan keluarga belut sebenar,kerana ada keluarga belut sebenar yang tidak memiliki sirip pektoral,seperti beberapa spesies moray eel dari keluarga muraenidae,iaitu salah satu keluarga dari susur galur anguilliformes (belut sebenar). Dan saudara kepada keluarga belut paya,seperti ikan tilan,juga memiliki sirip pektoral. Untuk maklumat tentang ikan linang atau belut sebenar,admin akan sediakan kemudian hari.
Itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan tentang belut paya. Untuk maklumat lanjut dan perbezaan setiap spesies belut paya,anda boleh tonton video tentang belut paya di channel youtube Jejak Air Tawar.