Keyna Cafe

Keyna Cafe “Dessert mood booster🍨✨👉 Cafe di Tanjung Malim.

Meal-Salted Egg Buttermilk Rice, Creamy Pasta Salad Egg, Gepuk Crispy, Bliss paling sedap di Tanjung Malim, Waffle icecream, Mushroom soup garlic bread, French Toast, Coconut shakes, LATTE, MATCHA, Mojito

https://www.facebook.com/share/1CGCu2CJfT/?mibextid=wwXIfr
25/08/2026

https://www.facebook.com/share/1CGCu2CJfT/?mibextid=wwXIfr

ADAKAH KHAIRULAMING & PENJUAL SEMULA ITU SALAH?

Dari sudut hukum Syariah, saya melihat isu ini agak mudah.

Apabila seseorang telah membeli sambal itu secara sah, menerima dan memilikinya, barang tersebut sudah menjadi hak miliknya. Pada asasnya adalah boleh atau harus hukumnya dia menjualnya semula, termasuk dengan harga RM25, RM50 atau lebih, jika ada pembeli yang secara rela bersetuju membelinya.

Allah SWT berfirman:

إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ

“…kecuali melalui perniagaan yang dilakukan atas dasar saling reda antara kamu.”
(al-Nisa’: 29)

Malah, International Islamic Fiqh Academy (Majma‘ al-Fiqh al-Islami al-Duwali) melalui Resolusi No. 46 (5/8) mengenai keuntungan peniaga memutuskan:

الأصل الذي تقرره النصوص والقواعد الشرعية ترك الناس أحرارًا في بيعهم وشرائهم وتصرفهم في ممتلكاتهم وأموالهم

Ertinya: Asas yang ditetapkan oleh nas dan kaedah Syariah ialah manusia diberikan kebebasan dalam jual beli serta mengurus harta milik mereka.

Majma‘ seterusnya menyatakan:

ليس هناك تحديد لنسبة معينة للربح يتقيد بها التاجر في معاملاته

Ertinya: “Tidak terdapat penetapan kadar keuntungan tertentu yang wajib dipatuhi oleh peniaga dalam urus niaganya.”

Maka, semata-mata membeli RM15 lalu menjual RM25 tidak menjadikannya haram. Keuntungan 150%, 200% atau lebih juga tidak automatik menjadi haram hanya kerana margin itu besar.

Tetapi kebebasan ini bukan tanpa batas. Majma‘ turut melarang الغش والخديعة والتدليس والاستغفال والاحتكار iaitu penipuan, helah, manip**asi terhadap pembeli dan ihtikar yang memudaratkan masyarakat. Jika seseorang memanip**asi bekalan atau pasaran sehingga menzalimi orang ramai, hukumnya boleh berubah. (IIFA)

Dalam kes produk seperti sambal yang bukan barang keperluan asas dan banyak alternatif di pasaran, isu ini LEBIH mudah lagi. Majma‘ sendiri dalam resolusi lain menyatakan bagi barangan yang bukan keperluan atau mempunyai alternatif, pemilik pada asasnya berhak menjual barang miliknya pada harga yang dipersetujui pembeli, selagi tidak membawa kezaliman atau mudarat umum. (IIFA)

Jadi ada tiga hak yang berbeza:

Hak pembeli pertama: selepas sah memiliki barang, dia boleh menjual semula pada harga yang dipersetujui.

Hak pembeli kedua: dia bebas membeli RM25, mencari penjual lain, tunggu stok baharu atau terus boikot harga tersebut. Tiada siapa memaksanya membeli.

Hak pengeluar asal dan KhairulAming: jika pengeluar sudah menjual pada harga yang ditetapkannya dan tidak terlibat dalam resale tersebut, pada asasnya dia tidak menanggung kesalahan dan tanggungjawab hanya kerana orang lain menjual semula produknya lebih mahal. Dia juga tidak perlu merasa bersalah atas sesuatu yang sudah berada di luar pemilikan dan kawalannya.

Justeru, kita perlu bezakan antara “saya tidak s**a scalper” dengan “scalping itu haram.” Tidak semua perkara yang kita tidak s**a dari sudut komersial menjadi haram dari sudut fiqh.

- Pembeli ada hak menjual.
- Pembeli berikutnya ada hak tidak membeli.
- Pengeluar p**a tidak semestinya bertanggungjawab terhadap setiap transaksi selepas produknya berpindah milik.

Pasaran juga mempunyai mekanisme hukumannya sendiri: kalau RM25 terlalu mahal, jangan beli. Apabila tiada demand, harga akan turun. Wallahu a‘lam.

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Dapatkan perbincangan berkaitan fiqh kewangan, muamalat, waqaf, zakat, faraid dan perbankan dan takaful menerusi Ai Teknologi yang kami latih iaitu Shariahlab.io. Ke arah penyelidikan kewangan Islam yang lebih mudah diakses, cekap dan berasaskan sumber yang berautoriti.

Boleh mencuba di link

Web: https://shariahlab.io
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=app.shariahlab.io
Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/shariahlab-ai-shariah-advisor/id6748211812

31/07/2026

✨ Mood tak okay? Waffle boleh settle! ✨

Waffle panas yang rangup di luar, gebu di dalam, ditambah dengan topping yang padu. Setiap gigitan memang buat hati cair! 🤤🧇

Jangan tunggu lama-lama. Datang dan nikmati waffle kegemaran awak hari ini! ❤️

18/07/2026
26/05/2026
*IFTAR RAMADAN* *TAK TAHU MANA NAK BERBUKA?*Harga nak berpatutan.Tempat nak tenang.Makanan nak padu.Semua ada di Keyna C...
20/02/2026

*IFTAR RAMADAN*
*TAK TAHU MANA NAK BERBUKA?*
Harga nak berpatutan.
Tempat nak tenang.
Makanan nak padu.

Semua ada di Keyna Cafe 😍

🔥 Set Ayam Gepuk power (Gepuk + Air+ kurma+ 2 jenis kuih )
🔥 Set Buttermilk creamy Salted Egg (Buttermilk + Air+ kurma+ 2 jenis kuih)
🔥 Set Mix (Gepuk & Buttermilk) (Ayam gepuk + ayam buttermilk + air+kurma + 2 jenis kuih)

🍦 Aiskrim *PERCUMA* - free refill
🍲 Sup *PERCUMA* - free refill ( bertukar setiap hari)
🕌 Ruang solat disediakan

*ADA LAGI PERCUMA TAU*
Percuma TAMBAH - nasi, sambal, sayur, air

Tempat selesa. Tak sesak. Berbaloi.
Memang ngam untuk iftar santai.

⚠️ Tempat terhad setiap hari!
📲 Booking awal sebelum penuh.
TEKAN LINK INI https://forms.gle/JkufZTQLvaP7rdv97
ATAU wassap kami untuk info tel: wasap.my/601165644506/iftar

17/02/2026

Check out KEYNACAFE’s video.

17/02/2026

selera dan damai bersatu

The cheapest in town*We’re proud to offer unbeatable prices in town while maintaining good quality and generous portions...
16/02/2026

The cheapest in town*

We’re proud to offer unbeatable prices in town while maintaining good quality and generous portions. Come as you are—everyone is welcome to join us and enjoy.

https://share.google/dFaynXHlL79VcR1rX

Address

No. 27, Jalan U1/1, Taman Universiti
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 06:00 - 07:00
Tuesday 06:00 - 07:00
Wednesday 10:00 - 07:00
Thursday 10:00 - 07:00
Friday 10:00 - 07:00
Saturday 10:00 - 07:00
Sunday 10:00 - 07:00

Telephone

+60183164506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keyna Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category