Masakan CtMus

Directions

Masakan CtMus living mum everydays

23/09/2026

🍎Sambal Tomato Bawang Tradisional🌶️
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah besar (dipotong kecil-kecil)
10 ulas bawang putih
10 biji cili merah besar (dikerat kecil-kecil)
20 biji cili api (dikerat kepada 2 bahagian)
1 biji tomato saiz besar (dihiris kecil)
Minyak masak (bekas minyak goreng ayam)
Setengah sudu teh garam
1 setengah sudu teh penambah perisa
Sedikit gula pasir (mengikut selera)
Cara Memasak:
1. Gunakan minyak bekas mengoreng ayam untuk menumis. Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dan dihiris (bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, dan tomato) ke dalam kuali.
2. Tumis sehingga bahan-bahan menjadi layu, kemudian angkat dan tos.
3. Masukkan bahan yang telah layu ke dalam penumbuk batu.
4. Tambahkan setengah sudu teh garam, 1 setengah sudu teh penambah perisa, dan sedikit gula pasir.
5. Tumbuk bahan-bahan tersebut secara kasar supaya teksturnya lebih sedap. Sedia untuk dihidangkan!

Cadangan Hidangan:
Nikmati sambal ini bersama nasi panas, sup ayam, ulam celur pucuk aji nomoto dan ayam goreng

Makan dengan nasi panas, sup ayam, dan ulam celur memang tak sedar tambah nasi! Sambal tomato bawang ni guna minyak saki-baki goreng ayam tadi, itu yang buat rasa dia makin 'kaw' dan mantap. Ditumbuk kasar guna lesung batu lagi berasa nikmatnya. Jom cuba resepi ni! 🌶️

Bestie-bestie sekalian, nak tanya sikit... Korang s**a ke kalau jumpa "umat" macam ni kat ruang komen? 😅Baru je upload v...
23/09/2026

Bestie-bestie sekalian, nak tanya sikit... Korang s**a ke kalau jumpa "umat" macam ni kat ruang komen? 😅

Baru je upload vidio masak-masak penat-penat, tiba-tiba ada yang datang menyelit bukan nak puji masakan, bukan nak tanya resepi apa, tapi terus direct suruh kita follow back dia! Padahal tengok-tengok pengikut (follower) dia sendiri dah berbelas ribu (sampai 15k++), tapi masih nak menyibuk cari follower dekat tempat orang.

Kalau dah 15k tu, takkan tak reti nak hargai penat orang produce video kan? Tolonglah support cara sihat sikit, tegur-tegur santai ke, tanya resepi ke. Ini main serbu je suruh follow balik.

Korang selalu layan ke jenis akaun macam ni, atau buat tak nampak dan delete je macam Kak Ct buat? Cuba kongsi sikit pengalaman korang kat bawah!

Walaupun selalunya masak sendiri di rumah, hari ni kongsi sikit rezeki makanan luar. "Nasi Kandar Padang Kota p**au pina...
22/09/2026

Walaupun selalunya masak sendiri di rumah, hari ni kongsi sikit rezeki makanan luar. "Nasi Kandar Padang Kota p**au pinang" ni memang tak pernah mengecewakan.

​Rasa kuah campur dia yang berempah tu meresap habis dalam nasi. Ditambah p**a dengan ayam goreng berrempah yang garing panas-panas, gulai perut lembu yang empuk, sayur kubis, dan setengah biji telur masin—memang betul-betul sedap luar biasa!

​Siapa dah pernah cuba Nasi Kandar sini? Korang s**a letak kuah apa kalau banjir macam ni?

20/09/2026

Terpaku sekejap bila singgah di "Kodai Hijau" , "R&R Seremban" hari ke-3 ni.

Memang syurga makanan kampung! Siapa yang minat masakan Nogori (Negeri Sembilan) yang pekat dan berempah, wajib singgah sini.

​Paling teruja bila dapat menikmati siput sedut masak lemak panas-panas—kuahnya pedas berlemak, sedut sekali terus hilang penat memandu! Berganding p**a dengan daging salai masak daun ubi kayu, ikan talapia sambal belacan, kerabu tauge kerang, dan ulam-ulaman segar.

​Tip / Manfaat :
Kalau anda sekeluarga tengah dalam perjalanan jauh (long distance drive) ikut Lebuhraya Utara-Selatan dan rasa letih, singgah lah ke R&R Seremban. Selain tandas bersih dan tempat luas, tempat makan halal di sini memang pelbagai dan berkualiti. Harga pun sangat berpatutan dengan portion yang mengenyangkan. Sesuai untuk “recharge” tenaga sebelum sambung perjalanan!
​
​

Hari Ni Dapur "Cuti" Berasap! 🍳⛔​Bila sesekali "off-day" dari mengukus dan menggoreng di dapur, kita bawa satu keluarga ...
20/09/2026

Hari Ni Dapur "Cuti" Berasap! 🍳⛔
​Bila sesekali "off-day" dari mengukus dan menggoreng di dapur, kita bawa satu keluarga singgah santai di R&R Sungai Buloh (Jejantas). Memang best cuci mata tengok kedai-kedai di atas jejantas sambil rehatkan minda danisi perut. Lama juga tak jejak kaki ke sini, sekali singgah, terubat rindu nak mencuba pelbagai menu sedap!

Pilihan menu hari ni memang menyelerakan:
​Nasi Lemak Bungkus & Nasi Lemak Ayam Crispy yang padu

​Nasi Ayam paling laris untuk pengikat selera seisi keluarga
​Aneka pilihan kudap-kudap dan minuman menyegarkan

​Jemput tengok gambar-gambar meriah di ruangan galeri ni ya. Mana tahu ada yang terliur nak singgah lepas ni!
​

18/09/2026

Resepi Sup Sayur Berbola Daging (Ala Masakan CtMus)
Bosan cuaca panas atau nak cari menu yang selesa tekak?

Jom cuba Resepi Sup Sayur Berbola Daging yang kaya dengan aroma rempah ratus penumbuk asli. Rahsianya, belah empat berbola daging nampak kembang macam bunga bila masak! 🌸🍲

Bahan-Bahan Utama:
20 biji kecil berbola daging (bakso) – (Tip: Belah 4 jangan sampai putus supaya nanti cantik kembang macam bunga masa mendidih).
Sayur-sayuran: Kobis (potong kecil petak), lobak merah & lobak putih (potong ikut selera), dan 1 biji tomato.
Bahan Tabur: Sedikit daun bawang, daun sup, dan bawang goreng.
Air bersih secukupnya & minyak untuk menumis.

Bahan Tumbuk Halus (Rencah Sup Beraroma):
1 sudu teh biji lada putih
1 biji buah pala
1 biji bawang putih
1 potong bawang merah
½ ibu jari halia (jahe)
Secubit garam
Perasa:
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
¼ sudu teh serbuk perasa

Cara Memasak Langkah Demi Langkah:
1. Tumis Bahan: Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga naik bau dan bertukar warna kekuningan.
2. Masuk Air & Sayur: Masukkan air bersih. Bila air dah mendidih, masukkan lobak merah, lobak putih, dan kobis hingga agak layu dan empuk.
3. Perasakan: Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Masukkan Berbola Daging: Masukkan berbola daging yang dah dibelah bunga tadi. Bila berbola dah timbul menandakan ia sudah masak, terus tutup api.
5. Hidangan: Taburkan hirisan daun bawang, daun sup, dan bawang goreng. Sedia dicedok ke dalam mangkuk untuk dihidang panas-panas!

💡 Cadangan Hidangan: Sangat sedap dinikmati bersama nasi putih panas dan Dendeng Daging pedas berempah.

Selamat mencuba, bestie! Jangan lupa kongsikan di halaman Masakan Ct Mus dan share ke group masakan ya! ❤️

18/09/2026

Buntu fikir menu tengah hari? Jom cuba Resepi Dendeng Daging yang kaya dengan rasa rempah, pedas-pedas manja, empuk di dalam dan garing di luar. Memang bertambah-tambah nasi dibuatnya! 😋
Bahan-Bahan Utama:
1 kg daging lembu (Rebus bersama halia, bawang putih, bawang merah, serai, garam & serbuk perasa selama ±1 jam hingga empuk).
5 biji ubi kentang (Kupas kulit, 2 biji dipotong 6, rendam air & goreng garing, ketepikan).
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Bahan Tumbuk & Iris:
10 biji cili merah besar (Ditumbuk kasar).
2 biji bawang merah (Diiris tipis).
3 biji bawang putih (Diiris tipis).
Bahan Perasa & Perisa:
Bancuhan air asam jawa secukupnya.
1 sudu teh garam.
½ sudu teh serbuk perasa.
½ sudu makan gula pasir.

Cara Memasak Langkah Demi Langkah:
1. Rebus & Potong Daging: Rebus daging hingga empuk, bilas bersih, potong nipis-nipis, kemudian geprek (ketuk manja) menggunakan penumbuk batu.
2. Goreng Daging & Kentang: Goreng daging yang telah digeprek tadi (ikut citarasa nak garing atau lembut di dalam). Angkat dan ketepikan bersama ubi kentang yang telah digoreng.
3. Tumis Bahan: Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau kuning keemasan.
4. Masukkan Cili: Masukkan cili merah tumbuk kasar, tumis hingga pecah minyak.
5. Perasakan: Masukkan bancuhan air asam jawa, garam, serbuk perasa, dan gula pasir. Kacau rata.
6. Gaul Sebati: Setelah pecah minyak, masukkan daging yang telah digeprek dan ubi kentang goreng. Gaul sekata, tutup api, dan siap dihidang!

💡 Cadangan Hidangan: Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan semangkuk Sup Sayur Berbola Daging.

Selamat mencuba, bestie! Jangan lupa share dan tag halaman Masakan Ct Mus kalau dah cuba ya! ❤️

Dengan Amaliana Lia Lia – Saya baru sahaja diiktiraf sebagai salah seorang peminat teratas mereka! 🎉
18/09/2026

Dengan Amaliana Lia Lia – Saya baru sahaja diiktiraf sebagai salah seorang peminat teratas mereka! 🎉

17/09/2026

Resepi Tahu Brontak / Tahu Sumbat Mantap
Bahan-bahan Utama:
10 ketul tahu putih (digoreng garing, belah dua bentuk segi tiga, dan dikorek isinya).

Bahan Inti:
2 genggam taugeh & 2 genggam kobis (dihiris)
1 batang lobak merah (diparut)
Daun bawang & daun sup
Isi tahu yang dikorek tadi
Sedikit serbuk perasa & garam (gaul sebati).

Bahan Bancuhan Tepung Pencelup:
5 sudu besar tepung beras, 3 sudu besar tepung ubi, 3 sudu besar tepung gandum, 3 sudu besar tepung jagung
½ sudu teh serbuk kunyit, 1 biji telur, & ½ sudu teh serbuk perasa
½ cawan air suam (tuang sikit-sikit, bancuh sedang-sedang pekat).

Cara masak: Sumbat inti ke dalam tahu, celup bancuhan tepung, dan goreng dalam minyak panas hingga garing.

Sos Sambal Masam Manis Pedas:
Cili api hijau (kisar halus dengan sedikit minyak).
5 cawan kicap manis, 1 genggam air asam jawa, 5 sudu teh garam, 5 sudu teh serbuk perasa, gula jawa, 5 sudu makan kicap pekat, & 5 sudu makan sos cili.

Cara masak: Masak semua bahan hingga mendidih dan pecah minyak (kacau selalu supaya tak hangus).

Korang p**a macam mana? Besti-besti semua kalau makan tahu sumbat/tahu brontak ni, team s**a cocol sos sambal sedap menyengat, atau team gigit cabai setan / cili api segar macam tu je? Cuba cerita sikit kat bawah!

17/09/2026

Alhamdulillah, bukan selalu dapat rezeki udang galah murah macam ni. Walaupun harganya mesra poket, tapi bila dah masak stail Diraja ni, rasa dia memang mewah dan penuh rasa umami. Rahsia bau wangi semerbak? Mestilah daun kunyit fresh yang dipetik terus dari pasu tepi rumah. Baru la ummph!

Jom Ct Mus kongsikan resepinya yang padat dan mudah. Boleh save atau share post ni siap-siap buat rujukan nak masak hujung minggu nanti!
👇👇👇
🦐 RESEPI UDANG GALAH MASAK DIRAJA CT MUS
BAHAN UTAMA:
22 ekor udang galah (Bersihkan: buang perut, jambul, misai & kaki kecil. Gunting belah belakangnya. Sepitnya jangan dibuang!)
1 kotak kecil (65ml) santan Kara
1 batang serai (Dipotong dan diketuk/memar)
1 helai daun kunyit (Petik fresh dari kebun: Buang urat tengah, lipat dan hiris halus memanjang)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan gula pasir
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk perasa
BAHAN KISAR HALUS (Kisar menggunakan sedikit minyak):
½ inci halia (potong kecil)
½ inci lengkuas (hiris nipis)
2 biji bawang merah
½ labu bawang putih (buang kulit)
½ biji bawang Holland
10 biji cili api (potong kecil - ikut tahap kepedasan)
6 biji cili merah besar
½ mangkuk kecil ikan bilis hancur/kopek
CARA MEMASAK:
1. Tumis Aroma: Panaskan kuali. Gunakan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan kembung/termenung tadi. Tumiskan bahan kisar halus sehingga naik bau dan pecah minyak. (Tips: Kalau terlalu kering, renjiskan sedikit air panas).
2. Penyedap Kuah: Masukkan serai yang telah diketuk, serbuk kunyit, gula, garam, dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan rempah betul-betul garing dan pecah minyak.
3. Masak Udang: Masukkan udang galah. Gaul rata sehingga udang bertukar warna oren gelap. Ini tandanya udang dah masak tapi isinya kekal juicy dan manis!
4. Sempurnakan Kuah: Perlahankan api, masukkan santan kotak (65ml). Goncangkan kotak santan dengan sedikit air panas dan tuang ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan mendidih manja (jangan biarkan kuah pecah minyak lagi pada tahap ini).
5. Sentuhan Terakhir: Bila dah mendidih elok, taburkan hirisan daun kunyit yang mewangi. Tutup api, cedok perlahan-lahan ke dalam bekas hidangan yang cantik. Siap!
💡 INFO BERMANFAAT (TIPS DAPUR MASAKAN CTMUS):
Kenapa guna minyak bekas goreng ikan kembung? Minyak ini akan menyumbang aroma seafood yang menaikkan lagi rasa manis udang dan kuah.

Kelebihan Ikan Bilis: Penambahan ikan bilis hancur di dalam bahan kisar adalah penyedap semulajadi yang memberikan rasa lemak (umami) tanpa perlu menggunakan banyak serbuk perasa.

🍽️ CADANGAN HIDANGAN:
Paling perfect dihidangkan bersama nasi putih panas, ikan termenung goreng, ulam-ulaman (petai, timun, pucuk singkong/ubi kayu celur), sambal belacan limau kasturi, dan kicap cili potong. Padu habis!

Korang biasa masak udang galah macam mana? Cuba kongsi sikit resepi favourite korang kat ruang komen di bawah! 👇

Address

Tapah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masakan CtMus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category