19/02/2026
Kenyataan Media Now Foods berhubung kes fitnah (defamation) terhadap Now Foods
Now Foods Sdn. Bhd. telah difitnah oleh Mohammad Noor Akmal, iaitu individu di sebalik akaun Pakman3500, Pakman Cenuai, Ustaz Man serta beberapa akaun lain yang berkaitan, sejak April tahun lalu.
Sehubungan itu, Now Foods Sdn. Bhd. telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi terhadap fitnah-fitnah tersebut serta pihak yang terlibat dalam penyebarannya.