07/01/2023
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2022
SELAMAT DATANG TAHUN 2023
mata pedih airmata bertitisan hati sebak ...
ujian pada 2021 bersambung pedihnya hingga 2022.....
namun demikian hati tetap kuat terus berjuang demi janji pada diri dan amanat
Yang digalas...
setiap perancangan mungkin ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya...
gagal disebabkan orang lain maka kita muhasabah diri bukan kerana Mereka ,
tetapi ianya aturan Allah untuk kita.
kita berjasa tapi kita dilupakan ,
jangan kita sedih tapi kita harus berbangga kerana kita tidak terus terusan di pergunakan seumur hidup ..
kita dikhianati oleh mereka ,maka kita harus mengakui inilah nikmat yang Allah beri pada kita agar berhati hati dengan sesiapapun.
kita di persalahkan diatas segalanya jangan kita bersedih bermuram durja tapi buktikan ianya takdir yang ditentukan , sememangnya kehendak Allah untuk kita.
kita gagal memiliki apa yang kita ingin miliki anggapla ianya bukan rezeki kita kerana Allah la yg menentukan segalanya.
kita dikecam,difitnah,dibenci dan diperlukan bila perlu itu permainan duniawi...dunia yang penuh dengan ujian....
teruskan berjuang untuk yang masih memerlukan kita dan tinggalkan mereka yang hanya menjadikan kita batu loncatan untuk mencapai sesuatu kerana semakin kita kekal bersama mereka semakin kita terluka ....anggaplah setiap pertemuan ada perpisahan....
hargaiii setiap saat kita bersama mereka yang kita sayangi..
keprihatinan akan mengukuhkan kasih sayang ..bukan bila perlu baru kita mencari...
kasih sayang hanya terlihat melalui tindakan bukan kata kata...
berjuang demi yang kita sayang samada perniagaan atau pasangan hidup atau keluarga ..perjuangan hanya akan berjaya jika tindakan kita tanpa perlu melukakan hati sesiapapun....
setiap lembaran di tahun 2022 ada yang indah dan terindah serta ada yang menyesakkan dada ..jalani dengan kesabaran dan letakkan Allah yang teratas yang akan membantu kita bukan manusia kerana lumrah manusia ...ada yang mudah lupa diri bila mula mendapat nikmat kesenangan maka letakkan Allah paling utama ....
semoga pada tahun 2023 ini....
ibubapa sentiasa masih menjadikan produk bvp pilihan anda....tetap dihati..setiaku di sini...
madam dengan rendah hati memohon kemaafan diatas segala kesilapan daripada pihak bvp rich holdings sdn bhd....
terimakasih kepada yang kekal setia dan sabar memberi peluang untuk kami warga bvp memperbaiki setiap kekurangan..
terimakasih juga kepada yang mengkhianati semoga kalian terus berjaya dunia dan akhirat ..
terimakasih kepada yang mendoakan ibu madam dan melawat beliau....semoga doa kaliann d angkat ke langit untuk kesembuhan beliau...
terimakasih kepada semua pengedar yang masih memberi sokongan dan Inshallah pada 2023 yang mana tertangguh Allah permudahkan seiring dengan kehendakNya...
terimakasih kepada semua warga kerja BVP yang masih setia bersama bvp hingga bertahun lamanya...manusia datang dan pergi yang kekal hanya budi dan jasa dalam kenangan.....
terimakasih Ya Allah....atas setiap ujian dan kejayaan yg kami perolehi...seupaya manapun kami mencuba jika bukan kehendakNya maka itula ketentuaNya...
"jadilah manusia yang sentiasa menghargaiiii jasa dan pengorbanan sesapapun apatah lagi jika kita bermula dari "zero" dan hargai masa dan peluang yang diberikan"
percayala hidup kita mencabar kerana kita sentiasa rasa tercabar dengan ego kita ....buang sikap ego dan percaya la bahawa pesaing adalah sumber kejayaan kita....
memaafkan -ya
melupakan-tidak
selamat menyambut tahun baru 2023