14/10/2026
🚀 DARI PES MASAKAN KE PRODUK INSTANT LENGKAP!
Hari ini saya mula menjalankan beberapa percubaan R&D menggunakan mesin vacuum sealer yang baru sampai.
Antara idea yang sedang saya bangunkan ialah K.K.E. Instant Tom Yum. 🍜🍤
Bayangkan dalam satu pek sudah tersedia:
✅ Pes Tom Yum K.K.E.
✅ Udang
✅ Cendawan Shimeji
✅ Button Mushroom
✅ Mee
Konsepnya mudah. Buka pek, tambahkan air dan masak sehingga mendidih mengikut arahan.
Tak perlu pening memikirkan bahan apa yang perlu dibeli. Tak perlu menyediakan bahan satu per satu.
Sesuai untuk mereka yang:
🏕️ S**a camping dan hiking.
🎣 S**a memancing.
🏠 Mahukan hidangan mudah di rumah.
💼 Sibuk bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan makanan.
Ini masih dalam peringkat R&D. Saya sedang menguji cara penyediaan, pembungkusan dan kesesuaian produk sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Sebagai pengusaha produk makanan, saya mahu melihat bagaimana pes masakan K.K.E. boleh dikembangkan menjadi hidangan yang lebih praktikal dan mudah dinikmati oleh pengguna.
Bukan sekadar pes masakan. Kali ini, saya mahu bawa konsep makanan segera ke tahap yang lebih mudah.
Apa pendapat anda? Kalau produk seperti ini berada di pasaran, adakah anda berminat untuk mencubanya?
— Chef Nadi
Kekal Kaya Enterprise (K.K.E.)