asam pedas JADI

asam pedas JADI Resipi asam pedas istimewa yang kaya dengan rasa tradisional. Khirinovasi Enterprise
( KT0565439-T )

Dengan suasana yang mesra dan layanan terbaik, kami menawarkan hidangan klasik Melayu yang pasti mengingatkan anda pada kenangan di kampung halaman.

“TAK PAYAH KE MUAR ATAU MELAKA – ASAM PEDAS JADI DAH SAMPAI TELOK PANGLIMA GARANG!”Teringin asam pedas yang betul-betul ...
08/05/2025

“TAK PAYAH KE MUAR ATAU MELAKA – ASAM PEDAS JADI DAH SAMPAI TELOK PANGLIMA GARANG!”

Teringin asam pedas yang betul-betul kaw, pedas berapi tapi cukup masam sampai buat kecur air liur?

Kini anda tak perlu meredah jauh ke Muar atau Melaka! Di Telok Panglima Garang, ada satu port baru yang hidangkan asam pedas power giler – rasa asli, pekat, dan penuh umph!
Menu signature termasuk:
• Asam Pedas Ikan Merah & Pari
• Nasi Ayam Oren
• Ikan Goreng Cili Kicap
• Air Biru Viral Penyejuk Mulut

Pelanggan yang dah cuba semuanya cakap benda sama – “ini memang padu, rasa tradisi sebenar!”
Sesuai untuk makan tengah hari bersama keluarga atau lepak santai dengan kawan-kawan.

Datang hari ini juga!
Kedai dibuka setiap hari kecuali ahad jam 10 pagi hingga 7 petang.
Lokasi: Telok Panglima Garang (search je “Asam Pedas JADI” dekat Google!)
Rasa sendiri kehebatan kuah pekat yang buat anda datang lagi dan lagi!

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

mari sedara/sedari sekalian
07/05/2025

mari sedara/sedari sekalian

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

Sedara, kita ada “date” esok!Tempatnya kat Kedai Asam Pedas Jadi, jam 3 petang, hari Jumaat.100 keping roti canai PERCUM...
01/05/2025

Sedara, kita ada “date” esok!
Tempatnya kat Kedai Asam Pedas Jadi, jam 3 petang, hari Jumaat.
100 keping roti canai PERCUMA tengah tunggu nak diagih.
Datang awal, makan free, senyum lebar!

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

“Kadang-kadang, bahagia tu datang dalam bentuk sekeping roti canai.”Ada rezeki lebih, kita kongsi.Jumaat ni (2 Mei), ber...
01/05/2025

“Kadang-kadang, bahagia tu datang dalam bentuk sekeping roti canai.”
Ada rezeki lebih, kita kongsi.
Jumaat ni (2 Mei), bermula jam 3 petang, kami akan agihkan 100 keping roti canai secara percuma kepada semua yang hadir.
Tak perlu bayar, tak perlu beli.
Datang, ambil, duduk,makan dan doakan yang baik-baik untuk si pemberi.

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

“Bayangkan… 1 bungkus nasi lemak = 1 tiket ke syurga.”Hari ni, ada insan mulia infakkan nasi lemak untuk jemaah solat Ju...
25/04/2025

“Bayangkan… 1 bungkus nasi lemak = 1 tiket ke syurga.”
Hari ni, ada insan mulia infakkan nasi lemak untuk jemaah solat Jumaat.
Kami siapkan satu-satu dengan penuh rasa tanggungjawab.
Kebaikan kecil yang mungkin nampak biasa, tapi besar di sisi Allah.
Nak join buat pahala sama-sama minggu depan?

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

“Dulu semua pakat serbu asam pedas. Sekarang tukar menu—nasi lemak ayam oren pulak yang ambil spotlight. Tapi harga? Mas...
23/04/2025

“Dulu semua pakat serbu asam pedas. Sekarang tukar menu—nasi lemak ayam oren pulak yang ambil spotlight. Tapi harga? Masih harga ‘kawan-kawan’… RM3 je boss! Jangan mimpi lama-lama, nanti habis.”

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

🔥 PROMOSI GILA TENGAHARI! 🔥Dari RM7.90 JADI RM5.00 je!Asam pedas ayam set (nasi putih, ulam, & sambal belacan) PERCUMA a...
22/04/2025

🔥 PROMOSI GILA TENGAHARI! 🔥
Dari RM7.90 JADI RM5.00 je!
Asam pedas ayam set (nasi putih, ulam, & sambal belacan) PERCUMA air peach tea lagi— kenyang puas!

Tapi ingat…
Hanya sah dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang sahaja!
Jangan lambat, nanti menyesal!

Check out Asam Pedas Jadi’s video.

Dulu masa kami nak masuk tempat ni, ada orang cakap tempat ni suwey… siap kata tempat ni macam tempat setan berlepak …Te...
21/04/2025

Dulu masa kami nak masuk tempat ni, ada orang cakap tempat ni suwey… siap kata tempat ni macam tempat setan berlepak …

Tetapi bos kami kata takpa…1st kita halau setan yang duduk sini dulu… lepas tu bos kami kata rezeki Allah swt yang aturkan… andai kata kami kt hutan sekali pun dan kalau Allah nak permudahkan segala urusan Insya Allah akan mudahkan.

Dan bila bermulanya kami melangkah masuk , kami dah takda gear undur lagi dah… kami start plan out habis habisan.

Kebersihan adalah satu permulaan yang paling utama. Dan kami membersih segala kotoran dalam kedai tersebut tanpa henti.

Kami susun strategi kami sedikit demi sedikit… dari kedai yang buruk, bos kami cat sendiri kedai tersebut… awalan kedai ni teramat buruk…

Kami usaha jadikan kedai ni nampak menarik kambali…

Kami hanya guna tukang masak warga tempatan… kami lebih s**a warga Malaysia sendiri bersama kami… kami usaha elak kan warga asing untuk kedai kami.

Marketing adalah satu perkara yang taramat penting dan kami berusaha memastikan marketing sentiasa berjalan lancar…

Jualan juga semakin semakin meningkat… Alhamdulillah syukur keHadrat Iilahi.

Kami percaya usaha adalah tangga kejayaan.

Dan kepada semua pelanggan kami… kami ucapkan terima kasih kerana sentiasa support kami.

Kini Asam Pedas Jadi telah bermula dari pukul 7 pagi - 10 malam

318 likes, 19 comments. “dulu masa kami nak masuk tempat ni, ada orang cakap tempat ni suwey.. siap kata tempat ni macam tempat setan berlepak.. tetapi bos kami kata takpa.. 1st kita halau setan yang duduk sini dulu.. lepas tu bos kami kata rezeki Allah swt yang aturkan.. andai kata kami kat hutan...

14/04/2025

Tadi ada sorang pelanggan tanya,
“Kenapa lauk kat sini tak pernah cukup?”
Teman jawab, “Sebab sedap sangat, semua berebut!”
Haa, kalau Sedara pun jenis cerewet bab lauk,
Singgah Kedai Asam Pedas Jadi.
Setiap hari lauk campur dia macam pesta –
dari goreng sampai berkuah, semua ada!

PANAS-PANAS DARI PERIUK TANAH – AROMA DIA BUAT PERUT BERKRIUK!Bayangkan…ikan  merah fresh, kuah pekat berempah, tomato &...
10/04/2025

PANAS-PANAS DARI PERIUK TANAH – AROMA DIA BUAT PERUT BERKRIUK!

Bayangkan…
ikan merah fresh, kuah pekat berempah, tomato & bendi lembut menyerap rasa, semua ni dihidang dalam periuk tanah panas-panas.
Fuhhh… satu suap je dah rasa macam balik kampung!

Kalau hari ni tengah fikir nak makan apa,
jawapannya ada kat asam pedas JADI –
Tempat feveret peminat asam pedas kaw yang asli dan puas hati!

✅ Ikan segar hari-hari
✅ Kuah pekat, rempah power
✅ Periuk tanah maintain panas sampai ke suapan terakhir!

Nak rasa sendiri?
Terus datang ke kedai makan No 7 Lot 4793,Jalan Masjid Kebun Baru Batu 9, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Atau
WhatsApp je untuk tempahan: https://wa.me/011-3761 4602

Tag geng lunch, ajak sekali makan berjemaah!
Siapa lambat, dia bau je!

09/04/2025

Port makan yang jimat & sedap untuk semua — dari budak sampai atok pun s**a!Masak fresh, hidang panas-panas, portion padu.Nak bungkus pun boleh, tapi best makan kat sini!
Kedai kami kat Telok Panglima Garang
📍 No. 7, Lot 4793, Jalan Masjid Batu 9
🕖 7 pagi - 10 malam (Jumaat tutup)
Klik WhatsApp untuk order awal: https://wa.link/74xoij
Tag family terus sebelum promo ghaib!

09/04/2025

LUNCH GENG OFIS KALI NI TAK PAYAH PIKIR DAH, CLAYPOT RM7.90 JER!

Dah bosan fikir lunch hari-hari nak makan apa dengan geng ofis?

Ni kami belanja port rare — Asam Pedas Ayam dalam claypot, tengah menggelegak atas meja, bukan suam-suam biasa tau!

Gabung masam, pedas dan rempah kampung, makan dengan nasi panas… pehh nikmat dia lain macam.

Yang best:
✅ RM7.90 je satu set
✅ Dapat air peach tea SEJUK FREE
✅ Portion padu, confirm kenyang!
✅ Kedai luas, parking senang

Nak makan ramai-ramai dengan team pun no problem. Order panas-panas, makan sama-sama — baru bonding power!

Lokasi:
📍 No. 7, Lot 4793, Jalan Masjid Batu 9, Telok Panglima Garang
🕖 Buka: 7 pagi - 10 malam (Jumaat tutup)

Tapi promosi ni boleh tamat bila-bila tau.
Tag geng ofis, plan lunch esok terus!
Klik sini kalau nak order awal: https://wa.link/74xoij

Address

Lot 4793, Jalan Masjid Kebun Baru Batu 9
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+601137614602

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when asam pedas JADI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to asam pedas JADI:

Share

Category