Aleeya Cookies

Aleeya Cookies Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aleeya Cookies, Grocers, Hutan Melintang.

13/07/2023

RESEPI AYAM TANDORI

BAHAN-BAHAN :
(untuk 2 ekor ayam dipotong 4)

Campuran rempah ratus:
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 ikat daun pudina
2 biji buah lemon
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
2 sudu besar sos tiram
sedikit pewarna merah

CARA MEMBUAT TAIRU :

Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja. Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati. Susu cair akan berubah tekstur. Kalau malas nak buat, cuma beli plain yogurt sahaja.

CARA MEMBUAT BAHAN PERAPAN :

Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt. Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

Kemudian sediakan
ayam dan lumurkan bahan perapan kesemua tempat.

Perapkan ayam di dalam beg kedap udara. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. Perap ayam selama 5 jam.

Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Kalau nak cepat, boleh goreng seperti biasa.
Air fryer murah๐Ÿ‘‰
https://vt.tiktok.com/ZSLPFeeJH โ™ฅ๏ธ

Kredit : Empunya Resepi

13/07/2023

๐™Ž๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ข ๐™ก๐™ž๐™ข๐™–๐™ช ๐™–๐™ก๐™– ๐™ฉ๐™๐™–๐™ž ๐™—๐™ฎ ๐™ข๐™š ๐Ÿฆ‘
Hari2 buat pun takpe.. sebab sedap sangat. Rasa pedas, masam, manis ๐Ÿ˜‹
Sos dia boleh jugak guna utk ikan siakap stim limau.
๐™๐™š๐™จ๐™ž๐™ฅ๐™ž ๐™Ž๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ข ๐™ก๐™ž๐™ข๐™–๐™ช ๐™–๐™ก๐™– ๐™ฉ๐™๐™–๐™ž.
Sotong setgh kilo @ 1kg
Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe )
Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan)
Asam limau nipis dalam 3biji
Daum ketumbar ( potong )
Kiub pati ayam 1/2 @ 1
Kicap sotong 3 sudu besar
Gula 2 sudu besar
๐˜พ๐™–๐™ง๐™–2
Kukus sotong dlm 7minit, jgn letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat
( air sotong tu kak aya buang ๐Ÿ˜ )
Lepas tu buat sos dia!
Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar. Nanti korang try dulu, kalau x cukup masam tambah limau nipis, kalau x masim blh tambah kicap sotong, kalau x cukup manis tambah gula. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP ๐Ÿ˜‹
Senang & sedap ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
p/s : Nak guna ikan pun boleh..
Credit : Ayadieeya

13/07/2023

Kecur terus air liur! Ni resepi sotong masak ala thai sedapppppp !!
BAHAN-BAHAN: ๐Ÿฆ‘
๐ŸŒด1/2 kg sotong
๐ŸŒด1 biji bwng besar
๐ŸŒด4 ulas bawang putih
๐ŸŒด8 biji cili padi
๐ŸŒด2 biji limau nipis โ€“ perah ambil air. Kulit limau potong dadu
๐ŸŒด2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
๐ŸŒด1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
๐ŸŒด1 biji tomato โ€“ potong dadu
๐ŸŒด Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK: ๐Ÿฆ‘
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencubaโ™ฅ๏ธ.
Sumber : Wan Maslinda Wan Mohamed

13/07/2023

RESEPI AYAM BAKAR BLACKPEPPER

Bahan-bahan:
* 1/2 ekor ayam (cuci bersih & toskan)
* Gula/ madu

Bahan B (dikisar/ ditumbuk)
* 1 batang serai
* 5 ulas bawang putih
* Sedikit halia

Bahan C (kuantiti sesuai selera)
* Sedikit sos tiram
* Sos cili
* Sos tomato
* Serbuk kunyit
* Lada hitam serbuk
* Lada hitam hancur
* Sedikit lada putih
* Garam
* Sedikit minyak masak @ minyak bijan
* 1 sudu besar planta

Cara-cara:
1. Gaul sebati semua bahan C kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati lagi
2. Kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
3. Kmeudian kalau guna gula, boleh terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 โ€“ 15 minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
4. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing. Saya guna suhu bawah 180c, atas 150c. Lebih kurang 1 jam 30min.

Kredit: Dani




13/07/2023

AYAM KUKUS PEDAS

Bahan-bahan:

Ayam
1 biji bawang holland โ€“ cincang
1 labu bawang putih โ€“ cincang
6 cili merah โ€“ cincang
1 sdb taucu
1sdb kicap cair
1sdb minyak bijan
1sdb sos tiram
2 sdk serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan ke semua bahan tadi dengan ayam.

2. Selepas semua bahan dah serap dalam ayam, masukkan ke dalam dulang dan kukus selama 40 minit.

3. Sudah 40 minit, boleh angkat dan siap untuk dihidang.

Siap! Mudah je kan nak buat lauk ini, sesuai untuk korang yang nak diet dan kurangkan kalori dalam makanan.

Lagi sedap kalau makan time tengah panas-panas bersama nasi fuhh nikmat betul.

[Resepi: My Resepi]

13/07/2023

" Rumah Kebun Rumah Kedua Ku " ๐Ÿ’–

Address

Hutan Melintang
36400

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Friday 08:00 - 13:00
Saturday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00

Telephone

0135215696

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aleeya Cookies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category