Kak Zai Cake & Cookies Homemade

Kak Zai Cake & Cookies Homemade Menyediakan aneka tempahan kek dan cookies disekitar Teluk Intan, Perak. Mempunyai rasa yang tersendiri membuatkan pelanggan terus mempercayai Cik Zai.

Kek Buah Kukus🌹2 cwn gula pasir ( perangkn dulu)1/2 cwn air pns1 biji buttermsk gula keperangan msukn air akhir skli but...
20/11/2025

Kek Buah Kukus

🌹2 cwn gula pasir ( perangkn dulu)
1/2 cwn air pns
1 biji butter
msk gula keperangan msukn air akhir skli butter sejukn
🌹3 cwn t gndum
1 sudu serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu crea of tartar
satu kn bhn ayak masukn buah campur ke dlm tpg td( buah kering ikut rasa sendiri)
🌹3 biji telur besar
2 sudu sunquick
2 sudu susu pkt
blender bhn tu
masukn gula hanggus td kedalam mngkuk tpg kaup2 je
akhir skli masukkn bhn blender kacau bg rata kukus 2 atau 3 jam
klu nk ltk serbuk buah pala atau serbuk kayu manis cream of tatar x pyh ltk
slps dah kukus kuih td jgn di angkt supaya buah x mendap ke bwh biar sejuk dlm kukus
slmt mncuba

Ni bukanlah resepi authentic carbonara.⁣Tapi resepi ni guarantee sedap & sgt senang utk buat especially kalau ada tetamu...
20/11/2025

Ni bukanlah resepi authentic carbonara.

Tapi resepi ni guarantee sedap & sgt senang utk buat especially kalau ada tetamu dtg tiba2 / last minute nak masak.
30 minit siap masak ni.

Sauce ni cukup utk 1 pack (500 grams) spaghetti.
Spicy Carbonara
Bahan tumis :
Butter & Olive Oil (utk menumis)
1 biji bawang holland dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus (mmg rasa mcm banyak kan, tp sedap gila b*k garlic ni)
4 ke 6 batang cili padi hiris halus (kalau nak pedas lagi letak la lebih)
Protein : dada ayam / udang / beef pepperoni / salami ikut la apa yg ada

Other :
1 tin button mushroom (any brand) atau boleh pakai fresh button mushroom atau swiss brown mushroom
Boleh tambah capsicum kalau s**a

Sauce :
1 tin Prego cheese & herbs (kuning) & 1 tin Prego Sauce Carbonara Mushroom (biru)
1 tin Full cream dutch lady (guna je tin prego utk s**at)
1 kotak kecik cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam
Garam & Blackpepper
Italian Mix herbs

Masukkan je bahan2 ikut turutan ni 👆🏻
Adjust kepekatan sauce guna susu full cream dutch lady.
Kalau nak berkuah lagi tambah susu.
Selamat mencuba
Kredit: Ayu Mashruddin

Biskut kelapa cina ...Biskut ni bahannya memang mudah didapati tapi agak renyah nk buat sbb mengambil.masa 45..1jam ikut...
12/03/2024

Biskut kelapa cina ...
Biskut ni bahannya memang mudah didapati tapi agak renyah nk buat sbb mengambil.masa 45..1jam ikut oven masing2 untuk bagi dia betul2 rangup..
Kalau x memang kurang sedap x rangup
Dan x tahan lama..biskut ni memang jualan saya sepanjang tahun ..dan ready made ..sbb permintaan x memgira masa..kne sentiasa standby ..saya jual.rm18.. 50.++ pcs ..sapa nk cuba resepi saya sertakan skli..

Biskut kelapa cina
1 kilo kelapa biasa
400 g gula pasir..kisar
600g roti lutut yg kering tu..diramas2 atau blend skjp..

Klu nk buat skit adunan bagi 2..

Kelapa tu dibakar sekejap..dlm 10 minit
Keluarkan dan dicampurkan dgn serbuk roti dan gula...bakar 150c 45..1jam
Acuan boleh beli dishoope atau klu x ada guna jea acuan muffin tu ..
Slmt mencuba...

Sesiapa yg nk mencuba boleh pm laju2.
RM 18 50++ pcs..

RESEPI DAGING MASAK HITAM PENANG STYLE BAHAN-BAHAN :1 sudu kecil jintan manis*1 sudu kecil jintan putih*1 sudu besar ket...
15/02/2024

RESEPI DAGING MASAK HITAM PENANG STYLE

BAHAN-BAHAN :

1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 sudu besar ketumbar*
3 ulas bawang putih*
2 labu bawang besar*
1 labu bawang besar (hiris)
1 inci halia*
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar rempah kati daging
1/2 cawan kicap pekat (kalau tak cukup hitam boleh tambah lagi)
Daun kari
Daun pandan
3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
1/2 kilo daging

CARA MEMASAK :

Sangai jintan manis, jintan putih, ketumbar sampai wangi. Kisar bersama bahan bertanda *.

Tumis 3 sekawan, masukkan bawang yang dihiris dan daun kari, masukkan bahan kisar * dan tumis sampai wangi. Letak daun pandan, cili kering dan rempah kari daging. Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan daging dan tak perlu letak apa2 air. Campurkan kicap pekat (jenama ABC - setakat ni saya rasa paling best 👍🏻). Masa letak kicap warna tak nampak hitam sangat tapi nanti bila kuah dah pekat sikit baru warna hitam tu muncul 😂.

Biar reneh atas dapur tapi make sure api perlahan je macam nak masak rendang. Agak2 dah kering sikit boleh perasakan dengan garam dan hidangkan.

Kredit : Nazira Zainal Abi

Biskut Green PeasBahan2 cawan tepung biskut Red Rose/tepung gandum2 cawan Tepung Green Peas ready made beli di Bakery Su...
28/01/2024

Biskut Green Peas

Bahan
2 cawan tepung biskut Red Rose/tepung gandum
2 cawan Tepung Green Peas ready made beli di Bakery Suppliers
2 sdb tepung jagung/ ( in case tiada tepung jagung guna saja tepung beras lebih ranggupkan biskut)harini mummy guna tepung beras.

1 cawan brown sugar atau gula kastor, jika guna gula kastor guna hanya 3/4 cawan saja klu tak s**a manis-harini mummy guna gula kastor.
1 sdk serbuk penaik
Gaul semua bahan sehingga rata kemudian masukkan
2 sdb butter utk lebih lemak n masin.
'Tiada garam diperlukan sb Tepung Green Peas dh terasa masin'.
1 cawan minyak Mazola tuang sedikit demi sedikit(jgn dituang sekaligus) sehingga menjadi doh yg bole dibentuk samada bulat atau menggunakan acuan.

Bulatkan sebesar guli atau terap dgn acuan.
Klu terap guna acuan jgn tebal sgt.

Sapu kuning telo di atas biskut sebelom bakar (kuning telo+ pewarna kuning+esen vanila bertujuan utk hilangkan hanyir telo.
'Jgn guna telo kuning yg sejuk/dlm peti ais sebab nt sapuan jadi tak cantik jadinya guna telo yg diletak di luar suhu bilik.

Bakar 20 /25 minit atau sehingga masak suhu 170/180. Bila nmpk biskut merekah di atas tandanya dh masak cantek

Terima kaseh repeat oder selalu
12/01/2024

Terima kaseh repeat oder selalu

Untuk Jamuan lorong malam ni.. Kita bawak yang ni ja untuk potluck 😘Meatball banjir. Yang dok tanya resepi sos gravy tu....
11/01/2024

Untuk Jamuan lorong malam ni.. Kita bawak yang ni ja untuk potluck 😘Meatball banjir.

Yang dok tanya resepi sos gravy tu.. Hampa boleh guna resepi ni...meatball tu boleh beli yang frozen jaaaa.... Salim, ramly, armia, fusipim..

Sos gravy blackpaper

Bahan2
Black paper biji
Bawang holland 1biji potong dadu
Tepung gandum 1cawan
Susu full cream 1/2 cawan
Kiub pati daging 1ketul
Air 2 cawan

Cara memasak
* blackpaper tumbuk kasar kemudian masukkan dlm bekas n isi air.biar sehari n tggu air berubah warna gelap.

* masukkan mentega kemudian masukkan bawang holland.

* kemudian masukkan tepung gandum.take noted kat sini ya.bg mendapatkan warna yg cantik pastikan tepung gandum di masak sehingga betul2 perang.api kecil.dekat sini akn ambil masa sedikit.

* bila dh betul2 perang masukkan air n kacau2 kemudian masukkan susu full cream.kacau2 seketika.kena selalu kacau supaya sos tidak berketul.

* kemudian masukkan air n sedikit blackpaper serta kiub pati daging.kacau2 sehingga rasa semua ok.

* dh ok biar seketika kemudian boleh blander nak bg teksture halus..

PUDING KOKTEL SOS KASTARD 4 Cawan Air Air15gram Agar-Agar Tali (nak guna serbuk pun boleh)1 Kotak Besar Susu Full Cream ...
11/01/2024

PUDING KOKTEL SOS KASTARD

4 Cawan Air Air
15gram Agar-Agar Tali (nak guna serbuk pun boleh)
1 Kotak Besar Susu Full Cream (nak guna susu cair pun boleh, 4 tin)
3/4 Cawan Gula
1/2 Cawan Susu Pekat
1 Tin Besar Koktel Buah-Buahan (masukkan semua sekali dgn airnya )
Sedikit Garam
Sedikit Esen Vanilla
2 SB Tepung Kastard

CARA:

1. Masukkan 4cawan air, masak hingga mendidih. Masukkan agar-agar dan gula, kacau hingga larut

2. Masukkan 1 kotak full cream, masukkan susu pekat dan masukkan semua 1 tin besar koktel buah

3. Masukkan garam dan esen vanilla

4. Last masukkan tepung kastard

5. Bila dah masak sebati semua, boleh masukkan dalam acuan lompang saiz besar.

6. Pastikan acuan dibasahkan dengan sedikit air terlebih dahulu untuk memudahkan keluarkan puding tu nanti

SOS KASTARD

4 Cawan Air
1 Kotak Besar Susu Full Cream
3 SB Gula ( ikut citarasa masing )
2/4 Cawan Susu Pekat
Sedikit Garam
8 SB Tepung Kastard

CARA:

1. Masukkan ke semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati

2. Dah sebati baru masak atas dapur. Masak sehingga separuh likat@pekat. Kena kacau selalu supaya kuahnya tak berketul
Dah likat@pekat boleh tutup api dah siap

**Saya buat adunan nie boleh dapat 76 biji guna acuan lompang besar tu

Selamat Mencuba

📸: zetty halim

RESEPI ROTI SARANG LEBAH ❤️Bahan2:Air + 1 biji telur = 265g (timbang bersama)Tepung roti hi protein 500gGula 100gSusu te...
09/10/2023

RESEPI ROTI SARANG LEBAH ❤️
Bahan2:
Air + 1 biji telur = 265g (timbang bersama)
Tepung roti hi protein 500g
Gula 100g
Susu tepung 40g
Butter 80g
Yis 11g
*Bread softener 1/2 sk
*Bread improver 1/2 sk
Atau yg bertanda * boleh juga diganti dgn Shortening 1sudu kecil (untuk jadikan roti gebusss)
Cara
Masuk semua dalam bread maker. Biarkan BM uli selama 30 minit.
Keluarkan. Bentukkan bulat2 sebesar buah langsat atau timbang 18gm. Kalau bekas kecil, saiz bola blh buat 15gm...guna penimbang digital.
Susun dlm bekas yg telah disapu majerin.
Biarkan dalam 1jam 30minit untuk doh mengembang 1x ganda.
Sapu permukaan roti dgn kuning telur.
Tabur dengan kekacang (biji labu, badam slice, bijan hitam)
Bakar dgn suhu 160-170 selama 20-30minit api atas bawah. Doh akan naik lagi 1x ganda. Lebihkan lagi 5-10 minit jika permukaan roti belum perang kekuningan.
Bila dah masak, keluarkan dari oven, terus sapu dgn butter supaya ia nampak kilat.
Bila roti dah suam2, curah sos.
Sos Butterscoth
Panaskan 1/2 cawan gula perang dengan 2 sudu besar butter..kacau dengan whisk hingga cair dan berbuih...masukkan 2 cawan whipping cream sedikit demi sedikit..kacau sebati..reneh supaya sedikit pekat....masukkan 1 penutup essen vanilla. Kacau rata. Tutup api.

Join group resepi kat sini👉 : t.me/inspirasiresepicom

RESEPI KEK BUTTER MOISTBAHAN-BAHAN :🍰250gm butter🍰250gm tepung kek bleu key.🍰180gm gula custer🍰5biji telur saiz B  (saiz...
01/10/2023

RESEPI KEK BUTTER MOIST

BAHAN-BAHAN :

🍰250gm butter
🍰250gm tepung kek bleu key.
🍰180gm gula custer
🍰5biji telur saiz B (saiz A 4biji)
🍰1/2 cawan fresh milk
🍰Sedikit esen vanilla.

CARA MEMBUATNYA :

Mix gula dengan butter sampai putih dan gebu
Masuk kan telur sebiji sebiji sambil di putar perlahan.
Mix kelajuan laju sampai kembang
Masuk kan tepung sedikit sedikit sambil di putar perlahan di selang seli dengan fresh milk.

Loyang 8x8x3
Panas kan oven 15/20 minit sebelum masuk kan adunan.

Sapu butter sekeliling loyang
Lapik baking paper di bahagian dasar loyang
Masuk kan adunan dan di bakar dalam oven suhu atas bawah 170c.

INFO :

Pastikan adunan boleh jatuh cantik masa mengadun
Jika pekat boleh tambah fresh milk.
Paling penting butter dan gula mesti betul2 kembang.
Andai guna tepung gamdum campur kan 1 sudu kecik baking powder dan di ayak 3 kali.

Sekian.

Kredit : Empunya Resepi

Tempahan untuk hari ini  moga majlis berjalan lancar
09/09/2023

Tempahan untuk hari ini moga majlis berjalan lancar

Address

NO 187 , LORONG 3 , TAMAN INTAN MUTIARA , 34600 Teluk Intan
Teluk Intan
36000

Telephone

+60183254571

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak Zai Cake & Cookies Homemade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share