media Afiari Farm Rojah

Directions

media Afiari Farm Rojah untuk umum
MEDIA AFIARI FARM

16 JULAI 2026TAKLIMAT AHLI USAHAWANPERSATUAN PELANCONGAN TELUPID  Sesi taklimat yang sangat bermanfaat bersama Datuk Jef...
16/07/2026

16 JULAI 2026
TAKLIMAT AHLI USAHAWAN
PERSATUAN PELANCONGAN TELUPID

Sesi taklimat yang sangat bermanfaat bersama Datuk Jeffri Yahya @ Cobra di Maliau Riverside, Telupid, bersama ahli-ahli pengusaha Persatuan Pelancongan Telupid yang di hoskan setiausaha Jaikin Gondili

Terlebih dahulu AFIARI FARM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Jeffri Yahya @ Cobra atas perkongsian ilmu, pengalaman, idea dan pandangan yang amat bernilai. Taklimat yang disampaikan membuka minda kami tentang pelbagai pendekatan baharu dalam membangunkan sektor pelancongan secara lebih tersusun, kreatif dan berdaya saing.

Banyak pengalaman baharu yang kami peroleh hari ini akan kami jadikan panduan untuk diterapkan dalam pengurusan, perkhidmatan serta pembangunan produk pelancongan di daerah Telupid. Kami percaya bahawa kejayaan pelancongan bukan hanya bergantung kepada keindahan alam semula jadi, tetapi juga kepada kerjasama, disiplin, inovasi serta layanan mesra kepada setiap pengunjung.

Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli Persatuan Pelancongan Telupid untuk terus bergerak maju, memperkukuhkan jaringan kerjasama dan memperkenalkan Telupid sebagai destinasi pelancongan yang unik, menarik serta mampu memberi manfaat kepada ekonomi masyarakat setempat.

Terima kasih atas Kehadiran beberapa ahli persatuan pelancongan tongod yang memberikan suasana sesi pertanyaan sangat bernas

Persident persatuan pelancongan telupid Pinus Gondili menyeru marilah kita bersama-sama berganding bahu, bersatu hati dan terus berusaha memajukan industri pelancongan Telupid demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan daerah yang kita cintai



07/06/2026

LOGLINE : TIGA HARI DI ALAM BUNIAN

Seorang gadis berhati suci yang tersesat ke alam bunian selepas satu kejadian di hutan, perlu melawan godaan untuk kekal di dunia misteri itu demi kembali kepada keluarganya, dengan berpegang teguh pada iman, doa, dan ingatan kepada Tuhan.

SINOPSIS (370)
Di sebuah kampung di pedalaman, tinggal seorang gadis cantik bernama Suriani, anak kepada seorang tokoh yang dihormati. Selain rupanya yang menawan, Suriani juga dikenali kerana mempunyai jiwa yang baik dan aura spiritual yang kuat.
Pada suatu pagi, Suriani pergi ke kebun seorang diri. Ketika berjalan di dalam hutan, dia tersandung pada akar pokok lalu tanpa sedar mengucapkan kata-kata kotor kerana marah. Tidak lama kemudian, suasana di sekelilingnya berubah menjadi sunyi dan berkabus. Dia terus berjalan, namun tidak menyedari bahawa dirinya telah memasuki alam bunian.
Di alam itu, Suriani disambut oleh sebuah perkampungan yang indah. Rumah-rumahnya berkilauan seperti diperbuat daripada cahaya, sungainya jernih, dan udaranya sangat nyaman. Penduduk di situ melayannya dengan baik, tetapi ada sesuatu yang aneh.
Rupa-rupanya, seorang makhluk halus dari alam tersebut telah lama memerhatikannya. Terpesona dengan kecantikan dan kekuatan spiritual Suriani, makhluk itu ingin menjadikannya sebagai isteri dan memintanya tinggal selama-lamanya di alam bunian.
Walaupun dilayan dengan baik, Suriani sentiasa teringat akan ibu bapanya dan kampung halamannya. Dia menolak setiap hidangan yang diberikan kerana pernah mendengar petua orang tua bahawa sesiapa yang memakan makanan di alam bunian akan sukar kembali ke dunia manusia.
Baginya, masa berlalu seperti biasa. Dia merasakan dirinya hanya berada di sana selama tiga hari. Namun di dunia nyata, keluarganya dan seluruh penduduk kampung telah mencarinya selama sebulan penuh. Mereka menyangka Suriani telah hilang tanpa jejak.
Suatu malam, Suriani berdoa dengan penuh keikhlasan agar diberikan jalan pulang. Tiba-tiba dia teringat ajaran yang pernah dipelajarinya. Dengan hati yang teguh, dia menutup mata lalu mengucapkan:
"Tiada Tuhan selain Allah."
Seketika itu juga angin bertiup kencang dan suasana di sekelilingnya menjadi gelap. Apabila dia membuka mata, perkampungan bunian itu telah lenyap.
Suriani mendapati dirinya terbaring di hadapan pintu rumah keluarganya sendiri.
Tangisan kegembiraan memenuhi halaman rumah apabila keluarganya melihat dia kembali. Suriani kemudian menceritakan segala yang dialaminya dan bersyukur kerana tidak memakan makanan di alam tersebut serta sentiasa mengingati Tuhan.
Lalu seorang pemuda walaupun tidak tampan tetapi iya seorang yang bijaksana memahami hal spiritual dan menikahinya.
Sejak hari itu suriani menjadi lebih berhati-hati dalam percakapan dan sentiasa menjaga adab ketika berada di hutan atau di mana sahaja, kerana dia sedar bahawa alam yang tidak kelihatan juga merupakan sebahagian daripada ciptaan Tuhan.

SEBUAH KISAH KARYA TUAN ROJAH
( VEDIO SEBAGAI ILUTRASI PENERBIT )
( Scane Tek One 🎬 )
Genre: Fantasi Spiritual · Misteri · Drama · Romantik.

AFIARI FARM
Telah menyediakan babak selengkapnya
Setiap pelakon melakonkan filem ini,
Jika anda mahu memaharkan cerita ini, atau berminat melakonkan filem ini, boleh berhubung lansung, saya yakin view filem ini memukau penonton panggung wayang SETIAP BABAK jika dilakonkan benar dengan penerbitan pengarah yang baik, Saya menyarankan berhati hati ketika pengambaran filem yang satu ini

WARNING: tidak dibenarkan untuk penerbitan tanpa izin penulis

13/08/2026LAWATAN AFIARI FARMD'TITANIC GARDEN📌 TERNAKAN IKAN SISTEM RASSaya sempat melawat ke projek akuakultur usahawan...
13/05/2026

13/08/2026

LAWATAN AFIARI FARM
D'TITANIC GARDEN

📌 TERNAKAN IKAN SISTEM RAS

Saya sempat melawat ke projek akuakultur usahawan ternakan ikan tilapia di TITANIC GARDEN Kampung Liningkung Telupid bersama tuan paulus dan tuan sukaria

Usaha seperti ini sangat membanggakan kerana mampu membuka peluang ekonomi, meningkatkan sumber makanan tempatan serta menjadi inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk menceburi bidang agro dan akuakultur moden

Komitmen dan inovasi dalam membangunkan sistem ternakan yang teratur dan berpotensi terus berkembang ini menjadi contoh kejayaan usahawan tempatan di kawasan kita

satu usaha yang sangat baik dalam memperkasa ekonomi keusahawanan tempatan

Saya difahamkan bahawa beliau juga menjual menyediakan baja makan ikan, benih ikan dan warung menu makan santai, tempat memancing dan pelancong dalam negeri mahupun luar negara




🇲🇾
21/01/2026

🇲🇾

Ketahui cara menemukan khalayak yang betul untuk iklan Facebook dan Instagram anda.

Pertama sekali, afiari farm merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para usahawan pokok gaharu yang terus cekal da...
15/01/2026

Pertama sekali, afiari farm merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para usahawan pokok gaharu yang terus cekal dan beriltizam membangunkan industri gaharu sebagai sumber ekonomi bernilai tinggi.

Pokok gaharu bukan sekadar tanaman, tetapi merupakan khazanah alam yang kita lestarikan,
Usaha dalam menanam pokok gaharu mencerminkan kesabaran, disiplin serta visi jangka panjang rezeki yang Allah sediakan

Saya percaya, dengan sokongan ilmu, teknologi inokulasi yang betul, kerjasama koperasi, serta agensi berkaitan, industri gaharu berkembang sebagai satu sektor ekonomi strategik, khususnya di kawasan luar bandar

Gaharu resin penuh menghasilkan bau berlapis
Aroma asli sebagai terapeutik tertinggi negara

Justru itu memperkukuh jaringan pemasaran produck gaharu yang dibutuhkan di peringkat antarabangsa

Semoga usaha murni ini diberkati, dipermudahkan, dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda untuk menceburi bidang pertanian berimpak tinggi seperti gaharu

Usaha tidak salah alamat, semoga enam tahun kedepan emas hitam ini ada manis-manisnya

Amin


14/07/2025

"Selamat datang ke Afiari Farm Permata Alam Telupid Destinasiku – Keindahan Tersembunyi jauh di Tengah Hutan Gunung!"
Di sinilah suara alam bersatu dengan hembusan angin hutan yang suci.
Tempat ini bukan sekadar menarik – ia adalah pengalaman saya dan keajaiban semula jadi yang segar dinikmati.
Berjalan menyusuri lorong hijau yang murni, hirup udara segar dengan keindahan yang membelai jiwa serta kicawan burung-burung, merasaih getaran kehidupan hutan gunung yang masih asli.
Telupid menjemput anda untuk HEALING di berbagai tempat untuk merasai ketenangan yang tidak tergambar dengan kata-kata tetapi mengukir kenangan manis.

"Di Sini Alam Berbicara."

FOLLOW PAGE01- 03 JULAI 2025Kursus pembangunan pakej pelancongan telupid tourism associationpersatuan pelancongan telupi...
03/07/2025

FOLLOW PAGE
01- 03 JULAI 2025

Kursus pembangunan pakej pelancongan telupid tourism association
persatuan pelancongan telupid Sabah

Tenaga pengajar MADAM NORITA YAPI, President Persatuan Pelancongan Telupid PINUS GONDILI

PAKEJ & PRODUCK AFIARI FARM
akan update di hastage channel ini
dari masa ke semasa

TelupidDestinasiku
SabahTourismBoard

Address

Kampung Berayung 89320 Telupid
Telupid
89330

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when media Afiari Farm Rojah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category