02/07/2023
RAHSIA KEK TAHAN LEBIH LAMA
Sekarang cuti sekolah telah tiba. Pelbagai aktiviti yang dibuat waktu cuti ini antaranya kenduri dan hari keluarga. Ramai yang membeli kek sebagai juadah untuk dihidangkan kepada tetamu. Pelbagai jenis kek telah dibeli mahupun dibuat sendiri. Namun, terdapat masalah yang dihadapi iaitu lebihan kek yang tidak habis dimakan. Ingin dibuang tapi nanti membazir. Buat dah penat, kek cepat rosak. Beli pun mahal! Hmmmmmm………… macam mana nak buat? Jangan risau. Terdapat rahsia yang tidak diketahui oleh ramai. Meh sini saya kongsikan rahsia tersebut.
Rahsianya ialah
1. Basuh dahulu pisau atau alat pemotong kek anda
2. Jangan sesekali menyentuh kek tanpa sarung tangan kerana ia merupakan penyebab utama kulat kek mula tumbuh
3. Semasa proses pembuatan kek, dinasihatkan untuk memakai sarung tangan
4. Jangan jemur kek kerana akan merebakkan debunga kulat
5. Sebaiknya simpan kek dalam bentuk belum dipotong
6. Jika mahu kek tahan lama,masukkan dalan peti sejuk bahagian chiller
7. Kek berising tidak sesuai di frozen
8. Untuk kek yang sudah dipotong, simpan potongan kek yang tidak habis dalam bekas tertutup supaya tidak kering
Hah! Dah tahu kan rahsia nak kek tahan lama. Harap dapat membantu anda jika anda membeli atau membuat kek.
Selamat mencuba. Ingin mengetahui lebih banyak tips?
Jangan lupa untuk like, comment and share untuk mengetahui lebih banyak info.
Tekan link di bawah:
page: https://www.facebook.com/profile.php?id=100091280844182&mibextid=ZbWKwL Instagram : https://instagram.com/sak.inahstore?igshid=MzNlNGNkZWQ4Mg==
Whatsapp:01155898635