07/02/2026
" Baju Last Minit "
Cikgu Najwa tiba-tiba mesej tanya boleh tak buat tempahan baju merentas desa untuk sekolah. Masa tu memang hujung-hujung tarikh dah, kira last minit juga. Saya pun senyum sendiri baca mesej dia — dalam hati fikir “sempat ke tak ni?” 😄
Cikgu Najwa beritahu masa memang suntuk, tarikh program dah dekat. Tapi cara dia cakap tenang je, siap minta tolong kalau boleh usahakan. So tengok jadual kerja, kira hari… akhirnya jawab, "insya-Allah boleh siap dalam seminggu." Dia on, setuju.
Proses pun berjalan laju. Pilih warna purple, sorting saiz, bincang design ringkas tapi nampak kemas. Walaupun masa tak panjang, semuanya dipermudahkan. Kadang benda jadi cepat bila kedua-dua pihak beri kerjasama baik.
Bila baju dah siap, rasa puas tengok hasilnya — simple, kemas dan sesuai untuk aktiviti luar.
Pengalaman ni mengingatkan walaupun tempahan datang last minit dan masa agak ketat, jangan tolak. Bincang dulu, ambil risiko, kalau komunikasi jelas dan semua bagi komitmen, banyak perkara sebenarnya boleh jadi. Yang penting usaha dan saling percaya.
Tq warga SK Limau Lurut atas kepercayaan anda👍