30/09/2023
Hari ni hari terakhir kami berniaga di Tapak Utara Station (Berhadapan Pejabat MARA Temerloh).
Bermacam-macam dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi dan akhirnya kami terpaksa mengundurkan diri buat seketika setelah 3 tahun menghadapinya 😁
Jualan kami hari ni cuma burger biasa sahaja (Ayam/Daging/Kambing), tiada lagi Burger Ayam Crispy ❌ Jika jualan kami habis hari ni maka berakhirlah kami pada malam ini sahaja dan sehingga berjumpa lagi dilain hari waktu dan ketikanya nanti InsyaAllah 🤲
😍 Doakan yang baik-baik saja untuk kami, semoga yang baik-baik itu akan dikembalikan kepada kalian semua 🤲