Nasi Lemak Bengkak Bibir

Nasi Lemak Bengkak Bibir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nasi Lemak Bengkak Bibir, Food & Drink, No 2, Bangunan Arked MDB, Dataran Kerayong, Teriang.

15/04/2026

Pes Gulai Kawah untuk kenduri Sabtu ni.

Sabtu Dan Ahad ni kami cuti tau

Yak aih kome! Kecur liur nengok Nasi Lemak Sambal Udang Petai ni tak? 🤤🔥Ni koi nak kabor, Nasi Lemak Bengkak Bibir ada m...
31/03/2026

Yak aih kome! Kecur liur nengok Nasi Lemak Sambal Udang Petai ni tak? 🤤🔥

Ni koi nak kabor, Nasi Lemak Bengkak Bibir ada menu yang boleh buat aokme teringat-ingat sampai ke mimpi.

Cuba aokme nengok tu... udangnya bukan main besor, petai p**ak gemok-gemok molek, krup krap krup krap bila digigit!

Tang sambal dia takyah cakap la. Fuhhh! Memang padu sungguh. Pedas dia lit-lit, berdengung telinga weh! Memang betul-betul kena dengan nama dia, silap haribulan bengkak sungguh bibir kome, tapi sedap ngat peginya sampai tak boleh nak berenti nyuap. "Pedas Baru Puas" kata orang!

Bila gaul p**ak dengan nasik lemak panas-panas, ikan bilis rangup, kacang goreng... perghhh, memang surr! Hilang segala masalah donia sekejap.

Aokme hak mana yang tekak tu asyik nak makan benda pedas je, moh la terai lekaih. Jangan lambat, karang habis kempunan p**ak nangis bucu katil!

Yang tak makan pedas jangan risau..koi sediakan sambal mesra kanak2 tuk aokme

📍 Singgah lekas kome!
🌶️ Nasi Lemak Bengkak Bibir - Pedas Baru Puas

[ Nasi Lemak Bengkak Bibir TUTUP hari ni ]Esok BukakApapun kome nak ucap tahniah aokme semua yang amik result SPM hari n...
31/03/2026

[ Nasi Lemak Bengkak Bibir TUTUP hari ni ]
Esok Bukak

Apapun kome nak ucap tahniah aokme semua yang amik result SPM hari ni! 🎉

Yang cemerlang, tahniah bebanyak! Memang ohsem dan berbaloi sengkang mata.

Yang result kureng sikit, toksah sedih lelama. Biasalah tu, adat belajar.

Perjalanan hidup ni jauh lagi, rodong. SPM ni baru permulaan, bukan penamat. Melambak lagi peluang, kemahiran, dan jalan rezeki untuk aokme kat luar sana tu.

Moh kita terus pandang ke depan. Jangan cepat putus asa, teruskan usaha untuk masa depan! ✨

25/03/2026

Alhamduillah
Luar Biasa
Terima Kasih Support Kami Pagi Ni

03/03/2026

Alhamduillah..SOLD OUT Hari ni ..bunyi mcm best je kan...padahal 20 Ketul je... hahahaha
Esok Kami sedikan 50 Ketul.
Tempal Awal Tak Kalut.

03/03/2026

Alhamduillah... Hari ke 2...Ade order kami buat panas2...xde order kami lepak rumah ...tido..hahahaha

KECEWA BELI LAUK BAZAR TAPI BASI? MALAS P**A NAK MASAK? 😩

​Dah penat kerja seharian, pergi bazar kena bersesak, cari parking susah, balik rumah tengok lauk yang dibeli tu tak sedap, ayam keras, sambal p**a nak basi. Terbantut selera berbuka!

​Jangan stres-stres. Harini biar kami yang masakkan & HANTAR TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA! 🛵�

​Order je Nasi Ayam Penyet kami. Dijamin dimasak fresh panas-panas, ayam garing di luar juicy di dalam, dan sambal confirm padu!
🌶️🍗
​✅ 1 Set - RM7
🔥 Promo 3 Set - RM18 SAHAJA! (Jimat & boleh makan sekeluarga)

​Duduk rumah je rehat-rehat tunggu waktu berbuka. Runner kami sedia berkhidmat. Klik link bawah ni laju-laju:
📲 wasap.my/60137844930/NakDeliveryAyamPenyet

02/03/2026

🍗NASI AYAM PENYET PANAS-PANAS TERUS COD KE DEPAN PINTU! 🍗

​Alhamdulillah, rezeki sikit-sikit. Dah masuk tahun ke-3 kami tak berniaga di Bazar Ramadan, kami fokus buat COD je. Duduk diam kat rumah pun boleh demam kalau badan dah biasa kerja keras, kan? 😁

​Kenapa anda kena order dengan kami?
✅ Ayam Besar, Harga Murah! Memang puas hati makan.
✅ Fresh Dari Kuali! Kami mula goreng pukul 5 petang, pukul 6 petang terus gerak COD.
✅ Dijamin Bersih & Panas! Tak payah pening kepala risau lauk basi, ada telur lalat, atau berulat macam kes viral. Semuanya fresh!

​🔥 HARGA KASIH SAYANG:
👉 1 Set = RM7 sahaja
👉 Beli 3 Set = RM18 (Lagi jimat!)

​Khas untuk warga Bandar Bera dan kawasan berdekatan, tak payah bersesak, tunggu je kat rumah kami hantar.
​📲 Tekan link di bawah laju-laju untuk selit order:
[wasap.my/60137844930/NakOderAyamPenyet]

🛑 PENING FIKIR MENU BERBUKA? KAMI PAYUNG PROMO AYAM PENYET KAW-KAW! 🛑Kecur air liur tengok sambal penyet tu? 🤤 Bayangkan...
01/03/2026

🛑 PENING FIKIR MENU BERBUKA? KAMI PAYUNG PROMO AYAM PENYET KAW-KAW! 🛑

Kecur air liur tengok sambal penyet tu? 🤤 Bayangkan ayam goreng garing panas-panas, cicah p**a dengan sambal merah pedas - pedas manja masa azan Maghrib nanti. Memang terangkat sungguh!

Tak payah penat-penat bersilat kat dapur hari ni. Kami dah buka tempahan awal (Pre-Order) untuk Set Nasi Ayam Penyet khas untuk juadah berbuka puasa anda!

Murah Giler. Lagi banyak anda order untuk famili atau kawan-kawan, lagi jimat poket:

📦 1 Set = RM7
📦 2 Set = RM14
🔥 3 Set = RM18 je! (Paling berbaloi, jatuh RM6 sebungkus!)

Apa yang menanti anda dalam setiap set?

🍚 Nasi putih panas dan fluffy

🍗 Ayam Penyet Saiz Yang Tak Mengecewakan
( garing di luar, juicy di dalam ! )

🌶️ Sambal Terasi Gudeq ( Tak Pedas Sangat )

🥣 Sup Pembuka Selera

🥗 Ulam Kubis Rangup

⚠️ PERHATIAN: Last Order 2 Petang. Kami sangat galakkan anda buat tempahan awal (Pre-Order) supaya tak kempunan. Kuota harian kami terhad untuk pastikan ayam dan sambal sentiasa fresh bila anda berbuka nanti.

Jangan tunggu perut berbunyi baru nak cari, jom 'lock' order anda sekarang! Tekan je link di bawah:

📲 Terus WhatsApp kami di sini:
👉 https://wa.me/60137844930?text=NakPreOrderSetAyamPenyet
👉 https://wa.me/60137844930?text=NakPreOrderSetAyamPenyet

P/S: Jom pakat-pakat order dengan jiran sebelah atau kawan ofis. Beli 3 set terus dapat harga super jimat! 😉

Rahsia Kesedapan Ini? 48 Jam Persediaan & Seperiuk Penuh Kesabaran. 🕰️🌶️Kalau nak cepat, kami boleh je masak sambal soto...
11/02/2026

Rahsia Kesedapan Ini? 48 Jam Persediaan & Seperiuk Penuh Kesabaran. 🕰️🌶️

Kalau nak cepat, kami boleh je masak sambal sotong segar 15 minit siap. Tapi kami tak nak 'potong jalan'.

Kami memilih jalan susah—menggunakan sotong kering. Kenapa? Kerana rasa pada sotong kering tak boleh ditiru oleh sotong segar.

Prosesnya renyah. Sotong perlu direndam lama dengan teknik khas untuk mendapatkan tekstur yang sempurna. Kemudian, ia dimasak perlahan-lahan (reneh) di dalam sambal tumis berjam-jam lamanya sehingga pecah minyak dan warnanya menjadi merah gelap yang cantik.

Kami buat semua kerja keras ni supaya apabila anda menyuap nasi lemak ini ke dalam mulut, anda dapat merasakan kedalaman rasa yang hanya boleh dihasilkan melalui masa dan kesabaran.

Ini bukan 'fast food'. Ini adalah 'slow food' yang disajikan cepat untuk anda.

Hargai seni masakan tradisional. Rasai sendiri hasil "air tangan" yang penuh kesabaran ini. Pesan Nasi Lemak Sotong Kering Edisi Terhad hari ini!

Ada Hari Anda Perlukan Pelukan. Ada Hari, Anda Perlukan Nasi Lemak Sotong Kering Ni. ❤️🔥Hari yang panjang? Stress kerja?...
11/02/2026

Ada Hari Anda Perlukan Pelukan. Ada Hari, Anda Perlukan Nasi Lemak Sotong Kering Ni. ❤️🔥

Hari yang panjang? Stress kerja? Hujan di luar?

Kadang-kadang, ubat paling mujarab adalah sepinggan 'comfort food' yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

Bayangkan nasi yang masih panas. Bau harum santan dan pandan menusuk hidung. Kemudian, mata anda tertumpu pada sambal sotong kering yang merah menyala, berminyak cantik di tepi nasi.

Suapan pertama—gabungan nasi lembut, sambal yang pedas-gurih, dan tekstur unik sotong kering tu—terasa macam satu kelegaan. Ia bukan sekadar makanan; ia adalah terapi jiwa. Rasa asli yang 'kaw' ni akan buat anda lupa masalah sekejap.

Rawat diri anda hari ini. Anda layak menikmati sepinggan kebahagiaan ini. Dapatkan Nasi Lemak Sotong Kering kami sekarang !

Trauma Makan Sambal Sotong Kering Yang Liat Macam Getah? Kami Ada Penawarnya. 😌Ramai yang takut nak order sambal sotong ...
11/02/2026

Trauma Makan Sambal Sotong Kering Yang Liat Macam Getah? Kami Ada Penawarnya. 😌

Ramai yang takut nak order sambal sotong kering. Kenapa? Sebab takut dapat yang liat, keras, dan sambal tak meresap ke dalam isi. Buat sakit gigi je, kan?

Kami faham masalah tu. Sebab itu kami ambil masa berhari-hari untuk proses sotong kami.

Teknik rendaman rahsia dan cara masakan 'slow-cook' kami memastikan setiap keping sotong kering itu menjadi lembut tapi masih kenyal (the perfect chew!), dan paling penting—ia menyerap segala kebaikan rempah sambal tu sampai ke dalam.

Hasilnya? Sambal sotong kering yang 'mesra gigi' dan meletup dengan rasa umami dalam setiap kunyahan. Digandingkan p**a dengan nasi lemak panas beraroma... memang tak pandang kiri kanan dah.

Lupakan pengalaman buruk yang lepas. Cuba Nasi Lemak Sotong Kering kami yang dijamin lembut dan padu. Order sekarang sebelum kehabisan!

Address

No 2, Bangunan Arked MDB, Dataran Kerayong
Teriang
28200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 13:00
Friday 07:00 - 13:00
Saturday 07:00 - 13:00
Sunday 07:00 - 13:00

Telephone

+60137844930

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Lemak Bengkak Bibir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nasi Lemak Bengkak Bibir:

Share

Category