OLIVE HOUSE Tronoh

OLIVE HOUSE Tronoh Kami sahabat nutrisi anda.Amalkan pemakanan yang sihat,asli dan organik.Ingat sihat ingat Olive house

19/03/2026

✨ Jom Rebut Peluang Umrah Super Jimat! ✨
Ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan perjalanan yang tenang dan terancang?

Sertai Umrah bersama Cikgu Zalina 🤍

🕋 Tarikh: 28 Ogos – 6 September

🕌 Aturcara perjalanan:
• Bermalam di Madinah selama 4 hari
• Makkah selama 5 hari
• Lawatan ke Taif selama 1 hari

✈️ Penerbangan Direct menaiki Saudi Airlines
(tak lalu kawasan konflik – lebih selamat & selesa)

💰 Deposit hanya RM1000

📆 Baki boleh ansur sehingga 2 bulan sebelum berlepas

‼️ Tempat sangat terhad – tinggal 16 kekosongan sahaja!

Jangan tunggu lama… peluang ini mungkin sekali seumur hidup!

📲 Cepat hubungi
012-533 7976 (Cikgu Zalina)
019-4495027 (Ustaz Yusri)
sekarang sebelum penuh!

Kami sahabat nutrisi anda.Amalkan pemakanan yang sihat,asli dan organik.Ingat sihat ingat Olive house

AssalamualaikumUntuk yang sedang menyimpan niat menunaikan umrah,dan masih tercari-cari pakej yang sesuai,insyaAllah say...
11/02/2026

Assalamualaikum

Untuk yang sedang menyimpan niat menunaikan umrah,
dan masih tercari-cari pakej yang sesuai,
insyaAllah saya sedia bantu berkongsi maklumat dengan jujur dan tenang.

Untuk yang tercari-cari pakej umrah,
boleh whatsapp mana2 no dibawah 👇🏻

Ustaz Yusri : 019-4495027
Cikgu Zalina : 012-5337976
Dayah (staff) : 012-4527976

“Kita kejar banyak benda di dunia,
tapi jiwa tetap kosong.
Mungkin sudah tiba masanya… pulang sekejap kepada Allah.
Jom umrah bersama Ustaz Yusri & Cikgu Zalina pada 29 ogos - 6 sep (9H7M) Dan pada 7 Dec - 18 Dec (12H10M)
Semoga setiap niat baik Allah mudahkan 🤍

Tak semua hari berjalan seperti yang dirancang.Ada masa hidup rasa keras, penuh cabaran, dan kita cuma mampu buat sediki...
23/12/2025

Tak semua hari berjalan seperti yang dirancang.

Ada masa hidup rasa keras, penuh cabaran, dan kita cuma mampu buat sedikit.

Tak apa. Yang penting, anda masih bangun, masih berusaha, masih memilih untuk jaga diri walau perlahan.

Dalam kesibukan dan penat itu, jangan lupa beri ruang untuk tubuh sendiri pulih. Selitkan 2 sudu besar Olivie Plus 30x setiap hari. Sekurang-kurangnya itu satu perkara baik yang anda buat untuk jaga diri sendiri hari ini.

Hidup ini bukan perlumbaan azam. Ia tentang terus hidup, terus bernafas, dan terus menjaga diri

🤔Pernah rasa cepat penat, berat makin naik dan rasa badan macam “tua sebelum waktunya” Ramai daripada kita lalui benda y...
17/12/2025

🤔Pernah rasa cepat penat, berat makin naik dan rasa badan macam “tua sebelum waktunya” Ramai daripada kita lalui benda yang sama.

✨1,400 tahun dahulu Nabi Muhammad ﷺ dah ajar formula 1/3 ketika makan.

*1/3 makan, 1/3 minum, 1/3 ruang udara.*

Bunyinya ringkas, tapi inilah formula body regulation yang sangat kuat.

✨Nabi ﷺ bersabda:
“Jika perlu makan lebih, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk udara.” — Tirmidzi & Ibn Majah

❗️Hari ini, saintis kata benda yang sama! makan sampai penuh memang menyusahkan sistem badan.

Bila kita makan banyak sangat:
👉🏻 insulin naik mendadak
👉🏻 keradangan dalam sel meningkat
👉🏻 metabolisme jadi perlahan
👉🏻 lemak simpan lebih cepat

🤷🏻‍♀️Tak pelik la bila NHMS 2019 lapor yang 1 daripada 2 rakyat Malaysia overweight atau obes.

Bila kita makan sederhana dan berhenti sebelum kenyang, badan automatik:
➡️ kurang stres oksidatif
➡️ kurang inflamasi
➡️ sel lebih “tenang” dan kurang cepat rosak
➡️ mitokondria (pusat tenaga sel) bekerja lebih efisien
➡️ risiko penyakit kronik turun
➡️ penuaan sel perlahan

Inilah konsep yang dipanggil *caloric moderation.*

💡Penduduk Okinawa di Jepun antara paling panjang umur dunia sebab mereka amalkan satu prinsip. “Hara Hachi Bu” = makan sampai 80% kenyang.

Kajian dapati ia bantu:
✅ stabilkan berat
✅ jantung lebih sihat
✅ sel lebih terlindung
✅ penuaan jauh lebih perlahan

Kalau kita tengok balik, ia selari dengan Sunnah 1/3 yang Nabi ﷺ ajar.🥰

Mindful eating ni mudah saja. Makan perlahan, sedar, syukur, dan berhenti sebelum kenyang.

Mindful eating bantu kita:
✅ elak binge eating
✅ kawal craving
✅ kurangkan nafsu makan
✅ hargai rezeki
✅ dengar isyarat kenyang tubuh

Bila kita dah mula amalkan sunnah 1/3 dan mindful eating, langkah seterusnya ialah jaga sel daripada kerosakan.💪🏻

💡Di sinilah Quranic Food seperti minyak zaitun extra virgin memainkan peranan terutamanya Olivie Plus 30x.

Kenapa?

✨Sebab ia mengandungi Hydroxytyrosol 30 kali ganda lebih tinggi berbanding EVOO biasa. Antioksidan polifenol yang sangat kuat yang bantu lindungi sel & jantung.

Kajian Hydroxytyrosol menunjukkan ia boleh:
✅kurangkan stres oksidatif
✅kuatkan metabolisme
✅kurangkan keradangan
✅lambatkan penuaan sel
✅sokong kesihatan jantung

✨Gabungan Sunnah 1/3 + mindful eating + Olivie Plus 30x = gaya hidup Sunnah & Sains yang betul-betul jaga tubuh dari dalam.

Jom amalkan. Jaga perut seperti Nabi ﷺ ajar, insyaAllah kita dapat jaga umur, tenaga dan kesihatan sel.🥰

🤔Pernah nampak situasi macam ni pada anak?Bila main permainan biasa, cepat sangat cakap “bosanlah…”. Blok, puzzle, lego ...
13/12/2025

🤔Pernah nampak situasi macam ni pada anak?

Bila main permainan biasa, cepat sangat cakap “bosanlah…”. Blok, puzzle, lego semua ada. Tapi baru beberapa minit dah give up:
“Tak best…” “Susah…” “Tak nak buat dah…”

Atau bila kita berbual, mata mereka tak pernah benar-benar fokus. Asyik lari ke kipas, ke buku, ke bunyi luar.🧐

🔈Ini antara tanda otak anak overstimulated. Fenomena ini dipanggil “brain rot behaviour”.

Ramai tak sedar yang otak mereka sebenarnya terlalu penat kejar rangsangan laju.

Harian anak penuh dengan rangsangan laju:
👉🏻 Kartun fast-paced macam Cocomelon
👉🏻 Video muzik cepat, visual bertukar setiap 1-2 saat

Semua ini buat otak mereka sentiasa berlari tanpa sempat brek.😵‍💫

📋Menurut kajian, 9 minit menonton kartun fast-paced dah boleh beri kesan negatif serta-merta pada fungsi eksekutif kanak-kanak 4 tahun yang menentukan kemampuan mereka untuk fokus, ikut arahan dan kawal diri.

💢Itu belum campur makanan ultra-proses & tinggi gula: coklat warna-warni, air manis dalam kotak, cereal yang ada gula tersembunyi.

❗️Dan satu perkara yang selalu dilupakan. Anak perlukan interaksi nyata seperti bercerita, bermain sama-sama, pelukan.

✅Semua itu nutrisi emosi yang bantu otak mereka berkembang dengan stabil.

Berita baiknya? Keadaan ni boleh diperbaiki.😆

✅Perlahankan dunia mereka. Bagi peluang buat sensory play seperti pasir, air, tanah, blok, puzzle. Aktiviti perlahan macam ni bantu otak fokus dan kembali tenang.

Luangkan masa berkualiti. Tak lama pun tak apa… yang penting hadir, respon, dengar, peluk. Ini semua turunkan hormon stres dan buat otak mereka rasa selamat.🥰

💡Dan jangan lupa sokongan dari dalam. Nutrisi yang betul bantu fokus, mood, dan pembelajaran.

✅Brainy Berries mengandungi Phosphatidylserine (Sharp-PS®️), nutrien penting yang menyokong fungsi sel otak, memori kerja dan daya fokus.

Anak tak perlukan dunia yang cepat. Mereka cuma perlukan sokongan yang betul dari persekitaran, interaksi dan nutrisi.💪🏻

Pernah tak waktu malam kita baring, lampu masih buka… tiba-tiba terfikir:“Kenapa orang selalu pesan tidur gelap? Apa seb...
12/12/2025

Pernah tak waktu malam kita baring, lampu masih buka… tiba-tiba terfikir:

“Kenapa orang selalu pesan tidur gelap? Apa sebabnya sebenarnya?”

Sebenarnya, ini bukan sekadar “ikut sunnah”. Ada hikmah besar di sebaliknya.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

“Jangan biarkan api menyala ketika kalian tidur.” (HR. Bukhari & Muslim)

Zaman dulu api. Zaman kita lampu. Tapi prinsip dia sama. Malam sepatutnya gelap.

Bila kita tengok kajian sains hari ini, memang banyak benda mula masuk akal.

Tidur dengan cahaya boleh ganggu fungsi badan yang sepatutnya aktif waktu gelap, contohnya:
• metabolisme
• gula darah
• tekanan sel
• dan keseimbangan hormon

Semua ni berkait dengan satu hormon penting: melatonin. Dalam gelap, melatonin dihasilkan secara optimum.

Hormon ni:
• melindungi sel
• menenangkan saraf
• dan bantu turunkan berat badan

Apa kaitan pulak dengan berat badan? Kajian dari Sepanyol & US dapati, hormon melatonin bantu rangsang pengeluaran "lemak beige" iaitu lemak baik yang bakar kalori (bukan simpan).

Tak hairanlah tidur yang terganggu boleh buat berat susah turun.

Tapi tak semua orang boleh tidur dalam gelap. Ada yang trauma, tak selesa, anxiety… atau memang terbiasa dari kecil.

Dan itu normal. Islam tak membebankan.

Kalau gelap bukan pilihan, kita masih boleh bantu tubuh dengan cara lain.

Di sinilah Sunnah & Sains saling melengkapi.

Selain tidur ikut fitrah, badan perlukan nutrisi yang boleh lindungi sel dan kurangkan stres dalaman.

Salah satu sumber “lemak baik” + antioksidan paling tinggi ialah minyak zaitun extra virgin, terutamanya jenis yang kaya Hydroxytyrosol.

Contohnya Olivie Plus 30x:
✔ 30x lebih Hydroxytyrosol berbanding EVOO biasa
✔ menyokong jantung
✔ kurangkan keradangan
✔ terbukti secara klinikal
✔ bantu stabilkan metabolisme & berat badan

Amalkan 1 sudu besar pagi dan 1 sudu besar sebelum tidur. Perlahan-lahan. Konsisten.

Tak semua orang mampu tidur gelap. Tak semua sunnah dapat kita ikut 100% setiap masa.

Dan itu bukan kegagalan. Yang penting, kita faham hikmah, cari alternatif sihat dan seimbangkan antara Sunnah dan Sains dalam gaya hidup harian.

Kurangkan cahaya. Jaga pemakanan. Jaga kesihatan. Semua itu saling berkait.

Address

No 39, Persiaran Baru 1, Taman Tronoh Baru
Tronoh
31750

Opening Hours

Monday 10:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Friday 10:00 - 13:00
14:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 13:00
14:00 - 22:00

Telephone

+60124527976

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE Tronoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OLIVE HOUSE Tronoh:

Shortcuts

Share