23/06/2024
Sabtu, 22 JUN 2024.
Kita mendapat khabar salah seorang rakan kita, Saudara Ramlin Malijung dari Kampung Kabatasan Laut, Pitas, Sabah dimasukkan ke Hospital Pitas pada 15 Jun 2024 yang lalu kerana komplikasi darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
Unit Kebajikan PERKOP GIG telah menggerakkan kempen sumbangan untuk beliau. Sumbangan dari rakan-rakan prihatin telah diserahkan pada Saudara Ramlin pada 22 JUN 2024 di kediaman beliau di Kampung Kabatasan Laut, Pitas, Sabah.
Saudara Ramlin dan keluarga mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih pada rakan-rakan yang memberi sumbangan dan berharap agar Komuniti ini (PERKOP GIG / Codapps) terus berkembang dan memanfaat serta membantu pada anggota-anggota serta komuniti sekitar kawasan operasi.
---------------------------------
[ UPDATE ]
Mendapat makluman dari anak saudara Saudara Ramlin Malijung.
Pada jam 11 malam, 22 Jun 2024, beliau telah mengalami stroke dan telah dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu dari Hospital Pitas.
Mari sama-sama kita mendoakan kesembuhan rakan kita.