Kak Chik Nasi Berlauk Chabang4

Kak Chik Nasi Berlauk Chabang4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kak Chik Nasi Berlauk Chabang4, Food & Drink, Depan Masjid Khairiah Chabang Empat, Tumpat.

08/01/2024
Sedap wehh
08/01/2024

Sedap wehh

Alhamdullilah.. Lagu " I Love Kelate " istimewa untuk semua rakyat di n***ri Kelantan 😊 . Ayuh, bersama - sama kita mempromosikan keindahan & keunikan n***r...

08/01/2024
08/01/2024

GULAI IKAN KERING KELANTAN

Bahan-bahan:
* 3-4 ekor ikan kering (dibasuh)
* Timun (dibelah kecil)
* 5-6 biji cili hijau
* 1 -2 keping nanas (dipotong dadu)
* Santan secukupnya - ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
* Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Kisar:
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 tangkai cili kering
* 1 biji cili merah
* 2-3 biji cili padi - jika nak rasa pedas
* 2 inci kunyit segar
* Sedikit lengkuas

Cara-cara:
1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/ cili hijau dan timun.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: ZAT HERNANI

11/12/2023

Resepi Kek Coklat Lembab

Bahan-bahan:
100g Serbuk Koko*
200g Gula pasir*
1 tin Susu sejat*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Soda Bikarbonat
1st Baking Powder

Cara-cara;
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

11/12/2023

RESEPI PENCICAH THAI SEDAP!

1) Bawang putih: 7-8 ulas
2) Cili : bergantung pada kepedasan Masing2
3) Akar pakchi
4) limau nipis 6-7 biji
5) 2 sudu sos ikan

- Tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Saya guna chopper, sebab malas nak tumbuk πŸ˜…

- Kemudian letak sos ikan dan gaulkan sekali.

- Perah limau nipis , letak gula, garam sikit je dan perasa.

- Daun ketumbar potong2 dan gaulkan je. Kalau tak nak potong dan nak lagi senang korang chopper kan skali daun ketumbar tuπŸ˜…) siapppp...

Nota: kalau pencicah tu pekat sangat boleh tmbah sedikit air suam

Boleh la untuk jadikan pencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, ayam, yg telah direbus atau dibakar. Yang saya buat sotong sumbat Bakar.

Kredit : Siti Zubaidah Ibrahim

11/12/2023
11/12/2023
11/12/2023

Address

Depan Masjid Khairiah Chabang Empat
Tumpat
16200

Telephone

+601117875814

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak Chik Nasi Berlauk Chabang4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category