20/01/2024
Terdapat pelbagai cara untuk buat Samyang Vietnam spring roll. Ada yang sedikit ringkas dan juga yang memerlukan banyak bahan.
Bagi sesiapa yang baru nak cuba resepi Samyang Vietnam spring roll ini, jom lihat cara-cara yang ringkas untuk buat resepi ini!
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 paket Samyang ramen pilihan
Rice paper
Rice vermicelli
Salad, timun, carrot dan sayur pilihan yang lain
Crabstick/udang/sosej
Cara-cara:
Rebus ramen dahulu hingga lembut dan sediakan Samyang seperti biasa.
Sediakan pinggan berisi air, kemudian celupkan rice paper supaya rice paper lembut dan boleh digulung.
Letakkan Samyang tersebut di tengah-tengah rice paper dengan kemas.
Kemudian, susunkan bahan-bahan yang lain.
Gulung rice paper dengan kemas.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos Vietnam spring roll:
Sos cili Thai
4 bawang putih
6 cili api
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
Tumis bawang putih yang dipotong dadu dan cili api dipotong kecil di dalam kuali.
Masukkan sos cili Thai.
Tuangkan air mengikut sukatan sos.
Kemudian, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dan tambahkan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.
Cara yang paling mudah untuk membuat Samyang Vietnam spring roll bagi yang mahu cuba.
Qasey Honey di YouTube membuat Samyang Vietnam spring roll dengan resepi yang menarik.
Lihat di Youtube channel Qasey Honey!
Inquire more at 010-368 5510
Shoutout to : https://purpledurian.my/makan/vietnam-spring-roll-inti-samyang-ramen-resepi-baru/