Petani Baik

Petani Baik Saluran pertanian yang kongsi ilmu ladang sebenar.

Dari cabaran harian di kebun, hinggalah ke penyelesaian berdasarkan pengalaman & kaedah saintifik.
🌱 Ilmu praktikal.
🧪 Kaedah terbukti.
🎯 Untuk petani moden yang mahu berjaya.

Kelapuk Downy vs Bintik Daun Bakteria Sudut pada Timun|Cara Bezakan dengan Senang!Ramai penanam timun selalu keliru anta...
12/12/2025

Kelapuk Downy vs Bintik Daun Bakteria Sudut pada Timun|Cara Bezakan dengan Senang!

Ramai penanam timun selalu keliru antara kelapuk downy dan bintik daun bakteria sudut, sebab dua-dua pun buat daun jadi bertompok dan bentuknya hampir sama. Tapi sebenarnya satu disebabkan kulat, satu lagi disebabkan bakteria — cara rawatan pun lain sama sekali. Jadi kenal pasti dengan tepat memang sangat penting!

🔍 Kelapuk Downy (Penyakit kulat)
Kelapuk Downy biasanya ada tompok kuning yang lebih besar, saiz dalam 10–16 mm, dan bila angkat daun ke arah cahaya, tompok itu tak nampak tembus cahaya.
Kalau tengok di bahagian bawah daun, akan nampak kelapuk warna kelabu-hitam — ini tanda paling jelas.
Dalam keadaan lembap, kelapuk ini akan jadi lebih tebal.
Penyakit ini terutamanya menyerang daun sahaja, tidak serang buah timun.

🔍 Bintik Daun Bakteria Sudut (Penyakit bakteria)
Bintik bakteria biasanya lebih kecil, warna kelabu keputihan, saiz sekitar 4–8 mm, dan bila lihat di bawah cahaya, ia jelas nampak tembus cahaya.
Lepas itu, bintik ini mudah jadi berlubang.
Bahagian bawah daun p**a akan keluar cecair putih seperti susu bila keadaan lembap; bila kering akan tinggalkan kesan putih — ini tanda penyakit bakteria.
Penyakit ini bukan saja serang daun, tapi juga boleh menyerang tangkai, batang dan buah timun, menyebabkan buah jadi bertompok macam terkena air dan akhirnya boleh busuk.

🌱 Cara paling senang nak beza
Bawah daun ada kelapuk kelabu → Downy mildew
Bawah daun ada lendir putih bakteria → Bintik daun bakteria sudut
Tompok besar, kuning, tak tembus cahaya → Downy mildew
Tompok kecil, kelabu putih, tembus cahaya, mudah berlubang → Bintik bakteria

⏱️ Cara pantas untuk diagnose (petani boleh buat sendiri)
Ambil daun berpenyakit, masukkan dalam plastik yang sedikit lembap, ikat dan biar 24 jam:
Kalau keluar kelapuk → Downy mildew
Kalau keluar lendir putih → Bintik daun bakteria sudut
Senang, cepat, dan sangat berguna di kebun!

10/12/2025

Tips Tani : Pengyakit Timun #2 Cara Mengenalpasti Penyakit Pokok Timun dan SOLUSI-nya!

Episod lepas kita dah sembang pasal pentingnya elak penyakit sebelum berlaku.
Kali ni kita cerita pasal dua penyakit timun yang ramai orang salah anggap sebagai “daun kuning”:

👉 Kelapuk Downy Timun/Downy mildew
👉 Antraknos Timun/Anthracnose

Sebenarnya dua-dua ni lain!
Downy mildew: petak-petak kuning coklat, bawah daun tak lut cahaya, kadang ada kulat kelabu.
Anthracnose: tompok bujur warna coklat muda + ada titik lendir oren masa awal.
Di kawasan panas & lembap (lowland) memang selalu jadi.
Downy → keluarga Oomycetes
Anthracnose → Ascomycetes

❗ Sebab tu tak boleh “sapu sama racun”!
Kalau tanya, ada tak racun yang boleh cover dua-dua?

Ada! Paling famous — Amistartop (Azoxystrobin + Difenoconazole)
✔ Dua bahan aktif
✔ Cegah Oomycetes + Ascomycetes
✔ Memang saya wajib simpan di kebun sendiri
Nak lebih jimat? Boleh cuba Kulatox (versi generic Farmcochem).
Link saya letak di bawah, boleh banding sendiri.
Episod seterusnya saya akan kongsi:
🔍 Macam mana racun ni berfungsi?
🌱 Kenapa dia tahan & stabil?
🆕 Dan satu lagi racun baru yang lebih lembut tapi power!
Jangan lupa Like, Share & Follow! Jumpa lagi di next episod!

09/12/2025

Jumpa Esok!

Tips Tani: Penyakit Timun #2 Produk Terbaik untuk Pengawalan Penyakit Timun!
Esok, saya akan bongkarkan 1 produk racun kulat berkesan untuk mengawal penyakit pokok timun:
1. Antraknos
2. Kelapuk Downy/Downy Mildew

Nak tahu produk apa? Stay Tune! Esok kita tonton bersama-sama!

Ini saya dah ringkaskan untuk semua — 5 langkah penting untuk elak penyakit timun lebih awal! 🌱💪Episod seterusnya, kita ...
07/12/2025

Ini saya dah ringkaskan untuk semua — 5 langkah penting untuk elak penyakit timun lebih awal! 🌱💪
Episod seterusnya, kita sambung lagi cerita pasal cara beza penyakit Kelapuk Downy dan Antraknos pada timun.
Semoga semua dapat hasil banyak-banyak!
Jangan lupa simpan & kongsikan ya!



06/12/2025

Tips Tani: Episod 1: 5 Langkah Penting Pencegahan Penyakit Timun!

Daun itu ibarat kilang.
Kalau kilang rosak, macam mana mahu dapat hasil?
Tanam tanaman jangka pendek ni, paling takut apa?
Bukan serangga, bukan baja… tapi penyakit datang meletup secara tiba-tiba. Lagi sakit hati bila belum sempat petik buah,penyakit sudah datang dulu.

Tanam jangka pendek memang macam berlumba dengan masa,
harga sayur p**a macam roller coaster—naik turun tak tentu.
Sekarang kos semua makin tinggi, salah sekali pun sudah rugi besar, mana mampu ulang banyak kali?

Sebab itu kerja pencegahan penyakit wajib buat dalam kebun.
Untuk tanaman jenis menjalar macam timun,
musim hujan, panas terik, dan kelembapan tinggi
paling senang kena dua penyakit besar ini:
✔ Kelapuk Downy (Downy Mildew)
✔ Antraknos (Anthracnose)
Macam mana kurangkan risiko?
1️⃣ Pilih varieti yang tahan penyakit
2️⃣ Kawal rumpai — itu semua tempat kulat “bersembunyi”
3️⃣ Pastikan sistem saliran lancar
4️⃣ Lepas cantas dahan, terus buat semburan kawalan kulat
5️⃣ Pengurusan baja kena tepat, jangan main tambahkan sesuka hati

Bila pokok sihat, dia sendiri boleh tahan tekanan penyakit.
Episod seterusnya saya akan kongsi:
Macam mana beza Downy Mildew dengan Anthracnose?
Dan racun kulat apa yang sesuai digunakan?

Jangan lupa Like, Follow & Share ya!

05/12/2025

Kalau “kilang” daun kita mula ada masalah,
bukan saja salah pengurusan baja,
kulat yang meletup pun boleh buat kilang tu “tutup terus”
dan akhirnya hasil pun jatuh teruk.
Dalam tanaman timun, ada dua jenis kulat yang paling bahaya:
1️⃣ Kelapuk Downy (Downy Mildew)
2️⃣ Antraknos
Dalam episod esok, saya akan cerita lebih jelas
apa beza dua penyakit ini,
dan selain sembur racun kulat,
apa lagi persediaan yang kita petani wajib buat?
Jumpa esok ya!


04/12/2025

Pusingan timun sebelum ni dah habis, sekarang kacang panjang p**a mula keluar hasil. Jalan-jalan di kebun semalam, terkejut tengok satu bunga boleh keluar tiga biji kacang sekali gus. Rezeki lah tu! 😁😁😁

Cuma sejak 2-3 minggu ni hujan turun banyak. Bila musim hujan, hasil kacang panjang memang senang terjejas, terutama baja nitrogen dalam tanah cepat hilang. Air hujan tu memang ada sikit nitrogen, tapi sikit sangat… tak cukup langsung untuk pokok. Tambah p**a, pokok kacang ni jenis yang kuat makan nitrogen.

Jadi masa musim hujan ni, ada benda penting kita kena jaga:

1️⃣ Cegah penyakit awal-awal (macam karat daun)

Cuaca lembap memang penyakit senang naik. Kalau cegah awal, nanti tak susah nak kawal.

2️⃣ Jaga cara baja, terutamanya baja nitrogen

Musim hujan ni nitrogen cepat hanyut. Jadi baja jangan sekali gus banyak—bagi sikit-sikit tapi konsisten.

3️⃣ Pastikan air mengalir elok

Jangan bagi air bertakung kat akar. Akar rosak, pokok terus merajuk.

4️⃣ Ikat pokok bagi kemas, biar angin boleh masuk

Kebun bila berangin, daun cepat kering, penyakit pun kurang naik.

Musim hujan memang mencabar, tapi kalau jaga elok-elok, hasil boleh tahan juga.
Sekarang harga sayur pun macam dah naik balik kan?
Tanaman rakan-rakan macam mana sekarang? Kongsi sikit!

02/12/2025

“Baik geng petani jagung! 🌽
Hari ni saya tunjuk cara senang & tepat nak guna CLIO untuk hapus rumput tanpa kacau pokok jagung.
👉 Bancuhan cadangan per 20 liter air:
• CLIO – 4ml
• Atrazine – 150ml
• MSO Surfactant – 20ml
👉 Waktu paling POWER:
10–15 hari lepas pindah anak benih.
Waktu ni rumput tengah ‘naik’, tapi jagung masih selamat daripada kecederaan.
CLIO ni herbisid terpilih – rumput mati, jagung steady 💪🌽
Dalam video ni saya bawa jalan ke ladang yang memang guna CLIO. Rumput sambau semua hilang… jagung naik elok!
Kalau nak cuba dekat ladang sendiri, boleh tekan link di bawah.
Jom kita sama-sama dapatkan ladang jagung yang bersih tanpa rumput! 🙌

01/12/2025

【Siapa p**a yang akan kena denda lepas ini?】
Jom kita faham betul-betul apa itu PHI!

Semalam saya terbaca satu berita:
Terung dikesan ada sisa racun berlebihan → supermarket didenda RM15,000.
Masa baca tu… terus rasa “tersekat” dalam hati.
Isu racun berlebihan bukan sekadar tentang kena denda.

Ia melibatkan—
keselamatan pengguna, reputasi industri, dan masa depan petani sendiri.
Dan berita ini juga mengingatkan saya:
Setiap kali kita kongsi solusi racun perosak, PHI pun wajib disampaikan.
Sekarang saya sendiri pun sudah turun ke ladang.
Barulah faham peritnya jadi pengeluar makanan.
Kadang-kadang tekanan memang besar…
tapi isu PHI ini kita memang tak boleh lari lagi.
Ia semakin penting dan semakin serius.

Kita mula dari yang paling asas:
👉 Faham PHI – berapa hari lepas sembur barulah boleh tuai.
Bila kita mula faham, barulah kita boleh perlahan-lahan perbaiki cara kita urus racun.
Kita jaga hasil,
kita jaga pengguna,
dan yang paling penting—
kita jaga masa depan petani sendiri.

30/11/2025

“Rakan-rakan… pernah tak terfikir kenapa rumput sambau ni tahan panas terik macam tak rasa apa-apa? 🌞
Sebab depa pandai buat ‘pelindung matahari’ sendiri — carotenoid! Macam kita sapu sunscreen la, rumput pun ada perlindungan sendiri.

Tapi bila gunakan CLIO Tropamezone (BASF), ia kacau proses rumput hasilkan carotenoid.
Bila tak ada perlindungan… matahari sendiri akan buat rumput sambau ‘sunburn’ 🔥🌱
Inilah teknologi CLIO!

Senang faham, kuat berkesan.
Esok saya tunjuk p**a macam mana cara pakai CLIO yang betul dekat ladang jagung. Jangan terlepas! 👇

29/11/2025

“Rakan-rakan, esok dalam Tips Tani, saya nak bongkar satu benda yang ramai tak perasan pasal rumput sambau jagung.

Depa ni bukan biasa-biasa… siap ada ‘sunscreen’ sendiri macam manusia! 🌞🌱

Tapi… kalau perlindungan tu hilang?
Kalau rumput sambau kena sunburn sendiri? 🤔🔥

Esok saya tunjuk rahsia di sebalik teknologi CLIO dari BASF,
yang buat ramai petani baru sedar kenapa ia kuat sangat lawan rumput degil.

Jadi, jangan pi mana-mana… tunggu esok!
Video ni memang buat ramai kata, “Ooo macam tu rupanya…” 😄👇”


27/11/2025

Melakukan sesuatu dengan cara yang selaras dengan alam, barulah segala usaha menjadi lebih mudah dan berkesan.

Dalam pekebun sayur tidak melakukan perkara yang tidak perlu:

• Pilih varieti yang sesuai supaya tanaman membesar mengikut musim dan keadaan alam.
• Jangan terlebih guna baja (meningkatkan kos, membazir, dan merosakkan tanah), dan jangan terlebih guna racun (kulat dan serangga boleh menjadi kebal). Hanya campur tangan apabila benar-benar perlu.
• Rancang mengikut keadaan tanah, mikroiklim, dan sumber air di kebun sendiri, bukan sekadar meniru cara orang lain.

Apabila kita selaras dengan musim dan alam,
kebun kita akan membesar dengan sihat secara semula jadi.

Address

No. 17, Jalan Sasa 4, Taman Gaya
Ulu Tiram
81800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petani Baik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Petani Baik:

Share

Category