Nasi Lemak Cik Ani

Nasi Lemak Cik Ani Nasi Lemak Cik Ani mula dikenali sejak tahun 2000 dan pada tahun 2017, ia mula diperluaskan lagi di sekitar bandar klang khususnya seluruh negeri Selangor

“Hari ni orang cuti..tapi aku tetap buka.”1 Mei.Ramai orang ambil peluang rehat.Ada yang jalan-jalan, ada yang tidur sam...
01/05/2026

“Hari ni orang cuti..tapi aku tetap buka.”

1 Mei.
Ramai orang ambil peluang rehat.
Ada yang jalan-jalan, ada yang tidur sampai tengahari 😆

Aku?
Petang nanti macam biasa..
pukul 5pm aku buka gerai.

Bukan sebab tak nak cuti.

Tapi sebab aku tahu..
ramai lagi ‘pekerja’ yang tetap kena kerja hari ni.
• Staff retail
• Security
• Rider
• Pekerja kilang
• Dan ramai lagi

Kadang-kadang dorang ni lah yang paling penat.

Dah kerja seharian..
balik nak cari makan sedap, panas-panas.

So aku fikir simple je:
“Kalau aku boleh bagi sikit rasa puas lepas diorang penat kerja..jadi lah.”

Hari Pekerja ni bukan sekadar cuti.

Tapi hari untuk kita hargai semua usaha, tak kira kerja besar ke kecil.

Jadi petang ni, kalau kau lepas kerja..
atau tengah cari makan..

Nasi Lemak Cik Ani tetap buka macam biasa.

🕔 5PM – Habis
📍 Restoran Sate Famili

Datang singgah…

kita makan sama-sama, celebrate cara kita 😏

“Order ni sebenarnya aku salah faham..tapi last-last jadi 500 pax 😅”Mula dia WhatsApp tanya:“Bang, nasi lemak biasa 200 ...
30/04/2026

“Order ni sebenarnya aku salah faham..tapi last-last jadi 500 pax 😅”

Mula dia WhatsApp tanya:
“Bang, nasi lemak biasa 200 bungkus, harga berapa?”
Aku reply macam biasa..bagi harga, bagi option.

Lepas tu dia cakap:
“Akan menghargai kalau dapat harga murah”
Aku dalam kepala terus:
“Okay..ni mesti nak nego lagi ni..”

Dia push lagi:
“Kalau 250 bungkus..boleh RM3.20?”
Aku kira cepat-cepat.
“Okay lah, on.”

Then dia tanya beza nasi lemak biasa & klasik.
Aku explain simple:
“Sambal sama..cuma portion nasi je beza.”

Lepas tu dia hantar message:
“Ok, nasi lemak klasik 500 pack, RM1.50”
Tapi masa tu aku tengah sibuk masak..
baca pun sekali imbas je.
Dalam kepala aku:
“Ha..ni confirm nak minta kurang lagi ni..”

So aku terus reply panjang lebar:
“RM1.50 ni memang dah bawah kos..
kat petrol station pun saya supply RM2”

Lepas hantar tu..aku baca balik message dia.
Terus aku gelak sorang-sorang.

“Eh..dia bukan mintak kurang..dia nak lock 500 pax rupanya!” 😂

Dia pun follow up:
“Order 500, dapat RM1.50 (kekal) per pack, ok?”
Kali ni aku baca betul-betul.
Aku terus jawab:
“Boleh.”

Dan macam tu je..
Dari plan asal 200 pack,
terus jadi 500 pack untuk 16 May 2026.

Moral dia simple je:
Kadang kita ingat customer nak tekan harga..
rupanya dia nak bagi order besar.
Yang penting..jangan panic, jawab elok-elok.

📲 Nak order / quotation:
WhatsApp 👉 +60 12-694 1446

“4 bulan tak jual… bukan sebab aku tak nak jual.”Ramai ingat aku stop menu ni sebab saja-saja.Padahal setiap kali custom...
28/04/2026

“4 bulan tak jual… bukan sebab aku tak nak jual.”

Ramai ingat aku stop menu ni sebab saja-saja.
Padahal setiap kali customer tanya, jawapan aku sama je:

“Stok sotong kering takde…”

Masalah dia bukan sikit-sikit.
Tempat aku biasa ambil, memang langsung tak masuk stok.

Yang lagi sakit…
Harga lama sekitar RM28.90/kg,
tiba-tiba naik jadi RM45/kg.

Aku pun geleng kepala.
“Kalau harga macam ni… macam mana nak jual balik ni…”

Tapi minggu lepas lain macam sikit.
Ramai sangat tanya:

“Bang, sambal sotong bila nak buat balik?”
“Lama dah tak makan ni…”
“Rindu weh sambal sotong abang…”

Dalam hati aku dah macam…
“Eh… demand ni bukan biasa-biasa ni…”

So aku buat satu keputusan.
Aku cari luar kawasan.
Pusing sana sini… tanya supplier lain…
akhirnya jumpa. Tapi bila dengar harga…
RM50/kg.

Aku diam kejap.
“Ini bukan naik sikit… ni naik hentam terus…”

Untuk context -
aku jual sambal sotong siap masak pun RM30/kg.
Memang tak masuk akal langsung 😂

Tapi last-last aku fikir satu je:
“Customer dah lama tunggu…”
So aku beli juga.

Dan hari ni…

Nasi Lemak Sambal Sotong — KINI KEMBALI 🔥

Walaupun kos dah naik,
aku masih kekalkan harga RM6.
(untuk sekarang je…)

Lepas Raya Haji, aku kena duduk balik buat kira-kira. Kalau tak… memang makan diri.

Kalau kau jenis yang:
• Dah lama rindu sambal sotong
• Pernah repeat order dulu
• Atau nak try first time

Ini masa dia.
Sebab aku sendiri tak pasti harga ni boleh tahan lama mana.

📲 Nak grab:
WhatsApp 👉 +60 12-694 1446
Jangan tunggu… nanti jadi macam sebelum ni. Nak makan, tapi stok pulak takde 😏

“Order ni datang masa aku tengah nak rehat sebenarnya…”Malam tu, lebih kurang pukul 9.30pm.Aku baru balik dari gerai kat...
26/04/2026

“Order ni datang masa aku tengah nak rehat sebenarnya…”

Malam tu, lebih kurang pukul 9.30pm.
Aku baru balik dari gerai kat Restoran Sate Famili.

Badan dah penat, kepala dah fikir nak mandi, makan sikit, lepas tu rehat.

Tiba-tiba ayah aku panggil.

Ayah: “Wan, kawan ayah… Haji Rahman tu… dia tanya kau ambil tak order nasi lemak.”
Aku: “Order bila?”
Ayah: “Ahad ni. Dia nak 50 pax. Anak dia nak jemput kawan-kawan datang rumah.”

Aku diam kejap… kira dalam kepala.

Pagi Ahad tu kebetulan aku free.

Aku: “Okay lah ayah, ambil je. On.”

Hari ni pun sampai.

Pukul 8 pagi dah start masak.
Nasi tengah naik wap, sambal dah siap, dapur memang on.

Masuk 9 lebih, terus bungkus satu-satu.
50 pax siap.

Plan asal, pukul 10 nak hantar ke rumah mak ayah aku.
Sebab dia nak collect kat sana.

Tapi masa aku elok je nak keluar rumah… phone berbunyi.

Ayah call.

Ayah: “Wan, tak payah hantar rumah ayah. Terus pergi rumah Haji Rahman je.”
Aku: “Eh, kenapa pulak?”
Ayah: “Rumah dia 1 jalan je dengan rumah kita. Lagi senang dia ambil terus sana.”

Aku: “Okay lah, lagi jimat masa."

Terus tukar route… hantar direct ke rumah Haji Rahman.

Settle.

Kadang benda macam ni lah…
rezeki datang dari sembang-sembang je.

Ayah borak dengan kawan, last-last jadi 50 pax order.

Kalau kau ada plan:

• Jemput kawan datang rumah
• Small gathering
• Breakfast / brunch

Just plan awal.

Aku boleh bantu siapkan, asalkan bukan last minute 😅

📲 Nak book:
WhatsApp 👉 +60 12-694 1446

“Pagi ni agak busy sikit…”Bangun awal macam biasa, tapi hari ni lain sikit.Dapur terus full swing sebab ada tempahan pag...
25/04/2026

“Pagi ni agak busy sikit…”

Bangun awal macam biasa, tapi hari ni lain sikit.
Dapur terus full swing sebab ada tempahan pagi 50 pax.

Nasi tengah masak, sambal dah naik bau… dalam kepala aku terfikir:

“Eh… ramai lagi tak tahu aku dah start balik ambil tempahan pagi…”

So ya, just nak bagitahu —
tahun ni aku dah buka semula tempahan pagi.

Btw, bukan pagi je…

Tengahari ni pun ada lagi 50 pax order.
Memang hari ni boleh kata non-stop dekat dapur 😅

Aku buat tempahan pagi ni simple je setup dia:

✔ Order at least 2 hari awal
✔ Self collect dekat rumah aku
✔ Kalau nak delivery — boleh arrange Lalamove

Bukan apa, aku nak jaga flow kerja je.
Kalau semua last minute, nanti kualiti lari… itu yang aku tak nak.

Aku buat slow-slow, tapi bagi jadi.

So kalau kau ada plan macam:

• Breakfast meeting
• Hantar makan kat sekolah
• Office nak makan pagi
• Small event

Just lock awal.

Sebab aku memang limitkan tempahan — tak ambil banyak sangat dalam satu hari.

📲 Nak book slot:
WhatsApp 👉 +60 12-694 1446

Kalau tanya last minute… aku tak janji ada slot 😅

17/04/2026

Selesai tempahan untuk 3 tempat ari nie.

- Pusat Transit Az-Zahrawi Setia Alam
- Pusat Transit Az-Zahrawi Puncak Alam
- Pusat Transit Az-Zahrawi Hillpark

NAK MURAH… SEKALI KENA BALIK 🤭 Tahun lepas, ada customer call ayah aku. Dia nak buat majlis aqiqah.Anggaran dalam 300 or...
14/04/2026

NAK MURAH… SEKALI KENA BALIK 🤭

Tahun lepas, ada customer call ayah aku.

Dia nak buat majlis aqiqah.
Anggaran dalam 300 orang.

Ayah aku tak banyak cakap,

“Bab masak, terus deal dengan anak aku.”

Terus dia bagi nombor aku:
📞 +60 12-694 1446

Tak lama lepas tu, dia WhatsApp aku.

“Bang, saya nak tempah masakan untuk 300 orang.”

Aku pun bagi 2 pilihan:

Set 1 — RM12/pax
Nasi minyak (Basmathi 1121) + ayam masak merah + dalca

Set 2 — RM10/pax
Nasi putih + ayam masak merah + sayur campur

Aku siap bagitahu awal,

“Kalau nak bungkus ikut pax, ada caj tambahan ya.”

Esoknya dia tanya soalan paling famous…

“Bang, boleh kurang lagi tak harga?”

Aku jawab terus terang,

“Diskaun memang tak boleh.”

Tapi aku bagi satu idea untuk jimat:

👉 Dia beli semua bahan mentah sendiri
👉 Aku ambil upah masak sahaja

Dia setuju. Nampak macam boleh jimat banyak.

2 minggu sebelum majlis, dia datang hantar bahan.

Masa tu dah mula merungut:

“Bang… bahan ni susah cari… kedai sana takde… sini mahal…”

Aku?
Senyum je 😊

2 hari sebelum majlis, dia datang lagi.

Kali ni siap tepuk dahi.

“Dulu saya survey ayam RM7.50/kg… sekarang dah RM9.80/kg 😅”

Aku?
Masih senyum 😊

Hari majlis.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Makanan sedap.
Tetamu ramai tambah.
Tuan rumah pun puas hati.

Esoknya dia datang bayar baki.

Lepas settle, dia cakap:

“Bang… kalau saya tahu macam ni…
baik saya ambil pakej abang je…”

🤭

Belum habis.

Dia sambung lagi:

“Semalam ramai tetamu minta nombor abang… saya dah bagi.”

📞 +60 12-694 1446

Rezeki kadang datang cara tak dijangka.

Moral cerita:

Kadang kita nampak harga je.

Tapi tak nampak:
👉 Penat cari bahan
👉 Harga turun naik
👉 Masa & tenaga urus semua

Akhirnya…

Yang nampak murah…
jadi paling mahal.

Kalau nak buat majlis:
Nak jimat boleh…

Tapi pastikan bukan jimat yang buat kau pening sendiri.

Kalau nak senang urus & tenang kepala, terus je tanya:

📞 +60 12-694 1446

🔥 Cerita ni bukan nak jual… tapi kalau membantu, ambil manfaat.

05/04/2026

📢 UPDATE TEMPAHAN MINI OPEN HOUSE RAYA

Sekarang memang tengah peak open house
Ramai dah mula lock tarikh masing-masing 👀

📅 UPDATE SLOT TERKINI

⚠️ 10 April — Tinggal 1 Slot Terakhir
⚠️ 11 April — Tinggal 1 Slot Terakhir
❌ 18 April — Tutup

🎉 PAKEJ MINI OPEN HOUSE RAYA

🍽️ 30 pax — RM460
🍽️ 50 pax — RM720

✔️ Nasi Basmathi
✔️ Lauk Ayam pilihan
✔️ Rojak Pencur (Jelatah) + Papadom
✔️ Buffet disposable tray (terus hidang)

🚚 Free delivery:
Meru • Kapar • Setia Alam • Puncak Alam • Shah Alam

Kalau target tarikh tu…
better lock cepat sebelum orang lain ambil ⚠️

📲 Tempahan:
Klik link Google Form
https://bit.ly/KateringRayaCikAni

ATAU WhatsApp:
📞 +60 12-694 1446

First come, first serve

26/03/2026

📢 UPDATE TEMPAHAN MINI OPEN HOUSE RAYA

Sekarang semua orang tengah bercakap pasal benda sama..⛽ Harga petrol & diesel naik

Bila kos naik..
biasanya harga makanan pun ikut naik

🎉 TAPI UNTUK RAYA KALI NI..

Kami kekalkan harga pakej 👇

🍽️ 30 pax — RM460
🍽️ 50 pax — RM720

✔️ Nasi Basmathi
✔️ Lauk Ayam pilihan
✔️ Rojak Pencur (Jelatah) + Papadom
✔️ Buffet disposable tray (terus hidang)

🚚 Free delivery area terpilih

📅 UPDATE SLOT
❌ 28 March — tutup
❌ 29 March — tutup
❌ 30 March — tutup

Slot lain masih ada

Kalau dah ada plan nak buat open house..
better lock awal sebelum penuh ⚠️

📲 Tempahan:
Klik link Google Form
(First come, first serve)

https://bit.ly/KateringRayaCikAni

Atau WhatsApp +60 12-694 1446

Guys, siapa yang guna apps Misi lama tu, sekarang dah tak boleh pakai dah ya. Diorang dah upgrade ke apps baru.👉 Kena do...
26/03/2026

Guys, siapa yang guna apps Misi lama tu, sekarang dah tak boleh pakai dah ya. Diorang dah upgrade ke apps baru.

👉 Kena download apps baru & register semula
Jangan risau — baki wallet & data lama masih boleh kekalkan 👍

Yang penting masa daftar tu…

🔥 WAJIB guna referral code: ncla 🔥
(jangan tersilap ya, guna code ni baru dapat benefit)

Kalau guna code tu:
✔️ Korang dapat reward
✔️ Aku pun dapat sikit (win-win 😄)

Download sini:
📱 Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.misirakyat.delivery

🍎 iOS: https://apps.apple.com/my/app/misi/id6759879941

Jom pakat guna balik, kumpul income sikit-sikit lama-lama jadi bukit 💪

Di kesempatan ini, kami dari Nasi Lemak Cik Aniingin mengucapkan✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨Maaf Zahir & BatinTerima...
21/03/2026

Di kesempatan ini, kami dari Nasi Lemak Cik Ani
ingin mengucapkan

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨
Maaf Zahir & Batin

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kenangan terindah bersama insan tersayang 🌙

Address

Jalan Meranti Putih 1/ku10
Kapar
41050

Opening Hours

Monday 17:00 - 21:30
Tuesday 17:00 - 21:30
Wednesday 17:00 - 21:30
Thursday 17:00 - 21:30
Friday 17:00 - 21:30
Saturday 17:00 - 21:30

Telephone

+60126941446

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasi Lemak Cik Ani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share