Bysyamei

Bysyamei Bekerja sendiri. nak tolong promote boleh. nak lori sewa tolong pindah boleh messenger ya. motor rosak kereta rosak pun boleh bikin visit ig saya

12/05/2026

Ada ibu ayah yang simpan kad G6PD anak dalam dompet bertahun-tahun, tapi masih tak pasti apa sebenarnya yang perlu dielakkan.

Ada yang ingat kekurangan enzim G6PD ini alahan biasa.

Padahal bukan.

G6PD deficiency ialah keadaan apabila badan kekurangan enzim G6PD yang berfungsi melindungi sel darah merah. Bila seseorang yang ada G6PD terdedah kepada pencetus tertentu, sel darah merah boleh menjadi rapuh dan pecah lebih cepat. Keadaan ini dipanggil hemolisis.

Bila sel darah merah pecah, badan boleh mula menunjukkan tanda-tanda seperti pucat, kuning pada mata atau kulit, cepat letih, sesak nafas, jantung berdebar, dan air kencing menjadi gelap seperti teh pekat.

Sebab itu orang yang ada G6PD tidak boleh ambil mudah dengan makanan, ubat atau bahan tertentu.

Antara 7 perkara yang perlu dielakkan atau dibincang dahulu dengan doktor ialah:

1. Kacang parang atau fava beans

Ini antara pencetus paling terkenal untuk pesakit G6PD. Dalam sesetengah individu, kacang parang boleh mencetuskan hemolisis yang serius. Jangan anggap semua kacang sama, tetapi kacang parang memang perlu dielakkan.

2. Ubat sulfa tertentu

Sesetengah antibiotik dalam kumpulan sulfa boleh menjadi pencetus kepada sel darah merah pecah. Contohnya co-trimoxazole. Jangan ambil antibiotik lama yang ada di rumah tanpa nasihat doktor.

3. Ubat malaria tertentu

Ada ubat malaria seperti primaquine yang boleh menyebabkan masalah kepada individu G6PD. Sebab itu status G6PD penting dimaklumkan sebelum rawatan tertentu diberikan.

4. Dapsone

Ubat ini boleh digunakan untuk beberapa keadaan kulit atau jangkitan tertentu. Namun bagi pesakit G6PD, ia boleh menjadi berisiko dan perlu dielakkan kecuali atas arahan serta pemantauan doktor.

5. Nitrofurantoin

Ini antara ubat yang kadang-kadang digunakan untuk jangkitan saluran kencing. Bagi individu G6PD, penggunaannya perlu dinilai oleh doktor kerana ada risiko hemolisis.

6. Ubat gegat atau mothballs

Ramai tak sangka benda kecil dalam almari pun boleh jadi bahaya. Ubat gegat yang mengandungi naftalena boleh mencetuskan hemolisis, terutama kepada bayi dan kanak-kanak kecil yang ada G6PD.

7. Methylene blue

Bahan ini boleh digunakan dalam keadaan rawatan tertentu, tetapi boleh menjadi berbahaya kepada pesakit G6PD. Sebab itu maklumat G6PD perlu diberitahu kepada anggota kesihatan sebelum apa-apa rawatan diberikan.

Yang penting, G6PD bukan bermaksud anak tidak boleh hidup normal.

Mereka boleh membesar, makan dengan baik, bermain dan menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma mereka perlukan perlindungan daripada pencetus tertentu.

Ibu ayah jangan panik, tetapi jangan juga terlalu sambil lewa.

Simpan maklumat G6PD anak. Maklumkan kepada doktor, jururawat, ahli farmasi, pengasuh, guru taska dan ahli keluarga yang menjaga anak.

Jika selepas makan sesuatu, mengambil ubat, atau terdedah kepada bahan tertentu anak kelihatan pucat, kuning, sangat lemah, sesak nafas, atau air kencing menjadi gelap, jangan tunggu lama.

Bawa segera untuk pemeriksaan.

Kadang-kadang perlindungan paling besar untuk anak bermula daripada satu perkara kecil.

Iaitu ibu ayah tahu apa yang perlu dielakkan.




Baru tahu kenapa bayi baru lahir perlu disuntik vitamin k
09/05/2026

Baru tahu kenapa bayi baru lahir perlu disuntik vitamin k

Semalam tular kisah bayi baru lahir yang meninggal dunia akibat pendarahan otak secara tiba-tiba.

Sebahagian orang baca dengan rasa sedih. Sebahagian lagi tetap masuk komen dengan yakin, seolah-olah suntikan Vitamin K itu benda baru, benda eksperimen, atau “cuma vitamin biasa”.

Hakikatnya, suntikan Vitamin K bukan amalan baru.

Di peringkat antarabangsa, ia telah disyorkan sejak 1961. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan suntikan Vitamin K kepada semua bayi baru lahir sejak 1990.

Lebih 30 tahun amalan ini melindungi bayi kita daripada pendarahan yang boleh berlaku

Bayi baru lahir memang mempunyai simpanan Vitamin K yang sangat rendah. Tidak seperti orang dewasa yang boleh mendapat Vitamin K daripada makanan bayi masih belum ada “stok” yang cukup untuk bantu darah membeku dengan baik.

Bila Vitamin K terlalu rendah, pendarahan boleh berlaku. Bukan sekadar darah di pusat. Bukan sekadar lebam kecil.

Yang paling ditakuti ialah pendarahan dalam otak.

Tanpa pencegahan Vitamin K, kajian menunjukkan pendarahan bayi akibat kekurangan Vitamin K boleh berlaku pada kadar yang jauh lebih tinggi.

Berdasarkan jumlah kelahiran Malaysia, risiko ini boleh bersamaan ribuan kes pendarahan bayi yang berpotensi dicegah melalui amalan rutin ini.

Untuk pendarahan lewat yang lebih jarang tetapi sangat berbahaya, bayi yang tidak menerima suntikan Vitamin K dilaporkan 81 kali lebih berisiko. Banyak kes melibatkan pendarahan otak, dan sebahagiannya boleh berakhir dengan sawan, kecacatan kekal atau kematian.

Suntikan Vitamin K selepas lahir bukan vaksin. Ia bukan eksperimen. Ia bukan trend baru.

Ia satu ikhtiar kecil yang telah lama digunakan untuk mencegah tragedi besar.

Ya, ajal itu di tangan Allah. Tetapi ikhtiar juga sebahagian daripada amanah.

Jangan biarkan bayi hilang peluang untuk dilindungi hanya kerana kita lebih percaya komen orang asing berbanding nasihat anggota kesihatan yang menjaga bayi setiap hari.

Vitamin K bukan sekadar vitamin.

Untuk bayi baru lahir, ia boleh jadi beza antara selamat dan pendarahan dalam diam.

Stndby tadah air masing² mana kawasan yg terlibat tu
14/04/2026

Stndby tadah air masing² mana kawasan yg terlibat tu

PENGUMUMAN

GANGGUAN BEKALAN AIR TERANCANG DAERAH JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & PONTIAN

Tarikh Gangguan : 21 April 2026 (9.00 pagi) - 22 April 2026 (8.00 pagi)
Tempoh Gangguan : 23 jam
Sebab : Kerja Penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Johor

Pelanggan yang dihormati,

Kerja penyelenggaraan ini ialah satu inisiatif yang perlu dilakukan mengikut ketetapan jadual yang telah dirancang bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh industri air negara sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan perbekalan air bersih terawat di negeri
Johor.

Pengguna disaran mendapatkan maklumat berkaitan gangguan bekalan air menerusi saluran rasmi aduan
Ranhill SAJ di 1800887474, emel: [email protected] atau sms:
ATRanhilISAJAduan dan hantar ke 63001.

Nota penting:
i. Tangki simpanan di setiap premis anda boleh bertahan sehingga 24 jam pada penggunaan normal sekiranya gangguan melibatkan kawasan anda.
ii. Sekiranya anda tidak mempunyai tangki simpanan, anda dinasihatkan untuk menyediakan bekas simpanan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan.
iii. Elakkan pembaziran air.




.0

12/03/2026

Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni Che Nom akan sediakan menu istimewa ni…sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi. Ada 2 kaedah masa...

12/03/2026

Jom masak Lontong Kuah Lodeh dan Sambal Bilis Garing yang padu bersama Che Nom! Resepi lengkap dengan tips penting supaya kuah wangi, tak cepat basi & sambal...

12/03/2026
18/01/2026

Macam gampang!
Pagi ni betul² buat aku marah!
Malam balik tengah malam.
Bila kol kata tengah makan.
Esok pagi tiba² bangun awal (which is rare sebab dia selalu pukul 10 ke atas baru bangun).
So buat² la tanya awal ni ari?. Tawu dia jawab apa?
-OWH NAK PERGI RIDE.
aku macam... last kau bawak anak binik kau jalan bila?
Setahun sekali je kot.tu pun aku yang tak malu nak kena ajak dia.
Aku pegi checkup baby pepagi ada dia ikut sekali? Hmm haram. Batang idung pun x nampak.
Sedih.
Kau buatla apa kau nak buat.
Aku da xde rasa apa da ni.
Nak kecewa sedih banyak kali tu da jadik makanan aku la

Address


Telephone

+60197218211

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bysyamei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service?

Share