08/10/2025
✅️
REAL HERO VS TIN KOSONG
Dalam 1 podcast, Tuan ZRA pernah di minta berkongsi 1 kisah pengalaman sepanjang menjadi wartawan.
Tuan ZRA terdiam sejenak, lalu beliau mengatakan "saya pergi Tsunami Aceh, buat laporan, tengok mayat banyak (bergelimpangan).."
"saya patut pergi buat liputan sahaja, kita wartawan kan, esok nak keluar, malam ni kita dah gunting ranting kayu, lepas tu kita gunting kain merah, pacak, supaya tiap mayat yang kita jumpa celah-celah semak tu sambil kita jalan, kita tanda, supaya tentera (TNI) datang, dia takyah cari, dia terus angkat naik atas lori dia"
"jadi sambil jumpa takkan kita nak biar je, kita tolong pacak, jadi dah ada 2 dalam 1 kerja.."
"Bila saya balik 1st trip je, saya terus pergi jumpa Tun Mahathir, waktu tu dia dah bukan PM, saya merayu pada Tun, saya kata kalau saya nak pergi sekali lagi saya tak gamak la Tun, because setiap tempat saya pergi, orang tanya makanan, Tun kata Okeyla saya supply dekat you.."
"So, saya jalankan trip yang pertama, jadi 3 kerja, 1 buat reporting, 1 tanda mayat apa semua, 1 lagi uruskan 2000 orang yang ada di Paroh (nama tempat) kampung yang masih ada orang hidup"
"Lepas tu 1 lagi plak, kita ada tempat tidur yang selesa, kita boleh balik tidur dengan selesa, tapi masa tu kubur masa di buka, kubur masa ni tentera gali dengan luas, lepas tu mereka turunkan jenazah, tapi mereka tak boleh tanam pada hari tu, kubur masa ni 5/6 hari baru boleh, jenazah penuh baru sekali tanam"
"sebab tempat jenazah ni besarkan, dia 2 court badminton, jadi kita pun serba salah dah, kita tengok 6 petang anjing dah terjun makan mayat ni, anjing pun lapar kan, anjing pun tak ada makanan.."
"tu saya tahu kata, anjing akan makan bermula daripada kaki manusia, dia tak makan daripada perut, itu pattern anjing makan lah.."
"Jadi kita pilihlah bercamping dekat kubur besar tu, pasang api, lepas tu siang tu kita pecahkan batu siap-siap kan, nanti bila nampak anjing baling, tapi berapa larat kita nak baling, sekejapan anjing pun terjun, masuk dan makan mayat tu.."
"Then ada 1 kali tu, saya pergi nak lalu je, lepas tu..jentolak (backhoe) dia block, kita nak lalu kita kena tunggu, itu dah masuk dalam 20 hari, dia tengah gali untuk buang air yang sangkut dalam saluran kotor, dia gali-gali dekat situ, sangkut 1 tubuh budak, dia angkat naik, sangkut dekat pencangkuk dia, jadi budak tu berlumuran dengan debu lava, saya ni p**a ada mineral water 1 liter, saya nak tahu dia lelaki atau perempuan, tengah dia duduk dekat backhoe tu, hold sekejap kan, sebab terkejut ingatkan kayukan, saya pergi siram dengan mineral water dekat muka dia.."
"Jadi walaupun mayat tu dah 14/15/20 hari, dia terpelihara dengan baik sebab dia duduk di dalam selut lava.."
"Semua pengalaman tu kita anggap biasa waktu dia berlaku, mayat-mayat macam-macam la kalau nak cerita kan, bila saya balik tu baru dia jadi luar biasa, kita mimpi, kita rasa semua kanak-kanak yang kita lihat walaupun di luar daripada Acheh tu kan, kita jadi sayang..sebab melihat jenazah orang dewasa kita ada rasa dia telah melalui hidup yang cukup tapi banyak jenazah kanak-kanak menjadikan kita rasa waktu dia meninggal tu adalah sangat menyedihkan..."
Salah satu aspek paling dikenali dalam kerjaya wartawan Tuan ZRA ialah usaha beliau merakam dan mendedahkan keadaan rakyat Palestin dan wilayah yang diduduki
Dari zaman Edisi Siasat hingga Majalah Tiga, beliau sudah lama menulis dengan darah dan kebenaran.
Tahun 2005, beliau menyelinap masuk ke wilayah Israel dan Palestin, demi merakam kisah penderitaan rakyat yang dunia enggan lihat.
Tanpa perlindungan, tanpa gaji besar, hanya satu niat:
“Agar dunia tahu, Palestin itu benar.”
Hari ini, selepas puluhan tahun, Beliau masih di garis hadapan, bukan lagi di studio, tapi di atas kapal Global Sumud Flotilla (GSF). Bersama anaknya, mereka berlayar bersama ratusan aktivis dari 45 negara, membawa mesej kemanusiaan untuk Gaza
Hidup di atas kapal bukan mudah. Makan sekali sehari, tidur di ruang sempit, dan setiap detik berisiko diserang. Namun mereka tetap berlayar kerana bagi mereka, diam itu bukan pilihan.
Ketika tentera Israel menghampiri pada jam 4 pagi, ZRA sempat merakam video terakhir:
“Kami bukan penceroboh. Kami belayar di perairan Palestin yang dijajah.”
Itulah suara wartawan sejati yang tahu harga kebenaran lebih tinggi dari nyawa sendiri.
Tapi malangnya…
Di tanah air, masih ada yang memfitnah dan memperlekeh misi ini. Kononnya sia-sia. Kononnya propaganda.
Mereka tak pernah merasa lapar di lautan selama 28 hari. Tak pernah lihat wajah anak kecil Gaza yang kehilangan segalanya. Tak pernah berdepan muncung senjata hanya kerana mahu menghantar ubat dan roti.
Mereka duduk selesa, bercakap berdegar-degar di belakang skrin, Sedangkan di lautan sana, ada insan yang berjuang tanpa henti demi manusia lain.
Tuan Zainal Rashid Ahmad sudah membuktikan bahawa perjuangan bukan sekadar cakap, ia perlu dilalui, dirasai, dan dipertahankan walau nyawa jadi taruhan.
Dari ruang berita ke dek kapal, dari pena ke layar samudera, beliau tetap berdiri atas nama kemanusiaan dan kebenaran.
Kepada yang masih s**a mempersenda misi ini,
ingatlah waktu kamu sibuk menilai, ada orang di lautan sedang berjuang untuk nilai sebenar “kita sebagai manusia.”
Min : inilah beza-nya The Real Hero vs Tin Kosong.
TK ni banyak 'dia' dah jadi tuan-tuan, apa-lagi yang 'dia' tak jadi 😄😅