Uncle Dak

Call Directions

Uncle Dak Menyediakan masakan dan minuman yang segar dan mengenyangkan. NO SSM: KT0529701-P

19/10/2026

Menu siakap Uncle Dak ada dua rasa saja. Siakap masam manis.

Penggemar siakap jemput cuba di Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan.

Ada setiap hari.

19/10/2026

Sudah beribu orang yang singgah menjamu selera di Restoran Uncle Dak.

Lebih 30 masakan Melayu tradisi yang bakal memenuhkan perut pelanggan yang hadir.

Jemput singgah semua ke Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak , Wakaf Bharu, Kelantan.

Sekali sekala guna kepandaian buatan untuk merekabentuk poster.Senang zaman sekarang. Kita dulu nak buat satu poster mac...
19/10/2026

Sekali sekala guna kepandaian buatan untuk merekabentuk poster.

Senang zaman sekarang. Kita dulu nak buat satu poster macam ni paling kurang sejam. Itupun macam jadi tak menjadi.

Sekarang tak sampai seminit. Siap.

Walau tak menepati citarasa dan syarat-syarat sebuah poster yang mampu menarik orang membaca, sekurang-kurangnya maklumat tepat dan sampai.

Jemput baca. Hihi.

"G makan td amik ayam percik dgn pais patin serta kerabu nipah..semua sedap n kena dgn selera..blik kg lain Kali bleh Ma...
19/10/2026

"G makan td amik ayam percik dgn pais patin serta kerabu nipah..semua sedap n kena dgn selera..blik kg lain Kali bleh Mari plok..cuma kecewa xdpt jupo nga Uncle Dak jah😂".

Itu komen seorang pelanggan sekejap tadi.

Rasa bersalah p**a tidak sempat bersama tadi. Kebetulan ada tugasan di tempat lain. Tinggalkan operasi restoran sekejap.

Alhamdulillah, semua kena dengan selera beliau. Rasa bahagia juga dapat bagi makan ramai orang dan kena dengan selera.

Bagi yang belum berkesempatan menikmati masakan patin dan bermacam masakan Melayu tradisi lain, jemputlah singgah ke Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan.

19/10/2026

Kenduri orang Melayu Kelantan jaman dulu, mesti ada labu sira ini. Sebagai pembasuh mulut atau manisan.

Dah nama pun sira/manisan, memanglah manis. Hihi.

Kena pakat datang cuba di Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan.

19/10/2026

Sehingga ke titisan sambal terakhir kami masukkan sambal ke dalam setiap pinggan.

Nak bagi pelanggan rasa paling nikmat saat makan sambal udang petai ini.

Penggemar masakan udang dan petai boleh datang rasa di Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan.

19/10/2026

Kerabu yang agak sukar untuk didapati. Kerabu bunga nipah.

Ada setiap hari di Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan.

19/10/2026

Ada inti daging dan inti ayam. Ada yang siap masak dan ada yang sejuk beku.

Boleh walk-in ke Restoran Uncle Dak, Kg. Bendang Morak, Wakaf Bharu, Kelantan untuk mencuba Martabak Al-Buncit Uncle Dak (MABUD) ini.

Kami juga boleh hantar ke seluruh semenanjung Malaysia guna trak sejuk beku.

Mula-mula buat ikan siakap bakar berempah. Sambutan suam-suam kuku sahaja. Kerap tak habis.Tukar kepada siakap masam-man...
19/10/2026

Mula-mula buat ikan siakap bakar berempah. Sambutan suam-suam kuku sahaja. Kerap tak habis.

Tukar kepada siakap masam-manis. Cuma dipotong dua. Pengeras pun jadi separuh juga.

Eh boleh tahan jauh perginya. Hihi.

Itulah kaedah Uncle Dak. Banyak cuba dan gagal sahaja. Dah gagal, cari jalan lain p**a. Cuma kena pastikan kegagalan itu tidak fatal yang merebahkan.

Kalau tak boleh saja bangkit tapi peritlah sikit. Huhu.

Jemput cuba ikan siakap masam manis ini. Setiap hari ada sekarang. Sebelum ini hujung minggu saja ada.

Ada satu pembekal boleh hantar beratus kilogram etok. Harga sedikit murah berbanding pembekal sekarang.Tapi apabila diki...
19/10/2026

Ada satu pembekal boleh hantar beratus kilogram etok. Harga sedikit murah berbanding pembekal sekarang.

Tapi apabila dikira balik, perlu ambil banyak dan melibatkan kos simpanan (peti sejuk) yang lebih tinggi.

Pembekal sekarang mahal sikit saja tapi boleh ambil hari-hari sebab dekat. Buat masa ini, Uncle Dak pilih yang lebih dekat kerana ruang simpanan terhad.

Juga untuk memberi peluang permintaan pembekal sekarang yang masih kecil agar sama-sama berkembang bersama dengan Uncle Dak.

U naik, I naik.
U jump, I jump.

Haaa gitteww.😝

Address

Lot 581, Kg Bendang Morak, Palekbang
Wakaf Baharu
16040

Telephone

+60145160314

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uncle Dak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share