27/06/2024
🐠KEBAIKAN IKAN 🐠
Ikan mengandungi kalsium dan magnesium yang tinggi, kalsium ini membantu mencapai kekutan tulang yang optimum dan mencegah terjadinya patah tulang, juga bermanfaat dalam membantu pembentukan dan pemeliharaan gigi.
Berikut Vitamin Dan Mineral Yang Tinggi Dari Ikan
❗️Tinggi Vitamin A
Vitamin A boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A,tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.
Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung dan lain-lain lagi.
❗️Niacin (Vitamin B3)
Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat.
❗️Folik Asid (Vitamin B9 Aka Vitamin M)
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
❗️Kasium
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf.
❗️Magnesium
Menjana enzim yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang.
❗️Fosforus
Ia bergantung dengan kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk metabolisme, kimia tubuh dan fungsi saraf.
❗️Selenium
Ikan kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36 mcg setiap hidangan. Selenium digunakan untuk penyakit-penyakit jantung dan saluran darah.
Fuuhhhh ! berpeluh baca kan. Banyak sebenarnya kebaikan ikan yang kita tak tahuu.