Seharum Dapur Bonda KC

Seharum Dapur Bonda KC Koleksi resepi2 yang menarik titipan bonda tercinta. Resepi2 pelbagai sumber yang menarik untuk rujukan peribadi dan dikongsi bersama-sama.
(986)

Cuaca panas... Dapat makan nie .. nikmat yaakamatAGAR-AGAR CENDOL1.Rebus 1 paket agar2 tali bersama air. Kuantiti air ag...
23/03/2026

Cuaca panas... Dapat makan nie .. nikmat yaakamat

AGAR-AGAR CENDOL

1.Rebus 1 paket agar2 tali bersama air. Kuantiti air agak2 dpt tenggelamkan agar2. Rebus hingga hancur. Jika xhancur, tambah sedikit air dan rebus lagi.

2. Masukkan gula (sederhana manis)

3. Masukkan 1 tin susu cair ideal

4. Masukkan secubit garam utk naikkan rasa lemak susu. Kacau sentiasa utk elak hangus di bhgn dasar periuk. Tutup api dan ketepikan.

5. Sediakan bekas utk mengisi agar2. Masukkan cendol yg telah ditoskan airnya ke dlm bekas tersebut.

6. Tuangkan 3/5 agar2 susu ke dlm bekas berisi cendol. (Gunakan tapis). Kacau sebati. Bekukan.

7. Baki 2/5 agar2 susu dibiarkan dlm periuk. Masukkan 1 ketul gula melaka dan biarkan larut. Tutup api.

8. Apabila agar2 cendol telah beku, gunakan garpu utk cucuk2 dibahagian atas agar2 cendol tersebut. Tujuannya supaya nanti lapisan bahagian cendol dan gula melaka tak terlerai.

9. Akhir sekali tuangkan 2/5 bahagian agar2 bergula melaka (guna penapis) ke atas lapisan cendol dan bekukan.

RASA SEBIJIK NAK DUA ....RESEPI KUIH KOCI LABUBAHAN-BAHAN1/2 biji labu | dikukus dan dilecek300gm tepung pulut250ml sant...
23/03/2026

RASA SEBIJIK NAK DUA ....

RESEPI KUIH KOCI LABU

BAHAN-BAHAN
1/2 biji labu | dikukus dan dilecek
300gm tepung pulut
250ml santan
Garam secukup rasa
Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN INTI
2 biji kelapa parut
300ml air
3 ketul gula Melaka
2 helai daun pandan

BAHAN PEMBUNGKUS
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
Minyak untuk melenser
CARA MEMASAK:
1. Masak gula Melaka, kelapa parut, daun pandan bersama air hingga larut dan pekat. Ketepikan.
2. Kemudian, bancuh adunan tepung pulut bersama santan, garam dan labu yang dilecek hingga menjadi adunan yang sebati dan tidak melekat di tangan.
3. Bulat-bulatkan doh dan sumbat sesudu makan inti ke dalamnya. Bungkus dengan daun pisang yang dilenserkan dengan minyak masak dankemaskan bungkusan. Ulang langkah sehingga habis.
4. Kukus kuih koci labu selama 25 minit atau sehingga kuih berkilat.
5. Biarkan kuih sejuk dan hidangkan bersama kopi atau teh panas.

Kredit empunya resepi

Rugi tak cubaBoleh hidangan masa rayaa...RESIPI KEK TAPAK KUDA LEMBUT DAN GEBUBahan-bahan:4 Biji telur gred A / 5 biji B...
18/03/2026

Rugi tak cuba
Boleh hidangan masa rayaa...

RESIPI KEK TAPAK KUDA
LEMBUT DAN GEBU

Bahan-bahan:

4 Biji telur gred A / 5 biji B
1/2 cawan Gula castor
1/2 cawan Tepung naik sendiri
1 sdb Ovellete
3 sdk Susu tepung
1 sdk Esen vanilla
125 gram marjerin/butter (dicairkan)
Cara-cara membuat:

1. Pukul sampai gebu dan kembang semua bahan kecuali butter cair. Bila sudah gebu dan fluffy, masukkan butter cair. Kaup semula hingga sebati.

2. Asingkan 100g adunan dan masukkan 1sdb serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.

3. Simpan sikit lebihan utk lorekkan bahagian atas kek.

4. Menggunakan loyang saiz 10 inci. Bakar dengan suhu 150 selama 25-30 minit ikut kesesuaian oven masing-masing.

5. Dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Dan terbalikkan semula. Wrap dengan menggunakan plastik cyling wrap kemas-kemas.

6. Boleh letak filling kesukaan. Boleh letak chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.

Selamat mencuba.

Address

Singapore
83100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seharum Dapur Bonda KC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share